Pages

My 3H

My 3H

Saturday, August 22, 2009

Melawat FIL di JPMC

Image Hosted by ImageShack.us
kite nak lawat nenek serasa ek mama,Hadif pose dulu ye.Handsome tak?


Semalam aku pergi melawat father in law aku di Jerudong Park Medical Centre(JPMC).FIL aku baru je selesai membuat pembedahan jantung.Saluran jantungnya telah tersumbat.Alhamdulilah sekarang dah beransur pulih.Dah aktif pun jalan2 kesana kemari.Actually JPMC ni salah satu hospital swasta yang dikategorikan bertaraf tinggi.Huhu,sekali rawatan mau beribu-riban duit yang keluar.Tapi FIL aku mendapat rawatan serta pembedahan secara percuma memandangkan kesnya dirujuk dari hospital kerajaan(RIPAS).Semuanya ditanggung oleh kerajaan kebawah Duli.Syukur.

Image Hosted by ImageShack.us
tempat menunggu giliran masuk kat luar wad.Tu semua ipar2 aku dgn kawan2 diorang

Image Hosted by ImageShack.us
haa,sempat lagi aku suap bubur hadif.Sebab jam 8 waktu makan dia.Hehe.Jalan2 gak,perut anak kene isi tau


Hadif pun terpaksa dibawa,siapa la nak jaga dia kan.Nak hantar kat rumah mama aku,jauh lak.So,tawakal bawa je.Nasib baik hadif tak meragam.Tapi hadif tak boleh dibawa masuk kedalam,so kitaorang bergilir lah masuk dengan ipar2 aku.Lagipun hanya terhad 2 orang je yang dibenarkan masuk dengan di beri pas masuk.Sebelum masuk wad tu kitorang screen test dulu check suhu badan untuk rujukan kes H1N1,then kene isi borang lagi,lepas tu sign,bagitau jam masuk dan jam keluar.Huhu.Banyak tul prosedurnya.

Image Hosted by ImageShack.us
special pose from my FIL

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
Aku nak interpame gak hehe

Image Hosted by ImageShack.us
chewah..Hubby pun nak join glamour gak.Kesian FIL aku,layan je la kerenah anak dan menantu ni.Ehehe


Selesai je lawatan,kitorang pun balik.Hadif pun dah nangis2 sebab tym nak tidur.Masuk je dalam kereta,terus terlena.Cian anak mama.Tapi sempat gak kitorang singgah kedai.Shopping barang dapur sikit,untuk kegunaan bersahur dan berbuka nanti.Akhir kata selamat menunaikan ibadah puasa pertama hari ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
fuh lenguhnye dukung hadif naik tangga,huby lak bawa stroller.Sebenarnye ada jalan shortcut menuju parking,memandangkan hujan terpakse ambik jalan ni


No comments:

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.