Pages

My 3H

My 3H

Tuesday, August 25, 2009

Ngantuknya dia

Ni kisah petang tadi,aku terlewat bagi hadif makan sebab petang tadi kitorang jalan2 kat supermarket yang tak jauh dari rumah aku,beli barang basah sikit dan keperluan hadif yang dah kurang.Sepatutnya hadif makan jam 1 atau 2..Tapi dah terlewat ke jam 3.Hadif pun dh merengek2 tym otw balik.Sepatutnya jam 3 dah tym dia tidur.

Sampai je kat rumah,terus aku suap hadif.Biasa la hadif makan dalam rocker dia.Sebab bagi aku lebih senang.Kalau dalam walker alamatnya lambat la nak habis.Hadif dah terbiasa makan kena tengok barney.Memang kusyuk dia tengok,sampai tak sedar yang aku suap laju,hadif lak terus jek telan.Lapar sangat la tu.Sebab apa aku suap laju,haaa tengok la pic2 di bawah ni.Tym2 bubur dia nak habis,dia hampir2 tertidur and at last memang tidur pun.Nasib baik habis gak bubur dia tu.Hehehe.Ni la pertama kali hadif makan sambil tertidur.

1.Abah sedang kacau hadif yang sedang mengantokImage Hosted by ImageShack.us


2.Masih terjaga gara-gara abah dia sibuk snap gambar gakImage Hosted by ImageShack.us


3.Mata dia dah ready 1,2,3 nak tidurImage Hosted by ImageShack.us


4.At last.......Image Hosted by ImageShack.us


5.Aduhhh ciannye anak aku ni,muka pun still comot.Dengan bib yang belum dibukaImage Hosted by ImageShack.us


6.Sudahnya aku turunkan je rocker dia.Nak angkat simpan kat buai tak sampai hati lak,takut dia terkejut.Muka dia aku lap2 jek dengan wet tisu.Image Hosted by ImageShack.us


Tym hadif tidur tu,aku pun ambil peluang la.Buat kerja aku.Prepare2 bahan yang nak di masak untuk berbuka.kerja aku smooth dan cepat jek siap ketika anak tidur.Cubalah tym dia bangun,lepas tu mintak dukung memang terkejar masa.Tambah2 lak tym huby kerja.Huhu.Tapi mujurlah tym2 puasa ni,kerja office hour sampai jam 2 petang je.Dapat la huby tolong layan hadif,sementara aku sibuk kat dapur.Tapi yang geramnye kadang2 abah dia tertidur kat sofa,hadif lak duk dalam walker tercengang tengok abah dia.Ni siapa yang jaga siapa sebenarnya ni?Ekekekeke.


2 comments:

Noina said...

hehe..sama la ngan ayah Nabila jugak..kita sh jaga Nabila..dia pulak yang tido..huhu..

Intan@mama Hadif-Brunei said...

Tu la kn ina.Memang geram je.Kdg2 anak merengek pun tak sedar.Hehehe.

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.