Pages

My 3H

My 3H

Thursday, September 3, 2009

8 bulan dah

Hari ni 3 september,jam 4.32pm genap ler usia hadif 8 bulan.Huhu.Tak terasa,cepat tul masa berlalu.Macam baru je semalam aku dukung hadif yang amat le kecik,macam baru je semalam aku rasa kesakitan selepas di c-zer dan macam baru je semalam aku bergelar mama.Ekeke.Hitung punye hitung 4 bulan lagik rupenyer anak aku ni nak masuk setahun.Tak sabar lak nak tengok dia berjalan n berkata2.

Hmmm...Apa ye yang hadif dah pandai menjelang usia 8 bulan ni.Setakat ni hadif belum lagi pandai merangkak,dia masih meniarap dan bergolek.Gigi pun belum ada yang tumbuh.Ok gak la lambat tumbuh,tak cepat buruk.Wuahahaha.Dah boleh duduk tapi belum stabil,agaknyer hadif ni tak merangkak kut.Sebab mak su aku(aku panggil busu Lily) ketiga2 anak dia tak merangkak.Terus duduk dan berjalan.Hmm..Apa2 je lh.Yang penting hadif sihat walafiat.Apa lagi ye...Hadif dah pandai tepuk tangan,kadang2 nari2.Ni kalau dah asyik tengok Barney.Hihihi.Hobi terbaru lak tepuk2 kepala,ntah kenapa la.Kekadang siap berbunyik lagi kepala dia tu,heran tul tak rasa sakit ke.Hadif sekarang ni dah pandai kacau barang rumah,memang tak selamat nak letak tempat rendah.Hari tu speaker kecil home theatre siap terpelanting jauh,huhu.Nasib tak rosak.Handphone aku dah berkali2 jatuh,spec aku dah berkali2 dia pulas tangkainye,mujur tak patah.Selamat2.
Terfikir gak macam mana le nak hidang kuih raya atas meja nanti.Tak dapat aku bayangkan.Huhuhu.

Agaknye tu je la kepandaian hadif buat masa ni.Memang tak sabar nak tunggu yang seterusnya.Tak pe la,perlahan2.Baby kan sedang dalam pembelajaran dan perkembangan iQ,So apa yang aku tau bermain dan tidur memainkan peranan yang paling penting.

Hmmmh jap ye,aku nak lepaskan satu luahan ni.Sebagai ibu memang la kite akan mudah terasa kan.Terutama bila ada orang yang membanding-bandingkan keupayaan anak masing2.Huh.Tak payah la weh.Anak sorang2 tak sama.Aku tau la memang setiap ibu akan amat teruja dengan kepandaian anak diorang.Tapi tak usah lah nak sibok2 tanya tu tanya ni.Biarlah,anak aku.Aku tau apa yang cerdik dan pintarnya dia.Aku memang tak suka bila dalam satu gather2 ke apa ke timbul la dialog ni antara para ibu2.......

"anak kau dah pandai pa?Anak aku baru 2 bulan dah pandai pusing nak niarap"
"anak kau dah pandai pegang botol tak?"
"anak kau dah 7 bulan belum tumbuh gigi?Ye ke?Anak aku 4 bulan dah tumbuh pun"
"anak kau dah 8 bulan baru bla bla bla kilo?Anak aku baru 5 bulan dah bla bla bla kilo!"
"anak kau minum susu apa?Anak aku tak dapat minum susu yang murah2,tak ngam"
"anak aku baru 6 bulan dah pandai merangkak,cepat tul kan"
"anak aku..Bla bla bla bla bla bla..Anak kau bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla"

yang terakhir tu faham2 je lah,itu artinya sekian dan sekian.Tak pandai nak habis2 nye.Maaf ye kekawan aku agak teremo sikit.Lalalala...

Aksi budak 8 bulan petang tadi dengan tidak berbaju,sebab lepas muntah.Memang geram sangat ngan hadif petang tadi,sebab aku lambat dukung dia.Menangis sampai termuntah.Rasa nak gigit2 je dia,huhu sabar2..Kan sedang berpuasa ni..Hehehe.

Image Hosted by ImageShack.us
Sedang tarik menarik wayar charging handphone

Image Hosted by ImageShack.us
dah gigit2 wayar,huhu ni tak boleh dibiarkan ni.Bahaya2.So mama dia ni pun tarik la wayar tu

Image Hosted by ImageShack.us
haaa tengok... Teramat le marah semarah marahnyer.Dengan vokalnya yang hi-tech

Image Hosted by ImageShack.us
huhu budak cengeng..Ehehe..Lalala..Mama dia bukan terus pujuk,tapi snap gambar dulu.Blogger la katakan.Wuahahaha.Bucuknye diaaa..



3 comments:

Intan said...

Ye lah Intan, den pon tak suke kalo org dok menbanding-banding kan cam gitu...depa nie terlalu "proud" sgt kot and suke dengar dan tengok anak org lain tak sehebat anak mereka yg konon-konon nya dah "advance". For me setiap bb will achieve their milestones differently...

Happy 8 months old hadif! Memang nak geget lah dia nie...geram tgk part yg berketul-ketul itew ;)

Intan@mama Hadif-Brunei said...

A'ah kan,tak slh kalau diorang nak cerita kepandaian anak memasing,kite pun suke n teruja gak nak cerita apa yg anak kite dah boleh buat.masalahnya tak usah lah nak banding2 kan.Tu dh kire kes menyesakkan dada la tu kan.Cukup la sekadar berkongsi cerita.
Kak intan nak geget hadif ye,boleh2.Meh ler dtg sini.Intan pun dh lama ngidam nak gomol2 c bam bam arissa tu.Ehehe.

K. Ejja said...

Yuhuuuuuuuuu..

gambo mu dah d tempek kat FP den..
sila lah amik yea...

Simple je tu... jgn mare kalo x lawoo..

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.