Pages

My 3H

My 3H

Wednesday, September 30, 2009

Al-kisah raya pertama

Alamak dah lama blog aku ni tak berupdate.Dah masuk 1 minggu lebih.Huhu.Maklum ler,kite kan sibok beraya.Sekarang ni pun aku masih lagi dalam mood raya.Walaupun raya sekarang ni tak semeriah macam ketika aku zaman kanak2 dulu.Huhu.Takpe la raya tetap raya,setahun sekali je.Haruslah di manfaatkan dengan sebaiknya.

Okaylah,sekarang ni ramai yang update kisah raya masing2.Aku pun nak gak la kongsi cerita raya aku.Aku nak mula dengan raya pertama dulu.
Malam raya tu aku tidur kat rumah mama aku.Ye la,takkan nak stay kat rumah aku.Sunyi tu.Semua orang balik kampung.Nanti tak pasal2 lak aku
menangis tym dengar takbir berkumandang.Haha.

Pagi raya tu aku bangun awal,kejutkan huby untuk sembahyang sunat raya.Hadif pun join bangun awal gak,semangat anak aku ni nak beraya eheh.Anak2 buah aku pun bangun awal.Memang tersangat havoc dan meriah suasana pagi raya tu.Seronokkk.
Aku pun terus la mandi dan bersiap.Ada seisi make-up lagi,ehehe.Biasa ler.Nak gak melawa di hari yang indah ni kan.Akibat leka sangat make-upkan adik2 aku,sampai Hadif terlambat mandi.Kalau nak tau dia la orang yang paling last bersiap.Huhu.Nasib baik anak lelaki,tak le lama sangat nak siapkan dia.
Dah selesai semua kite pun bersalaman sekeluarga.Terus seisi bergambar(gambar belum ambik dari hp bapa aku huhu)

Image Hosted by ImageShack.us
ni je yang aku ada.Gambar 5 orang cucu ma dan pa aku.Dari kiri: Azeq,Hadif,Qisya,Elly dan Reehan.


Selesai je makan(pagi tu mama aku goreng mee,masak kuah satay dan nasi impit,fuh sedap!)kitorang pun bertolak menuju kerumah nenek aku,di Sungai Liang,Daerah Belait.Sebelum tu kite singgah jap ke rumah mertua aku yang tak jauh dari rumah mama aku.Tujuan untuk berziarah dan bersalaman.Then teruslah kitorang meneruskan perjalanan yang amat jauh.Tapi tak terasa gak sebab jalan highway.

Sampai je kat sana,terus bersalaman dengan nenek laki,nenek bini,tua,acai,anik,amit,uda,busu dan para2 sepupu.Ramai ler sangat.Penuh rumah nenek aku tu.Sampai takde space nak duduk.Bayangkan la.Haha.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us
suasana kat rumah nenek aku

Image Hosted by ImageShack.us
nenek laki n nenek bini bergambar dengan cicit.Nenek aku dah ada 6 orang cicit 5 dari family aku yang sorang lagi dari family tua aku(akak bapa aku)tinggal kat labuan sebab kawin dengan orang sana.

Image Hosted by ImageShack.us
Tengok le hadif,orang tengah riuh rendah boleh nyenyak tidur.Mengantuk sungguh anak aku ni,dalam dukungan mak uda aku pun boleh terlena.Terus letak kat tilam.Lama gak dia tidur,hampir 1 jam lebih.


Selesai je menjamu selera,bergambar,berketawa dan bermacam lagi.Aku dan family terus zoom ke Lumut,rumah anik aku(adik bapa aku).Tak berapa jauh dari rumah nenek.

Lepas tu,terus bertolak ke Daerah Tutong.Menuju ke rumah nenek aku di Danau,telisai.Kat sana pun ada makan.Huhu.Memang full perut.Kat sana,Hadif meragam kepanasan.Berpeluh.Aku pun lap2 badan n salin baju dia,baru la dia tenang sikit dan dah mula mengantuk.

Lepas tu kitorang beraya ke rumah2 adik beradik nenek aku.Rumah mereka jarak dekat2 je.Satu kampung la katakan.Tak ingat berapa buah rumah yang kite singgah.Banyak sangat.
Dah selesai kat satu kampung tu.Kite pun menuju ke rumah tangah Ariffin(abang mama aku) kat Lamunin,tutong.

Huhu tersangat le letih hari tu.Selesai je beraya kat rumah tangah Ariffin.Aku dan hubby terus zoom ke rumah kitorang.Hadif pun tidur je sepanjang perjalanan tu.Sampai kat rumah pun dah malam.Terus je mandi dan apalagi Zzzz..Hehehe.

Tu je la al-kisah raya pertama aku.Nantikan episod raya kedua lak ye.Yang ni lagi la perjalanan yang jauh memerlukan perjalanan melalui sungai.Nak tau?Tungguuuuu...

4 comments:

Intan said...

Uuuu bestnya byk tul beraya kesana kesini ye hadif. Nie mesti byk dpt duit raya kan sayang :)

Intan@mama Hadif-Brunei said...

Huhu memang best kak intan.Byk tul tempat beraya.Ye la hadif kn 1st tym,kene gak perkenalkn dia kat sdara mare.Tu pun ada lagi yg tak sempat kitorang pergi.Letih sgt.
Duit raya tu boleh gak lh.Alhamdulilah rezki hadif.Tambah2 lak org tau hadif anak pertama ada yg bagi lebih lagi.Ehehe.

Noina said...

amboi..kemain lagi hadif..eh..mana baju melayu..klu pakai mesti comel..tapi ni pun comel gak..hehe..tembam betul..acik nak picit sket boleh tak badan yang gebu gebas tuh..kasi sket kat kakak Nabila..kakak Nabila kurus sgt..huhu!

Intan@mama Hadif-Brunei said...

Huhu bju cra melayu tak potong la.Sbb hadif ni tak thn pns,sure bepeluh n pipi jd merah2.Insyaallah raya taun depan je pakai cra melayu ekeke.
Nak cubit2 ek,boleh2 meh la dtg sni.Boleh bg duit raya kat nabila.Hikhik.
Skrg ni bdn hadif mcm nampk susut ckit la ina.Maybe sbb kurg tido,mkn n nyusu tym beraya hari tu.Mane taknye smpai rumh org,kejap tidur kejap bangun.Kesian sgt.

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.