Pages

My 3H

My 3H

Sunday, September 13, 2009

Biskut rayaku yang pertama

Orang lain gerenti dah bermacam2 jenis biskut.Aku baru ada satu jenis,tu pun nak kecoh.Hahaha.Awalnye aku takde plan langsung nak buat biskut ni.Konon2 nak tengok je akak aku buat biskut.Tetibe lak mak aku suruh buat,sebab mentega lebih akak aku masih ada.So aku pun rush le ke kedai beli honeystar,susu pekat manis,kelapa parut dan taburan rainbow.

Biskut ni simple n mudah je nak buat.Opps lupa lak nak bagi tau nama biskut ni biskut honeystar.Nak tau resepinye sila la jenguk kat blog akak aku ye.Ada kat blog list tu,yg sweet ira156.Dia siap tempek lagi pic cara2 membuat.Very da easy n sedap menjadi kesukaan budak2,mak pak budak pun suka la weh.Ekeke.

Image Hosted by ImageShack.us
ni la rupa biskut honeystar sebelum dibakar.Cantik kn?Resepi asal sebenarnya letak smarties kat atas.Tapi di tukar ke taburan rainbow.Sebab honeystar tu dah sedia manis,kalau letak smarties bertambah2 la manisnyeee

Image Hosted by ImageShack.us
yang dah pun siap dibakar.Sejukkan kejap,dah sejuk dia jadi ranggup gitu.

Image Hosted by ImageShack.us
Ni la hasilnya untuk 1 kotak honeystar.Bukan kotak yang besar tu,yang sederhana je.Banyak gak kan boleh isi 3 botol.Tu pun ada lebih lagi,aku isi tempat lain untuk jadi tester.Huh tester apanye,dah habis di 'ngap'.Wahaha.


Nak rasa tak?Boleh...Datang ler beraya rumah aku.Pintu sentiasa terbuka di hari raya nanti(tengah2 malam tutup ler ye,nanti tak pasal2 kena rompak).Wakakaka.


2 comments:

K. Ejja said...

Amboi.. rajin hang buat kuih raya noooo...

Meh mai FP den.. amik kad raya utk d tempek kat sini.. heheh...

Intan@mama Hadif-Brunei said...

rajin apanyer,1 tu je yg den buat.. den dh amik kad rya mu.jap g nak p tempek heheh

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.