Pages

My 3H

My 3H

Wednesday, October 7, 2009

Al-kisah raya ke 3,4,5,6 & 7

Fuh tengok le topik entry aku kali ni.Sekaligus aku sapu.Hehe.Bukan apa,tak nak hutang2 cerita raya aku lagi.Lepas ni boleh lah update kisah lain.Ada entry yang tertangguh.Semata-mata nak siapkan al-kisah raya,so postponed la dulu yerk.

Raya ke-3
Huby aku dah mule kerja,so siang raya tu aku stay je la kat rumah.Dapat gak hadif rehat,makan,jam nyusu dan jam tidur dia pun teratur.Malamnye lak baru la aku beraya.Tu pun kat rumah tangah Salhah(akak mak aku)kat Lambak.Tak jauh dari rumah aku.
Lepas tu,konvoi ngan parents aku ke rumah mak usu(adik bapak aku) di perpindahan rimba.Destinasi terakhir ke mata-mata Gadong,rumah tangah Saiful aku(adik mak aku).
Lepas je dari sana kitorang terus balik.Kejap je kn,family aku terus le beraya ke rumah aku.Ha,lepas tu tak putus2 orang beraya ke rumah antaranya kawan2 aku,kawan2 huby aku,mak uda huby,tangah huby,sepupu huby dan adik huby.Ramai tul,sampai gelas belum sempat kering.Huhu.Meriah dan seronok tul.Maklum la baru pertama kali raya kat rumah sendiri.Huhu.

Raya ke-4
Beraya ke rumah tangah Hjh Aminah(akak mak aku).Dia mengadakan open house.Huby kerja,so aku ikut parents aku.
Meriah sangat.Semua family berkumpul.Havoc sungguh duk pot pet ngan sepupu2 yang dah lama tak jumpa.Menu pun sedap2 belaka ada lemang,rendang..Dan yang paling special sekali mee rebus singapore.Fuh! Favorit aku n huby tuuu.

Image Hosted by ImageShack.us
hadif kat rumah tangah Hjh Aminah


Malamnye lak aku dan huby di ajak beraya ke rumah boifren adik aku.Keluarga dia dah siap masak2 lagi,mulanye nak ajak family aku.Memandangkan diorang tak dapat pergi so kitorang la jadi wakil.
Jauh tul rumah dia,kat kampung Lugu daerah Tutong.
Lepas tu kitorang terus balik kat rumah mak aku.Bermalam kat sana sebab esok harinye kitorang mengadakan rumah terbuka.

Raya ke-5
kat rumah parents aku,mengadakan open house.Seawal jam 5 subuh dah bangun.Tolong mak aku siapkan makanan.Jam 9 pagi semua dah selesai.
Menu kitorang lak nasi,oyster masam manis,ayam mangga,daging kari,sayur campur,spaghetti dan bubur durian sebagai desert.
Langsung tak sempat nak snap gambar2 hari tu.Sibuk sangat layan tetamu yang datang.Ramai sangat.
Kitorang adakan openhouse dari siang sampai malam jam 10.Sebab siang hanya untuk family2 dan malamnye lak khas buat family besan2 parents aku.

Image Hosted by ImageShack.us
hadif dikerjakan oleh busu dia(adik lelaki aku yg bongsu).Tu topi busu dia la tu.Ehehe comel gak


Raya ke-6
keesokannya lak kitorang pi beraya kat jiran mak aku.Lepas tu kat rumah mamit huby(adik FIL aku)

Image Hosted by ImageShack.us
kat rumah mamit


lepas dari sana,terus balik.Sebab petang tu huby kerja.So aku pun stay je kat rumah.Kebetulan lak kawan2 aku dan sepupu aku
nak beraya ke rumah malamnye.

Raya ke-7
kebetulan hari raya ke tujuh tu hari ahad,kitorang pun pi ler beraya lagi.Memula pi rumah mertua adik aku kat Serasa.Ada open house kat sana.Lepas tu terus bawa parents aku beraya ke rumah mertua aku.Dekat je.Satu kampung ngan mertua adik aku.

Image Hosted by ImageShack.us
posing jap kat rumah mak aku sebelum nak pi beraya

Malam tu lak kitorang pi ke rumah tangah mizah(akak mak aku) dan mak usu aku.Rumah diorang dekat je ngan rumah mak aku.Lepas tu kitorang ke rumah boifren adik aku(bakal tunang,lupa nak bagitau)eheh.Kali ni ngan parents aku sekali.Ye la nak beramah mesra ngan bakal besan baru.Ehehe.
Then,terus ke rumah sepupu aku kat Flat Police Royal Guard.Selesai je sana pi rumah kawan aku Noy.Awal pagi dia dah sms bagitau dia adakan open house.Noy ni kawan aku semasa aku beranak hari tu.Kitorang bersebelahan katil.Sama2 c-zer,bezanya dia beranak awal 2 hari dari aku.Sampai sekarang masih contact.Seronok sangat dapat jumpa dia dan anak dia yang sebaya Hadif.Anak dia pun boboi gak.
Lepas tu kitorang pun terus balik.Hadif tidur jek sepanjang perjalanan balik.Letih betul anak aku tu.Huhu.

Akhirnye dah selesai pun al kisah raya aku ni.Ni kira macam cerita seminggu berhari raya la ni kan.Eheh.Hari raya seterusnye tak yah cerita la,sebab tu kire extra je.Kalau nak cerita semua memang tak habis.Ye la sebab sekarang ni pun masih raya lagi kan,still bulan syawal.Rumah aku pun masih raya lagi,sebab masih banyak kuih raya.Meh la datang.Hihihi.


No comments:

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.