Pages

My 3H

My 3H

Monday, October 12, 2009

Musim buah

Sekarang ni sana sini berlonggok orang jual buah2an tempatan.Bermacam jenis buah yang ada seperti durian,langsat,tarap,rambutan,kembayau dan banyak lagi.Bukan selalu tau dapat peluang makan bermacam jenis buah dalam 1 musim.Kena tunggu masa dan waktu musim itu tiba,contohnya macam durian takde la setiap bulan nak dapat kan.Biasanya hujung tahun baru la meriah ngan durian runtuh.hihihi.

Aku lak beruntung sangat sebab tak yah susah2 nak beli buah sebab boleh dapat free.Kelmarin kat rumah mak aku,sampai naik pening hidu bau buah.huhu.
Kitorang dapat banyak buah langsat dan tarap.Bakal tunang adik aku yang bagi,sebab family dia ada dusun buah kat kampung Lugu,daerah Tutong.Beruntung lah kan adik aku dapat bakal suami yang kaya buah.Tiap tahun boleh makan buah.wihihi.
Aku memang kenyang buah kat rumah mak aku,sampaikan perut aku pedih gara2 banyak makan.Ye la dah memang buah tempatan ni sejuk,ha ambik ko sampai hari ni perut aku rasa tak sedap.huhu.Bukan selalu dapat peluang macam ni.Tahun lepas tak berkesempatan pun,sebab aku berpantang.Tahun ni la aku nak balas dendam.

Antara buah yang aku bantai kelmarin durian putih,rambutan,langsat,tarap dan kembayau.Fuh dasyat tul kan.Dah jadi rojak buah2 tu dalam perut,mana tak sakit.huhu.
Okay la,ni aku letak gambar buah2 yang sempat aku snap.Except durian dan kembayau jek tak sempat.Dah habis baru ingat.haha.

Image Hosted by ImageShack.us
Buah langsat.Bakal tunang adik aku yang panjat sndiri pohon langsat tu.Nak ambil point bakal mak n pak mertua,kene berkorban tau.hahaha.

Image Hosted by ImageShack.us
Buah rambutan ni mak sedara aku yang bagi,diorang pun ada pohon rambutan sendiri.Seronokkan tak yah nak beli.


Image Hosted by ImageShack.us
ni lak buah tarap.Bakal tunang adik aku yang bagi gak.

Image Hosted by ImageShack.us

ni la rupa buah tarap yang dah pun dibuka kulitnya.sedap tau buah ni.manis2 gitu.paling sedap buat goreng(cucur)ala2 macam kite buat goreng pisang tu.Try la,rasa sekali nak lagi..ha,aku pun rasa2 nakkk lagiiii..very shedappp.macam tak puas2 je aku ni.hihihi.



P/s: Siapa2 yang 'ter'banyak makan buah tempatan tu,di rekomenkan minum air banyak2 hokay.Jangan follow mcam haku,sampai serak suara dah akibat terlalu fanatik nak melahap dan telan buah.huhu.


4 comments:

Jiey^Mien said...

Wahhh.. Sedapnya..
Jiey pun suka gak buah2 ni semua..
Tp nk blk kampung semata-mata nk mkn buah cam tak berbaloi plak..
Tp sesekali blk time musim buah, mmg pulun tak hengat..
Rs syiok mkn dr kebun sdr tu mmg lain nk compare ngan beli kat kedai..
:P

Intan@mama Hadif-Brunei said...

Tu la kn jiey..memang tak hengat benda lain dh kalau dh ada musim buah ni.bukan slalu kn.ehe.
Betul tu memang lain rasanya dari yg dbeli,sbb kn gune ringgit.kalau yg dari kebun sndiri main tunjuk n kutip jek.haha.
Jiey,intan dh tk dpt la nk tengok ian lagi.huhu.sedih ni tau.invite la intan sekali.smpai intan tanya kat ina pasal email jiey,tapi ina tk reply.lupa kot.rindu sgt nk nengok ian.huwaaaa...

Intan said...

Ekeke....siap amik point tu coz nak amik hati pak mak mertua...ekeke.

Betul lah intan, kalo bab mkn buah nie...kengkadang tu mmg tak hengat. Main belasah je haaaa pas tu siap lah perut pon "mainkan lagu"....ekeke.

Bestlah ada dusun sendiri, puas makan kan :)

Jiey^Mien said...

Alamak Intan..
Sorry.. Sorry..
Bagi emel add..
Nnt Jiey invite k..

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.