Pages

My 3H

My 3H

Wednesday, October 14, 2009

Cerita hari ini

Wah tajuk bukan main lagi.Dah macam berita hari ini lak.haha.hmm..camne nak mule ek.Hari ni hari yang amat malang(pada mulanye) ye ke malang2 ada la 1 part tu jek yang part lain tu hehehe(gelak sebab ada la tu)

Awal pagi tadi memang nasib tak baik,bangun tidur je nak cuci muka,berus gigi apa la kan.sekali pusing kepala paip toing! Takde air.huh! Kat tempat aku ni bekalan air memang selalu putus sebab atas bukit kut.sebab tu lambat nak sampai.Nasib tak kene bayar bil air,kalau ada sure aku komplen kat jabatan air.Eheh.Then mula la episod aku merungut.ye la planning nak cuci baju,nak masak2 nak mandi.Terus takde mood.very da stress.Otak aku pun terus blank.sudahnye buat je kerje mengemas.

Jam 10 dah selesai episod mengemas,aku pun jenguk lah anak aku yang baru bangun tidur.siap jerit2 lagi,cari mama la tu.manja tul Hadif ni.Sekali tu tengok2 Hadif bukan setakat jerit je,dia siap merengek2.Aduh apa kene ngan anak aku ni.Laaaa... Hadif selesma! Huhu hidung dia macam tersumbat,sukar nak napas.So aku pam lubang hidung dia.very da nyum2.haha.Banyak hasil.yewww.So pagi tu Hadif tak mandi,aku lap je.Dah siap sapu minyak panas bagai,bagi susu then tidorkan.Tu pun susu tak habis,lately ni sukar nak bagi Hadif susu semenjak tumbuh mr.gigi yang 4 batang tu.Bagi susu bagai nak beperang,haha bayangkanlah.Nasib dia jenis kuat makan,huhu.Sebelum tu aku dah bagi dia ubat.Dos ciput jek,takut ada effect lak.Yang ciput tu pun dah buat dia ngantok berabis.So tidur la dia dengan nyenyaknye.

Image Hosted by ImageShack.us
Hadif sejuk arr mama...


Tunggu punya tunggu akhirnya beberapa minit lagi nak masuk jam 12 tengah hari.Try pusing kepala paip,wah dah buka! (macam tak pernah jumpa air jek)wakaka.So apalagi,aku terus mandi,badan pun dah peluh2.Apa taknye air cond tak on,sengaja sebab tak nak selesma Hadif melarat.Nanti makin teruk aku gak yang susah kan.
Siap mandi masak la apa yang patut menu tengah hari tadi simple jek ayam masak kicap dan sayur kailan.Tak yah spesel2 sangat,sebab yang makan pun dua orang je.hehe.

Okay la part tu kira orait lagi kan.Sambung lagi.Seterusnya aku buat la kerja cuci2 baju.Cucian aku yang pertama dan kedua,berjalan dengan lancar.Macam biasa la,masuk wash tub then spin tub.Tetiba cucian yang ketiga,aku masukkan la baju2 yang dah dicuci ke dalam spin tub then putar timer.Memula pusing laju makin lama makin slow.Slow dia bukan slow biasa,very da slowest.O my god! Apa kene ngan mesin aku ni.Rosak?! Dah mula panik.Huh,takkan lah.Mesin ni baru lagi.Aku beli bulan februari yang lepas.Aku switch off,on balik n try lagi.Uwaaa..still da same.Macam mana nak keringkan baju2 ni?sangat stressfull aku saat itu.Di tambah lak dengan Hadif yang teramat meragam hari ini gara2 mr.selesma dia tu.huhu.Ada dua bahagian cucian lagi yang nak dikeringkan.Aku mula la fikir macam2.Contohnya,malangnya nasib aku bulan ni.Dah la handfon aku rosak,network problem gara2 dihisap dengan rakusnya oleh anakku.huhu.Sekarang hanfon aku dah check in kat kedai handfon untuk direpair.Now washing machine aku lak buat perangai! Aku tetiba teringat masih ada waranty ke?,so cari kad waranty.yes! Masih waranty 12 months from purchase date.Aku beli 18hb feb.Ada tertera no phone.Hmm..nak call or tak.Ah tunggu huby je la,aku tak pandai part2 ni.Nanti lain lak yang aku bagitau(cakap je malas)ehehe.
So aku buat2 la cam takde apa2,bawa makan dulu.Tapi dalam otak tetap duk pikir tentang mesin jek.Siap makan konon2 nak drain out la air kat wash tub.Tengok2 apasal air ni tak turun2.check2 laaa! Bodoh + lembab + hampeh tul aku(before korang cakap baik ngaku dulu lalala)rupa2nye aku lupa nak turunkan drain hose! haa sekaligus buat aku terfikir pengering ni tak jalan sebab tu kut.check kat bawah spin tub,got it! Banyak air plus buih terstuck kat situ.waaaaa..*malu,tutup muka* haha.Aku pun jiruskan air kat spin tub,buang segala buih2 kat dalam.Dah rinse semua,ha ambik ko spin tub tu beputar dengan laju dan lancarnya.So bukan salah mesin la kan,tuan dia yang ala2 bodoh sikit lepas tu panik tak tentu pasal.wahaha.Nasib baik aku tak call repair service,kalau tak bayangkanlah.Tak pasal2 aku kene gelak siap kene sound lagi "cik,mesin ni tak rosak tapi cik lupa nak turunkan hose dia..bla bla bla" ha kan malu tu.camne nak cover tak kan aku cakap "eh,tadi dah turunkan.Tak tau la macam mane leh sangkut balik" wahaha boleh ke?

Image Hosted by ImageShack.us
hanya sebuah mesin yang tak bersalah!


So pengajaran dari cerita hari ini adalah jangan cepat panik,stress dan gelabah kalau ada masalah2.Relax.....ala2 iklan coklat kit-kat tu.kita hidup ni memang tak lepas dari dugaan.Tapi dugaan aku tu aku sendiri yang buat.hehehe.Lepas ni dah taubat dah before gune mesin wajib make sure turunkan drain hose dulu.ekeke.Hmmm,tak nak la cerita kat huby.kalau dia tau konfom aku kene gelak bukan nak kesian pun.Dah tau dah.Kecuali dia dah jenguk blog aku(huby aku rajin jenguk gak tym2 free)haha.Tak pe la,yang penting aku takkan bagitau dia indirectly!

4 comments:

Jiey^Mien said...

Comel la gamba Hadif sejuk tu..
=)

Intan@mama Hadif-Brunei said...

hehe..hadif betul2 tgh sejuk tu.tgh tungu abah dia ambik air suam buat lap bdn.tu yg intan selimut dia dlu.kikiki

K. Ejja said...

heheh...
awat kalut mu nih?

Kat sana x yah byr bil air ka? FREE ka? heheheh..

Awat mesin basuh tu? hang yg sakit ka.. mesin basuh yg sakit? wkakka..

Mamai la tu.. sbb air x da..

C hadif muka comel je.. da mandi ke blum time snap gambo tu.. ehehhe..

Intan@mama Hadif-Brunei said...

wakakaka,memang kalut habis dh hari tu.malang tul kn.
Den tinggal kat rumah kerajaan.so bil air tak yah byr,smua diorg tanggung.hehe.
Hadif tak mandi,den lap jek.takot slesma menjadi.
Wahahaha mesin tu tak sakit,den yg mcm dh nyanyu2.kah3.mana taknye duk pikir air tutp ngan hadif yg meragam.huhuhu

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.