Pages

My 3H

My 3H

Thursday, July 30, 2009

Saya Hadif laa

Ermmm..HelloooSmileys..Ini saya la Hadif Qusyairi.Ehehe.Jgn bg tau mama saya tau yg saya curi2 buat entry ni.Saya tengok mama sdg sibuk kat dapur.Lagipun mama dh lama tak buat entry pasal saya kan.
Saya skrg dh 6 bln.Tak lama lagi nak masuk 7 bln.Wah,cepatnye saya membesarkan.Tapi saya nak jadi baby lama2,nak puas2 manja ngan mama n abah.
Nak tau tak,saya sekarang ni makin nakal dan lasak.Hari tu saya pernah jatuh katil,gedebuk besaw! Mama saya panik.Saya nangis dgn kuat.Saya rasa mcm ada bintang2 kat kepala saya.Kesian mama,tak habis2 slhkn diri sebab cuai.Tapi mama tak sengaja,sebab mama tak tau pun yg saya dh pandai bergulik2.Tapi saya nangis tak lama.Lepas mama pujuk2 dan agah2,terus saya ketawa.Sekrg mama dah fobia nak letak saya kat katil sorang2.
Saya juga sekarang ni dh pandai round2 rumah guna walker.Seronoknye.Saya juga suka kacau brg2.Hari tu saya dpt tumbangkan jemuran transformer mama(jemuran dpt dilipat).Mama terkejut dgr bunyi jatuh.Saya pun nangis.Padahal tak kena saya pun.Saja je nak minta dukung.
Image Hosted by ImageShack.us
alamak lariiiiiii


Kalau menangis kdg2 saya mcm sebut "maa" n "bah" tau.Tak tau la kebetulan atau tak.Tapi memang betul saya sebut.Kdg2 mama dan abah saya sengaja buat saya nangis tau,nak dgr saya sebut mcm tu.Tapi saya nangis makin kuat pulak,smpai mama n abah panik diamkan saya.Haa,baru diorang tau kan.

Ermm..saya nak bagitau jadual rutin harian saya dgn mama.Saya happy sgt dijaga oleh mama 24 jam,sebab tu la saya syg sgt kat mama saya.

Pukul 8/9am: saya bangun tidur.Main2 ngan mama dlu then bru mandi.Saya paling suka waktu mandi.

Pukul 10am: saya makan.Kdg2 mama marah tau tym suap saya.Sebab kdg2 saya tak mau buka mulut.
Image Hosted by ImageShack.us
ermm..Mama org mkn kena ambil gambar gak ke?


Pukul 12pm: saya menyusu dan tidur.Selalunye waktu mcm ni saya tidur kejap sahaja.

Pukul 3pm: saya akan menyusu lagi dan tidur lagi.
Image Hosted by ImageShack.us
saya sdg bermimpi


Pukul 5pm: masa untuk saya mandi.
Image Hosted by ImageShack.us
cepat la mama,hadif tak sbr nak mandi ni

Lepas mandi saya selalu menyusu dan tidur.Sebab lepas mandi saya rasa hangat dan nyaman.
Image Hosted by ImageShack.us
dgn puting nyotnyot kesygn saya


Pukul 7pm: waktu saya main2 dgn mama dan abah.Diorang suka agah2 saya,nyanyi2.Abah saya selalu bdzikir dgn saya.Saya pun buat nada suara mcm abah saya bdzikir.Kdg2 saya tengok barney.Itu lah kartun kesukaan saya.
Image Hosted by ImageShack.us
jom main!


Pukul 8pm: saya kena suap makan lagi.Sambil tengok barney.
Image Hosted by ImageShack.us
i'm full mama


Pukul 9.30pm: masa untuk ganti pampers.Sapu minyak kat dada,perut,belakang,betis dan tapak kaki.Terus mama pasangkan barut.
Image Hosted by ImageShack.us
geli la mama


Pukul 10pm: menyusu dan seterusnya masa untuk saya tidur.
Image Hosted by ImageShack.us
ini lah tempat tidur saya.Sangat selesa dan nyaman.Gud nite mama


Pukul 3am: biasanya saya bangun untuk menyusu lagi

pukul 6/7am: saya akan menyusu lagi dan sambung tidur

Hmmm..Kdg2 jadual tu berubah juga tau.Kdg2 saya makan dlu lepas tu mandi.kdg2 saya makan 1x sehari je.Kdg2 saya tidur lama sgt sampai jadual mandi dan nenen saya berubah.Mesti laa,sebabnye saya kan masih baby

Alamak mama dh dtg la.Saya off dulu ya,nanti mama nampak saya buat entry ni.Lagipun saya dah ngantuk laaaa huwaaaarrgghh.....Smileys

Thursday, July 23, 2009

Pasal c-zer

Image Hosted by ImageShack.us


Topik aku kali ini adalah berkaitan dengan kaedah caesarian section(c-zer).Memandangkan aku pun melahirkan secara c-zer ni.Aku pun korek2 la info n kisah2 yang seangkatan dengannya.Rasa ingin tahu tu amat la tinggi,ye la nak tahu juga bagaimana para doktor toreh2,belah2 perut aku ni sehingga keluar baby dan sehingga tertutup semulaSmileys.
Aku pun jumpa la salah satu blog kepunyaan seorang doktor c-zer.Dia menceritakan bagaimana cara dia melakukan pembedahan ini.Malangnya blog dia dah lama tak aktif.Tapi aku edit2 la serba sedikit karangan dia tu.Ok jom baca...Smileys

Mula2 sekali perut akan di tanda.Dengan menggunakan scapel lapisan kulit dipotong.Seterusnya lapisan lemak sehingga ke bahagian rectus sheath(lapisan ibarat karung didalam lapisan perut).
Rectus sheath itu dipotong dengan gunting supaya lapisan daging rectus abdominis terdedah keluar.Daging ini kemudiannya dipisahkan dan seterusnya tiba di bahagian peritoneum(bahagian dalam perut)maka akan kelihatan uterus(rahim).
Rahim ini kemudiannya dipotong sehingga lapisan nipis dan kemudian kawasan potongan ini akan dibuka dengan 'artery'(seperti gunting yang tumpul)supaya bahagian bayi dalam rahim tidak tercedera.
Seterusnya karung bayi akan kelihatan.Kawasan yang nipis tadi seterusnya digunting supaya agak lebar dan muat bagi bayi untuk keluar melalui potongan itu.
Karung bayi itu seterusnya dipecahkan dan kepala bayi dipegang dan dikeluarkan daripada rahim si ibu.Seterusnya uri dikeluarkan.
Setelah itu kawasan potongan rahim itu ditangkap menggunakan sejenis instrumen supaya pengaliran darah dapat dikurangkan dan rahim itu dijahit dalam dua lapisan.Pada masa ini adalah penting kerana masa inilah pendarahan berlaku dengan banyak.
Setelah rahim dijahit,lapisan2 tadi seperti rectus sheath dan kulit akan dijahit semula.
Pepatah MO: "caesarian is different,you will never expect what you are going to face in each case"

Uish..Begitu la caranya bagaimana perut aku dibelah2.Banyak tul lapisan2 yang ditoreh.Memang ngeri.Sakit tu tok sah cakap la,memang trauma pada mulanya.Tapi tu la pengorbanan kita sebagai ibu dan isteri.Tak serik pun nak lahirkan next babySmileys

Dengan ini aku tempek juga gambar parut c-zer kat perut aku ni.Huhu.Memang sangat ngeri ok.Sebab parut tu still timbul,sekali tengok macam cacing yang tebaring melintang kat perut aku niSmileys.Aku terpaksa blur2kan image scar ku ini ok,sebab teruk benau rupanye.Aku tak tahu la dengan ibu2 c-zer yang lain,mayb dorg punya scar tu tak macam aku.Agaknye doktor tu selamba je jahit,supaya cepat siap tu yang jadi tak cantik menarik da bomb! HuhuhuSmileys

Image Hosted by ImageShack.us


close up lagi sikit...Image Hosted by ImageShack.us


Agak2 nampak ke tak pic scar ni ye.Hentam je la.Janji perut aku yang penuh dengan stretch mark tak kelihatanSmileys

Sunday, July 19, 2009

Round2 Bandar Seri Begawan

Semalamkan malam minggu.so we dh decide awal2 lagi nak bawa hadif round2 bandar sempena perayaan hari keputeraan Sultan Brunei yang ke-63 tahun.

Tym perayaan ni Bandar Seri Begawan sangat meriah.Di hiasi dengan lampu2 neon yang lip lap,pintu2 gerbang n gerai2 makan serta jualan.Biasanya tiap2 tahun akan diadakan persembahan pentas di kawasan gerai,kereta berhias dan bunga api.Memandangkan di Brunei pun di landa influenza virus H1N1 so semuanya di tangguh.Huhu ruginye Hadif...hehe.

Ok la,sambung cerita.kami bertolak kebandar jam 7mlm.Selesai maghrib le ni.Before tu dah siap2kan Hadif,bagi susu n tidorkan dia supaya tak meragam tym bejalan nanti.

Image Hosted by ImageShack.us
hadif sempat pose atas katil before we jln2.fotogeniknye anak ku ini.

Image Hosted by ImageShack.us
baby berusia 6 bulan yang baru nak mengenali isi dunia.haha.sukenye dia tengok lampu2 yang lip lap lip lap di sepanjang jalan


Pemandangan yang berwarna-warni di sekitar Bandar Seri Begawan

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Mula-mula plan nak round2 dalam kereta je.Tetiba lak tukar angin nak turun jalan2 kat kawasan gerai.so kami cari gerai yang tak ramai sangat orang.kalau kat kawasan depan 'Lapau' memang ramai n sesak.Tak berani nak turun.Tengok2 kat kawasan berdekatan padang Sultan Omar Ali Saifuddien(soas)tak ramai.Tempat pun luas.So bawa lah Hadif turun.Seronoknye first tym bawa anak sendiri,tu belum lagi Hadif dapat kaki.kalau dah sure tak menang aku n huby nak kejar dia.haha.

Kitaorang pun jalan2 la cuci2 mata sambil beli2 apa yang nak di ngap.Perut pun dah lapar,yang dibeli malam tu soto,abc,tongkeng,sotong tutuk dan buah longan.Sotong tutuk n longan memang wajib ada tym perayaan.Sebab tu la mesti beli(memang hantu sotong n longan pun :P huhaha)

Image Hosted by ImageShack.us
Buah longan ni hampir semua gerai ada menjualnya.Harganya 1 kilo $3.kitaorang beli sekilo je,cukup la untuk berdua.eheh.


Pemandangan di sekitar gerai jualan

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us
Padang soas.Tym perayaan ni di buka untuk ibu bapa membawa anak2 bermain.

Image Hosted by ImageShack.us
sempat posing depan masjid soas

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us
Hadif nak yang mana?haha.Eksyen je mama dia ni.nanti la Hadif dah pandai minta sure banyak alasan.hehe

Image Hosted by ImageShack.us
posing dengan babah.Akhirnye aku belikan je belon ultraman kecik.murah je tu $1.ala,beli yang besar pun Hadif belum pandai lagi.yang ni pun dia buat gigit2 je.

Image Hosted by ImageShack.us
Hadif terpegun tengok mainan singa yang begerak2 dan mengeluarkan suara.


Setelah penat berjalan n beli2 makanan.kami pun balik.penat wo dukung Hadif yang berat dh 8kg tu.haha.
Dalam perjalanan pulang............

Image Hosted by ImageShack.us
alahai..ngantuk rupanye anak aku ni.hehe.ni siapa yang letih sebenarnye ni.sampai rumah pun hadif sambung tidor.so aku n huby ambil peluang untuk makan.next tym nak pergi lagi ok!

Tuesday, July 14, 2009

Addicted!

Fuh,dh lama tak berupdate blog aku ni.Akibat kebizian yg melanda diriku.Bizi ke ek?Atau aku yg buat2 bizi?Hehe.Ye la aku ni bukan jnis tahan kalau tengok rumah bersepah,selagi belum bersih di mata aku.Selagi tu la aku 'sental' habis2an..Haha

Jangan saspen lak dgn tajuk entry aku kali ni.Bukan addicted kat benda2 yg tak elok ok! Aku addict beli brg2 baby.Haha.Semenjak jadi mama ni,aku boleh menahan diri dari tak beli barangan aku.Tapi bab2 beli barang baby ni yg aku tak boleh nak di tahan2.Nasib baik hubby pun faham,sebab dia pun sama.Pantang sekali tengok zone2 barangan baby.Gerenti ringan je tangan nak beli.Hehe.

Minggu2 ni,rajin tul aku n hubby window shopping.Ye la dari boring2 asyik teperap je kat rumah.Sekali sekala la bawa Hadif jln2.Tapi tak le pergi ke tempat2 yang sesak coz takut dengan flu influenza H1N1 yang turut melanda di Brunei ni.

So ni la yg aku beli minggu ni.Alah..Ala kadar je.Yang penting benda tu berguna untuk kegunaan Hadif.

Image Hosted by ImageShack.us
susu formula dumex dupro,before ni hadif susu dumex dulac.Skarang dh tukar since umur dia dh masuk 6bulan.Roti milna perisa epal sbagai makanan selingan.Kesian la kan kalau hadif tengok kitaorg makan dia macam nak juga siap telan air liur lagi.Lastly Nestum beras merah,saja nak tukar2 selera hadif.Biasa makan nestum beras putih yang tin biru tu.Lagipun nurse cakap beras merah lebih elok,banyak zat.Hadif pun mcm suke je.Eheh.


Image Hosted by ImageShack.us
Stokin jenama goldbug.Bab2 mencari stokin ni yang aku rasa susah sangat.Haha,tengok je la betis anak aku tu.Akhirnya aku tejumpa gak stokin ni.I like! Sebab cottonnya yang lembut dan getahnya yang tak terlalu sempit.


Image Hosted by ImageShack.us
bib ni huby yang belikan.Hah,3 pasang sekali dia beli.Bib ni very da murah ok.Tapi aku suka sebab bib ni ala2 baju n belakangnya beralas plastik.So kalau tym minum air,baju tak basah.Hadif guna bib tym makan je.Hadif ni kalau tym makan mak ai,dengan leher2 dia pun ikut makan.Kotor sungguh!


Image Hosted by ImageShack.us
infant toy ni pun huby yg belikan.Ni gara2 kat klinik tadi,doktor beri rattle berwarna merah kat hadif.Hadif cm suke je,sampai tak nak lepas.Doctor cakap baby usia ni memang interest kat benda2 yang bewarna merah.So terjumpa la toy ni,but as usual hadif minat kejap je.Sekarang dh jemu,siap dibaling2 lagi toy tu.Haha.


Tu kisah aku addict kat barangan baby.Yang ni lagi satu penyakit aku.

Image Hosted by ImageShack.us
koleksi botol susu hadif.Haha.Banyak tu.Boleh pakai untuk 10 org.Semuanya ada dalam 13 botol.Macam2 size ada.Tapi tak ler semua tu aku beli,ada yang dihadiahkan tym hadif lahir.


Image Hosted by ImageShack.us
botol 2 oz,miki brand n tollyjoy.Yang ni dh dalam simpanan,dh tak leh pakai.Rindu lak tym2 hadif baru lahir dulu.Takpe la simpan untuk next baby ok!


Image Hosted by ImageShack.us
botol 4 oz,yang hadif pakai sekarang ni.Ada brand anakku,pureen,ok baby n yang tak de brand.Beli sebab cantik.Eheheh.


Image Hosted by ImageShack.us
botol 9-10 aun.Masih tersimpan rapi.Belum pakai lagi.Suka sangat dengan wide neck botol tu.Tak tau le hadif nak ke tak.Sebab yg wide neck tu puting dia susah nak cari yang lembut.Hadif sekarang gune puting pigeon size m yang color kuning.Ada ke puting wide neck brand pigeon ek?


Akhirnye siap gak aku update blog ni dengan entry yang tak berapa special.Siapa2 yang boring jangan baca.Aku tak paksa hokey! Ehehe.Hmm,tym aku buat blog ni meh kita tengok hadif sedang buat apa

Image Hosted by ImageShack.us
Laaaa..Tido rupanye anak teruna aku ni.Sedapnye si bolat ni tidor rasa2 nak join je :p

Wednesday, July 8, 2009

Look-a-like

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Takde entry nak dibuat.So layan je la pic diorang ni.Hehe..Sepesen je muka huby n anak aku ni kn.Memang klon babah dia la hadif ni.Mana2 pergi pun gerenti cakap mcm muka bapa dia la.Ye la ye la..(dh kes jelez)huhuhehe.

Takpe la.Anak abah la katakan.Hadif dah pandai mengadu dah skarang ni.Kalau Hadif buat perangai,sure aku marah n geram,ha keluar la taring aku(actually marah2 sayang je).Hehe.Then hadif apalagi,dengan suaranya yg lantang n ala2 manja.Mata dia sibuk la cari2 babah dia(kunun2 nak ngadu).Babah dia apalagi pantang dengar anak dia nangis terus datang.Suka le hadif tu.Terus je diam kalau dh kena dukung dgn babah dia.



Ermmm..Ehh?? Anak siapa pulak ni?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Image Hosted by ImageShack.us
chakkkk! Ni Hadif laaaaa..Hehehe..Ni my mum la yg punye kerja.Sori sis ira,mama yg pakaikan tudung c-ellysya tu,pinjam jap ek.Huhaha.

Saturday, July 4, 2009

Tag: Dari ida a.k.a mama irfan

Hari ni aku nak selesaikan homework yang di beri oleh ida a.k.a mama irfan.Sori ye ida,lambat siapkan.Sebab baru tadi lawat blog ida n ternampak nama intan kat list orang2 yang ida nak tag.Hehe.

Sejujur ku katakan ini lah pertama kali aku di tag.Tahniah ye ida sebab jadi orang yg pertama mentag aku.Ekeke..

So ni lah hasil homework aku yang dah pun selesai dengan text yang colorful lagi hehe...



1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
Baru je seorang,boy..Satu2nye permata hatiku buat masa ni.


2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?
Agak2 dalam 2 tahun yang akan datang.Sebab intan c-zer so kena la jarakkan,suppose to be 3 tahun.Tapi lama sangat.Umur pun bukannye makin muda.Hehehe.



3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
Nama anak intan Hadif Qusyairi bermaksud yang mempunyai matlamat,nisbah.



4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?
Hasil perbincangan intan dan hubby.Puas sangat coz kami sendiri yang bagi nama kat anak.



5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda?
Nama Hadif, intan memang suke since bertunang lagi.Pernah tengok kat tv,nama salah seorang budak yang pintar.Qusyairi pulak dapat dari buku nama2,cari tym dah preggy.Nama tu hubby suke coz ujung2 nama tu sama dgn permulaan nama dia..Yang 'ri' tu je.Kehkehkeh.



6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahayamata...apakah nama yang akan anda beri?
Emmm...Belum terfikir lagi.Maybe kalau boy still nak kekalkan nama Qusyairi tu.Nama kat depan je yang berubah.Kalau gurl lak nama yang kedua tetap bermula dengan huruf 'Q' gak.Suke sangat dengan huruf ni sebabnye permulaan dari perkataan yang mulia seperti Qur'an,Qari & Qari'ah


7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?
Hehe tak dapat nak jawab.Akan di jawab di masa yang akan datang.Insyaallah kalau ada rezeki.


8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang...anda nak girl @ boy? nyatakan sebabnyer?
Intan nak girl! Hehe.Nak sepasang.Sebabnyer yang boy ni akan jd geng hubby,yang girl lak semestinye jadi geng intan.Dapat le intan pakaikan gaun2 yang cantik,riben2 n klip rambut,stokin panjang.Wah! Seronoknye kalau dapat baby girl.Dah besar nanti dapat tolong2 intan buat kerje dapur.Hehe.


9. Ape ciri2 persamaan anda & anak anda?
Susah sikit nak jawab ni.Persamaan tang kulit je kot.Kami sama2 berkulit kuning langsat n perangai pun sama,sensitif dan manje.Kalau tang wajah,mostly yang cakap ikut muka hubby intan.Sampai ada yang cakap hadif klon babah dia.Lagipun diorang sama2 chubby.Hehe.



10. Upload gambar anak anda untuk tontonan semua rakan blogger.
Image Hosted by ImageShack.us



11. Tag seberapa ramai yang boleh untuk menjawab tag ini.
-antz83
-sis ira

rasa2 ni je yang dapat jawab tag ni.Sebab blogger2 lain yang intan kenal,kebanyakannye belum ada anak lagi.So kepada korang berdua sila lah buat tag ni ye.Hehe.

Thursday, July 2, 2009

Uwaaa~ rantai aku. . .

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us


Huhu.. Frustnya aku uwaaaaa...Rantai kesayangan aku telah putus ditarik Hadif.
Mula2 aku memang tak perasan yg rantai tu dh putus,tetiba je ada kat tgn hadif.Waaa..Tekezut giler aku! Aku memang sayang sgt kat rantai ni.Sebab ni hadiah hari jadi from hubbyku,tym tu kami masih bertunang.Bayangkanlah kami bertunang selama 3 tahun.Selama tu la aku jaga rantai ni sebaik2nya.Huhu.Akhirnya berkecai di tangan anak aku.
Memang nak marah,tapi bila di fikirkan apa la yg hadif tau kan(lagipun rantai tu jenis halus je).
Hubby pun dh pujuk,nanti repair kat kedai.Dah tanya kat kedai emas,harga repair bnd$25.Dlm masa 1 minggu siap.Sebab nak repair white gold ni tak semudah mcm emas kuning.So sekarang,buat sementara aku pakai je rantai emas kuning(aku tak minat)tapi dh hubby suruh pakai,pakai je la.Dia ckp nak simpan pun buat apa.Sayang je.Tak sabar nak pakai semula rantai kesayangan aku tu..
Huhu Hadif,sampainye hati putuskan rantai mama,geram sgt! Rasa nak gigit2 je tangan Hadif tu.Sabo je la.Macamni la gayanye kalau dah ada anak sendiri kan.Lepas ni apalagi la yg dikerjakan oleh Hadif,kena beware n alert selalu la ni.Haha.
Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.