Kat jaya ni ok gak la.Harga Barang2 dapur pun berpatutan.Biasa beli barang kat milimewah je tiap2 bulan,sebab tak jauh dari rumah.15 minit je sampai.Memandangkan aku dah planning nak cari baju,stokin dan kasut raya hadif.So pergi la ke jaya.Sebab dengar2 kat sana banyak pilihan.Tapi hampeh,takde pun yang berkenan di hatiku ini.Aku cume beli stokin 3 pasang dan berus botol susu je(yang lama dh hancus)hehehe.
Yang tak puas hatinya,kat seluruh Brunei ni diadakan grand sale bermula 14 ogos hari tu hingga 27 september ini.Tapi tang mana grand sale tu.Aku tengok harga2 baju2 baby masih mahal giler.Ada yang potong 20%,tapi dh kira2 tetap gak macam harga asal.Huhu.Tapi ada sepasang baju tadi aku memang dh berkenan sangat2,huby pun suke.Baju lengan panjang with jeans.Tapi sayangnye takde size untuk hadif,memang la size dia untuk 6-9 bulan.Dah try2 tak muat.Hampanye aku.Takpela minggu depan huby dah janji nak bawa kitaorang pergi ke Hua Ho,kat sana berlambak jenama baju2 baby.Fikir je poket masing2.Hahaha.Dulu tym pregnant barang2 hadif,hampir kesemuanye dibeli dari sana.Memang puas hati.
Aku takde la pentingkan sangat baju2 yang bebranded ni,yang penting cantik dan selesa.Murah lagi bagus dapat beli banyak.Lagipun baby ni apa la diorang tau,pakaikan apa pun tetap comel.Bagi aku rugi jek beli yang mahal2.Pakai pun sekejap.Actually nak pergi ke Hua ho terus tadi,tapi memandangkan huby aku kurang sihat.So delay la dulu.Takpe2,takkan lari gunung dikejar walaupun di hatiku meronta2 tak sabar nak beli baju raya hadif.Dah jadi mama ni,keperluan anak lebih penting.Hehe.Tahun ni kan pertama kali beraya dengan anak.So memang terover excited.Huh..Sabar la wei,3 minggu lagi.Yang paling penting tunaikan ibadah puasa dulu.Hikhikhik.
Ni aksi2 hadif kat food court tadi,huhu tengok lah kaki dia.Orang letak kat bawah,dia selamba je naikkan kaki dia tu.Lepas tu sibuk lak nak keluar dari chair tu.Hmm..Perangai siapa la yang dia ikut ni?Ekekeke
P/s: Shopping2 juga,jangan lupa bayar zakat tau.
