Pages

My 3H

My 3H

Wednesday, September 30, 2009

Al-kisah raya pertama

Alamak dah lama blog aku ni tak berupdate.Dah masuk 1 minggu lebih.Huhu.Maklum ler,kite kan sibok beraya.Sekarang ni pun aku masih lagi dalam mood raya.Walaupun raya sekarang ni tak semeriah macam ketika aku zaman kanak2 dulu.Huhu.Takpe la raya tetap raya,setahun sekali je.Haruslah di manfaatkan dengan sebaiknya.

Okaylah,sekarang ni ramai yang update kisah raya masing2.Aku pun nak gak la kongsi cerita raya aku.Aku nak mula dengan raya pertama dulu.
Malam raya tu aku tidur kat rumah mama aku.Ye la,takkan nak stay kat rumah aku.Sunyi tu.Semua orang balik kampung.Nanti tak pasal2 lak aku
menangis tym dengar takbir berkumandang.Haha.

Pagi raya tu aku bangun awal,kejutkan huby untuk sembahyang sunat raya.Hadif pun join bangun awal gak,semangat anak aku ni nak beraya eheh.Anak2 buah aku pun bangun awal.Memang tersangat havoc dan meriah suasana pagi raya tu.Seronokkk.
Aku pun terus la mandi dan bersiap.Ada seisi make-up lagi,ehehe.Biasa ler.Nak gak melawa di hari yang indah ni kan.Akibat leka sangat make-upkan adik2 aku,sampai Hadif terlambat mandi.Kalau nak tau dia la orang yang paling last bersiap.Huhu.Nasib baik anak lelaki,tak le lama sangat nak siapkan dia.
Dah selesai semua kite pun bersalaman sekeluarga.Terus seisi bergambar(gambar belum ambik dari hp bapa aku huhu)

Image Hosted by ImageShack.us
ni je yang aku ada.Gambar 5 orang cucu ma dan pa aku.Dari kiri: Azeq,Hadif,Qisya,Elly dan Reehan.


Selesai je makan(pagi tu mama aku goreng mee,masak kuah satay dan nasi impit,fuh sedap!)kitorang pun bertolak menuju kerumah nenek aku,di Sungai Liang,Daerah Belait.Sebelum tu kite singgah jap ke rumah mertua aku yang tak jauh dari rumah mama aku.Tujuan untuk berziarah dan bersalaman.Then teruslah kitorang meneruskan perjalanan yang amat jauh.Tapi tak terasa gak sebab jalan highway.

Sampai je kat sana,terus bersalaman dengan nenek laki,nenek bini,tua,acai,anik,amit,uda,busu dan para2 sepupu.Ramai ler sangat.Penuh rumah nenek aku tu.Sampai takde space nak duduk.Bayangkan la.Haha.

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us
suasana kat rumah nenek aku

Image Hosted by ImageShack.us
nenek laki n nenek bini bergambar dengan cicit.Nenek aku dah ada 6 orang cicit 5 dari family aku yang sorang lagi dari family tua aku(akak bapa aku)tinggal kat labuan sebab kawin dengan orang sana.

Image Hosted by ImageShack.us
Tengok le hadif,orang tengah riuh rendah boleh nyenyak tidur.Mengantuk sungguh anak aku ni,dalam dukungan mak uda aku pun boleh terlena.Terus letak kat tilam.Lama gak dia tidur,hampir 1 jam lebih.


Selesai je menjamu selera,bergambar,berketawa dan bermacam lagi.Aku dan family terus zoom ke Lumut,rumah anik aku(adik bapa aku).Tak berapa jauh dari rumah nenek.

Lepas tu,terus bertolak ke Daerah Tutong.Menuju ke rumah nenek aku di Danau,telisai.Kat sana pun ada makan.Huhu.Memang full perut.Kat sana,Hadif meragam kepanasan.Berpeluh.Aku pun lap2 badan n salin baju dia,baru la dia tenang sikit dan dah mula mengantuk.

Lepas tu kitorang beraya ke rumah2 adik beradik nenek aku.Rumah mereka jarak dekat2 je.Satu kampung la katakan.Tak ingat berapa buah rumah yang kite singgah.Banyak sangat.
Dah selesai kat satu kampung tu.Kite pun menuju ke rumah tangah Ariffin(abang mama aku) kat Lamunin,tutong.

Huhu tersangat le letih hari tu.Selesai je beraya kat rumah tangah Ariffin.Aku dan hubby terus zoom ke rumah kitorang.Hadif pun tidur je sepanjang perjalanan tu.Sampai kat rumah pun dah malam.Terus je mandi dan apalagi Zzzz..Hehehe.

Tu je la al-kisah raya pertama aku.Nantikan episod raya kedua lak ye.Yang ni lagi la perjalanan yang jauh memerlukan perjalanan melalui sungai.Nak tau?Tungguuuuu...

Sunday, September 20, 2009

Brunei belum raya esok...

"anak bulan syawal telah tidak sabit kelihatan..." "...hari raya aidilfitri jatuh pada hari isnin,21hb september..." huhuhu..Malaysia esok dah raya pertama ler.Kat Brunei pulak lusa baru raya.Boringnyer apasal lak tak sama kan.Bukan jauh pun.Dah semangat dah ni nak beraya.Huhu.Tapi apa boleh buat kn,dah ditetapkan begitu.Nak tak nak paksa ikut gak.Takpelah macam la tak beraya terus.Ekeke.Ok gak dapat aku readykan rumah aku.Dah pun siap,tersangatlah letih.

Apa-apa pun,aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua teman-teman warga Malaysia.Selamat menjamu selera dodol,ketupat dan lemang esok ye.Seronoknye..Tak sabar lak nak tunggu lusa.Lastly pesanan dari aku berhati-hati di jalan raya,ingatlah orang tersayang.Di kesempatan ini gak aku nak sedekahkan Al-Fatihah buat yang telah tiada...Semoga roh mereka dicucuri rahmat.Amin......




Thursday, September 17, 2009

Terimalah kad raya dariku



Kepada teman2 blogger,fb dan HA..serta keluargaku terimalah sekeping kad raya dariku.simple2 je ye,aku tak expert nak customize gambar2 ni.hehe.yang penting ingatan setulus ikhlas dari intan sekeluarga.Salam aidilfitri maaf zahir dan batin.




Wednesday, September 16, 2009

kad raya dari kwn2ku







ni aku tempek kad2 raya yang aku dapat dari teman2 blogger aku.cantik2 kad ni.teringat lak dulu2 aku dapat banyak kad raya dari kawan2 sekolah.hehe.tiap tahun gerenti ada yang pos.huhu sekarang dah takde lagi.ye la dah moden kan.orang sekarang ni buat ucapan melalui sms je.yang paling canggih sekarang ni gune internet je.hehe.Okaylah, di kesempatan ini aku nak ucapkan gak selamat hari raya kepada semua...maafkan andai ada salah silap atau terkasar bahasa.

Buat teman2 blogger,fb,fp dan HA dari malaysia,tak dapat nak sebut nama2 korang.terlalu ramai,takut lak sampai ada yang tertinggal kan.walaupun kalian jauh di mata namun tetap dalam ingatan,walaupun kite tak dapat bersua,bersalaman tangan di aidilfitri ini..aku dapat merasakan hubungan silaturrahim antara kita.ku harap hubungan melalui internet ini akan tetap berkekalan selamanya..huhu apasal lak sebak ku rasa ni.dah2 lah dulu ye,macam nak mengalir lak air mata aku ni.sekian dariku,maaf zahir dan batin...




Sunday, September 13, 2009

Biskut rayaku yang pertama

Orang lain gerenti dah bermacam2 jenis biskut.Aku baru ada satu jenis,tu pun nak kecoh.Hahaha.Awalnye aku takde plan langsung nak buat biskut ni.Konon2 nak tengok je akak aku buat biskut.Tetibe lak mak aku suruh buat,sebab mentega lebih akak aku masih ada.So aku pun rush le ke kedai beli honeystar,susu pekat manis,kelapa parut dan taburan rainbow.

Biskut ni simple n mudah je nak buat.Opps lupa lak nak bagi tau nama biskut ni biskut honeystar.Nak tau resepinye sila la jenguk kat blog akak aku ye.Ada kat blog list tu,yg sweet ira156.Dia siap tempek lagi pic cara2 membuat.Very da easy n sedap menjadi kesukaan budak2,mak pak budak pun suka la weh.Ekeke.

Image Hosted by ImageShack.us
ni la rupa biskut honeystar sebelum dibakar.Cantik kn?Resepi asal sebenarnya letak smarties kat atas.Tapi di tukar ke taburan rainbow.Sebab honeystar tu dah sedia manis,kalau letak smarties bertambah2 la manisnyeee

Image Hosted by ImageShack.us
yang dah pun siap dibakar.Sejukkan kejap,dah sejuk dia jadi ranggup gitu.

Image Hosted by ImageShack.us
Ni la hasilnya untuk 1 kotak honeystar.Bukan kotak yang besar tu,yang sederhana je.Banyak gak kan boleh isi 3 botol.Tu pun ada lebih lagi,aku isi tempat lain untuk jadi tester.Huh tester apanye,dah habis di 'ngap'.Wahaha.


Nak rasa tak?Boleh...Datang ler beraya rumah aku.Pintu sentiasa terbuka di hari raya nanti(tengah2 malam tutup ler ye,nanti tak pasal2 kena rompak).Wakakaka.


Saturday, September 12, 2009

Hadif n babah

Ni laa aktiviti lapang huby aku dan anak kesayangan dia tu.Huby aku suka sangat letak kepala dia kat walker hadif,hadif apalagi dengan riangnya menarik2 rambut babah dia.Tapi babah dia tak kisah,sebab dia rasa macam kena massage.Haha.Hentam la babah,suke2 dia je suruh anak main kepala tu.
Sambil2 'bermassage' tu,huby main cak2 ngan hadif sampai hadif gelak besar.Suka sangat tengok anak dia tu gelak.Sudahnya aku yang jadi mangsa berjaga tengah2 malam,sebab hadif ngigau.Huhu macam tu la hadif kalau dah letih bermain,gerenti ngigau nangis2 kadang2 siap gelak lagi.Babah dia bantai je tido.Ish...Geram geram geram(upin-ipin's style) huhehehe.

Image Hosted by ImageShack.us
mula2 gosok2 kepala babah dia

Image Hosted by ImageShack.us
lepas tu main tarik-tarik rambut

Image Hosted by ImageShack.us
ni tengah geram

Image Hosted by ImageShack.us
dah mula dah aktiviti main cak cak...


macam ni la gayanye kalau suruh suami tolong tengok2 kan anak.Main,main dan main.Hahaha.Tak pe la,yang penting aku dapat relax sebentar..Sebentar je ye..Jadi hozwife ni waktu rehat tak menentu okay.Tambah2 kalau anak kurang sihat,kene 24 hours ngadap dia.Mana lagi nak masak,cuci baju,kemas rumah semua kena curi2 masa.Apa2 pun semua dah jadi kebiasaan.Kata orang 'alah bisa tegal biasa'.Seronok gak coz dapat tengok anak membesar di depan mata,tangan aku sendiri yang jaga,didik dan suapkan dia.Syukur sangat2.

Thursday, September 10, 2009

Yang aku benci!

Aku benci! Apa yg aku bencikan?

1. Orang yang suka buat fitnah! Sesungguhnya memfitnah lebih dasyat dari membunuh.

2. Yang selalu jadi batu api! Ni yang paling jahat boleh memecah belahkan hubungan silaturrahim.Huh..Amit2 jabang bayi(keluar versi indon lak)

3. Yang kuat menyindir! Ha sindir la,sampai naik bingit telinga aku ni! Biar tuhan je balas.

4. Yang suka cakap belakang,kalau berani cakap depan2 la weh.Baru puas hati!

5. Yang tak soal siasat terlebih dahulu terus main tuduh2!

6. Yang tak boleh di bawa gurau(ni yg boring sgt) baru cakap gurau2 dah terasa.Tak kick langsung!

7. Yang suka mengadu sana sini! Konon-konon nak ambil hati,nak minta depends.Lantak la.

8. Yang mudah sangat percaya kat orang yang belum tentu betul! Ni kes orang bodoh.

9. Yang talam dua muka.Hari ni cakap kat si A pot pet pot pet pada si B,esok cakap kat c B pot pet pot pet pada c A(korang faham ke ek?Hehehe hentam je la)

10. Yang kuat mengumpat! Dah2 la umpat2 tu,nanti makan daging sedara sendiri kat akhirat.Na'uzubillah!

Ha! Tu je la post aku hari ni.Saje nak tambah2 blog archieve aku.Sekaligus menyatakan isi hati yang membara.Lalalala.Lepas ni aku nak sleepwalking..Eh! Salah..Nak buat blogwalking sambil layan lagu raya.Wahahaha.Yahuuuuuu! 10 hari lagi kite nak raya.Sesungguhnya ini adalah 10 malam terakhir.Sama2 la buat kebaikan.Ok daaaaa....


Tuesday, September 8, 2009

Hadif n Qisya

Fuh,macam dah lama tak update blog aku ni.Bizi? Tak gak.Maybe penyakit 'm' telah melanda.Ekeke.Tak pun sebab sibok nak prepare persiapan nak raya.Memang meriah.Meriah apalagi,beli persiapan raya untuk anak teruna aku tu la.Alhamdulilah dah complete pun.Cume...Hmm..Ada cume lagi ni,ehehe.Cume rasa2 nak tambah lagi t-shirt hadif.Ye la manatau baju basah ke,apa ke.Boleh lah jadi spare.
Ok la nanti aku buat entry pasal baju2 raya hadif ni.

Hari jumaat yang lepas adik aku berbuka kat rumah aku.Memang meriah,tengok gelagat dua orang baby ni.Ehe.Menu berbuka kita lak hari tu nasi,mee goreng,ayam goreng,dim sum,roti john,popia goreng,butter prawn,ikan sweet n sour,sayur kacang n minuman lak ceri ais-krim soda.Wah...Banyaknye,yang makan 4 orang je.Chop chop chop,jangan suspen ye.Ekeke.Yang aku masak hanya nasi,ayam goreng,popia goreng dan sayur kacang tu jek.Yang lain2 tu,adik aku dan suami dia yang sponser.Ehehe.Diorang kata tak yah susah2 masak.Relax aku weh,sedap2 lak tu.Tq so much to Nora n Fauzi.Susah2 je beli itu ini(lain kali lagi ye)ekekeke.

Ni la yang sempat di snap.Memang seronok tengok aksi2 hadif ngan cuzen dia ni.Nama baby dia ni Nur Qisya Dania,comel sangat,kulit putih giler.Adik aku dan suami dia tak la putih macam tu.Huhu.Gerenti adik aku ni tym pregnant suke tengok gambar baby omputih.Wuehehehe.Qisya ni lahir pada 10 march yang lepas.Dah nak masuk 6 bulan.Jarak 2 bulan,1 minggu je ngan hadif.Sebaya la tu.Nanti sekolah pun di tahun yang sama.Hehe.Tahun ni first tym la anak2 kitaorang ni beraya.Huhu.Tak sabarnye.Sebab ada saudara mara sebelah bapa kitaorang yang belum pernah tengok hadif dan qisya ni.Haa raya ni baru le jumpa.Gerenti meriah.Ok la jom layan pic2 hadif ngan qisya ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Qisya: eh..Abg hadif..Mama awak snap gambar kite la..

Image Hosted by ImageShack.us

Hadif: mana? a'ah la...

Image Hosted by ImageShack.us

Hadif: alah tak heran pun,mama saya tu memang selalu ambik gambar sampai saya dah bosan
Qisya: ye ke? Tak pe la.Abg hadif tak nak.Biar saya je buat pose.Ehehe

Image Hosted by ImageShack.us

Hadif: dah dah le tu.. Kite jangan pandang kamera

Image Hosted by ImageShack.us

Qisya: habis tu nak tengok apa ni
Hadif: tak de pe..Biar mama saya tak dapat snap gambar kite

Image Hosted by ImageShack.us

Qisya: jahat la abg hadif ni,saya nak pose gak sambil hisap puting kesayangan saya ni
Hadif: erm..Puting qisya tu nampak sedap la,saya pinjam boleh?
Qisya: tak malu la abg hadif ni,puting ni kan warna pinky.Untuk gegirl ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Hadif: tak pe nak testing je...Ermmmm...mama,hadif suke la puting ni.Ermmm..Oh yee..babu Nora hari tu dah janji nak belikan puting pigeon ni kan mama.Tak sabar la hadif nak pakai.Babu Nora jangan lupa tau.Ehehe.
p/s: uhukz2 to nora,tu Hadif yang cakap bukan aku.Lalalalala~



Thursday, September 3, 2009

8 bulan dah

Hari ni 3 september,jam 4.32pm genap ler usia hadif 8 bulan.Huhu.Tak terasa,cepat tul masa berlalu.Macam baru je semalam aku dukung hadif yang amat le kecik,macam baru je semalam aku rasa kesakitan selepas di c-zer dan macam baru je semalam aku bergelar mama.Ekeke.Hitung punye hitung 4 bulan lagik rupenyer anak aku ni nak masuk setahun.Tak sabar lak nak tengok dia berjalan n berkata2.

Hmmm...Apa ye yang hadif dah pandai menjelang usia 8 bulan ni.Setakat ni hadif belum lagi pandai merangkak,dia masih meniarap dan bergolek.Gigi pun belum ada yang tumbuh.Ok gak la lambat tumbuh,tak cepat buruk.Wuahahaha.Dah boleh duduk tapi belum stabil,agaknyer hadif ni tak merangkak kut.Sebab mak su aku(aku panggil busu Lily) ketiga2 anak dia tak merangkak.Terus duduk dan berjalan.Hmm..Apa2 je lh.Yang penting hadif sihat walafiat.Apa lagi ye...Hadif dah pandai tepuk tangan,kadang2 nari2.Ni kalau dah asyik tengok Barney.Hihihi.Hobi terbaru lak tepuk2 kepala,ntah kenapa la.Kekadang siap berbunyik lagi kepala dia tu,heran tul tak rasa sakit ke.Hadif sekarang ni dah pandai kacau barang rumah,memang tak selamat nak letak tempat rendah.Hari tu speaker kecil home theatre siap terpelanting jauh,huhu.Nasib tak rosak.Handphone aku dah berkali2 jatuh,spec aku dah berkali2 dia pulas tangkainye,mujur tak patah.Selamat2.
Terfikir gak macam mana le nak hidang kuih raya atas meja nanti.Tak dapat aku bayangkan.Huhuhu.

Agaknye tu je la kepandaian hadif buat masa ni.Memang tak sabar nak tunggu yang seterusnya.Tak pe la,perlahan2.Baby kan sedang dalam pembelajaran dan perkembangan iQ,So apa yang aku tau bermain dan tidur memainkan peranan yang paling penting.

Hmmmh jap ye,aku nak lepaskan satu luahan ni.Sebagai ibu memang la kite akan mudah terasa kan.Terutama bila ada orang yang membanding-bandingkan keupayaan anak masing2.Huh.Tak payah la weh.Anak sorang2 tak sama.Aku tau la memang setiap ibu akan amat teruja dengan kepandaian anak diorang.Tapi tak usah lah nak sibok2 tanya tu tanya ni.Biarlah,anak aku.Aku tau apa yang cerdik dan pintarnya dia.Aku memang tak suka bila dalam satu gather2 ke apa ke timbul la dialog ni antara para ibu2.......

"anak kau dah pandai pa?Anak aku baru 2 bulan dah pandai pusing nak niarap"
"anak kau dah pandai pegang botol tak?"
"anak kau dah 7 bulan belum tumbuh gigi?Ye ke?Anak aku 4 bulan dah tumbuh pun"
"anak kau dah 8 bulan baru bla bla bla kilo?Anak aku baru 5 bulan dah bla bla bla kilo!"
"anak kau minum susu apa?Anak aku tak dapat minum susu yang murah2,tak ngam"
"anak aku baru 6 bulan dah pandai merangkak,cepat tul kan"
"anak aku..Bla bla bla bla bla bla..Anak kau bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla"

yang terakhir tu faham2 je lah,itu artinya sekian dan sekian.Tak pandai nak habis2 nye.Maaf ye kekawan aku agak teremo sikit.Lalalala...

Aksi budak 8 bulan petang tadi dengan tidak berbaju,sebab lepas muntah.Memang geram sangat ngan hadif petang tadi,sebab aku lambat dukung dia.Menangis sampai termuntah.Rasa nak gigit2 je dia,huhu sabar2..Kan sedang berpuasa ni..Hehehe.

Image Hosted by ImageShack.us
Sedang tarik menarik wayar charging handphone

Image Hosted by ImageShack.us
dah gigit2 wayar,huhu ni tak boleh dibiarkan ni.Bahaya2.So mama dia ni pun tarik la wayar tu

Image Hosted by ImageShack.us
haaa tengok... Teramat le marah semarah marahnyer.Dengan vokalnya yang hi-tech

Image Hosted by ImageShack.us
huhu budak cengeng..Ehehe..Lalala..Mama dia bukan terus pujuk,tapi snap gambar dulu.Blogger la katakan.Wuahahaha.Bucuknye diaaa..



Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.