Pages

My 3H

My 3H

Friday, January 29, 2010

2nd check up & hb result

Entry ni spatutnya dh post hari tu.tapi terlambat sikit sbb tak ada peluang,hadif kurang sehat.badan dia panas sangat sampai cecah 38 degree dan cirit-birit sampai sekarang.kalau masih berterusan ingat nak bawa je dia pigi klinik.harap2 anak mama cpt sembuh.kesian tengok hadif mcm tu.

Ni nak cete tentang check up aku yg 2nd rabu lepas.ni bukan kire bulanan,sbb jarak dekat je.ni semua pasal low hb aku tu.alhamdulilah hb aku naik sikit.dari 9.8 ke 10.1.sikit je kan,tapi ok la.dh jadi dakwat biru.hehe.tak suke nengok ada tulisan merah kat kad.mcm tak lengkap je kan.

Mcm biasa lepas check berat,urine n check bp kat nurse terus aku jumpa doktor.doktor cina yg ada masa tu.lupa lak namanye.so kene tanye la itu ini,aku pun tanye memcm soalan.nak puaskan hati.
Lepas tu,baring sukat perut(fundal height) dan heartbeat baby,kali ni senang je cari.baru letak je alat tu terus dengar jantung baby.doc tanye baby dh moving ke?sebab dia da rasa baby aku gerak.haha.memang dh ligat gerak pun.huby aku pun dah boleh rasa kalau letak tangan kat perut.
Alhamdulilah check up semua ok.doc pesan careful je ngan bekas czer aku n jga pemakanan utk hb.

kad besar aku,kene simpan sebab ada perjanjian ultrasound(kertas pink kecil kat atas) pada 20hb feb ni..dh siap nanti kad besar ni store kat klinik balik.nampak tak tulisan merah tu?tu sbb dulu branak czer n complications poor progress.kat bawah tu lak tulis merah sebab low hb.huh..nampak tak cantik kad aku ni.


kertas pink tu perjanjian cucuk ambik darah lagi pada 22 feb ni.letih arr kene cucuk lagi..huhu..kad kecik tu utk check up bulanan n mesti bawa kemana2 incase ada apa2 yg berlaku.


Ni lak ubat2an aku yg dibekalkan dari klinik.folic acid 5mg kene makan 1 biji 1 kali sehari,ferrous fumarate 200mg(ubat tambah darah)di makan 1 biji 2 kali sehari dan vitamin C 100mg di hisap 1 biji 2 kali dlm sehari.


Next check up lak pada 24feb..huhu dekat2 je jarak kesemua appointment aku tu kan ultrasound,ambik darah dan check up.jarak sehari je.memang letih,tapi tu semua berbaloi demi kandungan aku jugak.harap2 semuanye berjalan ngan lancar.
Tak sabar nak tunggu waktu scan.hihi.nak tengok keadaan baby aku yg dah melasak kat dalam perut ni.masa tu kandungan aku dah masuk 5 bulan.dah besar dah.kalau nampak gender alangkah bagusnyee.hihi.kalau tak nampak pun takpe la.dah tak kisah ngan gender,yg penting semuanya selamat.


1 comment:

Anonymous said...

perlu menyemak:)

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.