Pages

My 3H

My 3H

Tuesday, August 31, 2010

Perangai

Ni laa perangai aku yg tak boleh hilang..macam dulu gak..waktu2 Hadif masih baby, memang tak boleh nak tahan diri dari membeli barangan baby..sampai kdg2 terfikir gak perlu kah semua ni, nak ke baby pakai mende ni, nanti kalau tak pakai nak simpan kat mana.. hak eleh tu semua fikiran kosong jer, memang tak jalan..bagi aku kalau aku dah minat sangat ngan mende tu aku mesti dapatkan , mesti beli gak (semua depends pada isi dlm purse aku yer muahaha) penyakit aku ni pelik..kalau aku tak sampai atau tak jadik beli mende tu dan aku dah terminat..maka sepanjang hari, sepanjang masa aku akan fikir mende tuuuuuu jeeeee..sampai tak leh nak tidor, mula la fikir macam2 takut mende tu dh kene beli,pada masa yg sama takut mende tu dah habis stok..lepas tu mula lah ngadu kat encik hubby..korang jgn tak tau laki aku memang dah masak ngan perangai aku yg satu ni..nasib la laki aku ni penyabar..dia selalu ckp mcmni "tu laa sape suruh tak beli terus je tadi..ni dah meracau tak tentu hala dah mcm kucing hilang anak lak..okay la esok kite pi sana semula" chewahhh baik tul laki aku kan(baik puji laki sendiri yer, sape lagi nak puji kalau bukan istri dia kan kan kan) walaupun ayat dia mcm nak buat aku geram je..ekekeke..takpe2 yg penting jadik..

So sekarang ni dah jadi pengajaran aku..kalau aku dah ternampak mende yg aku berkenan, aku tak nak lengah2 dah aku mesti beli on the spot..yg pelik tu kdg aku boleh gak tahan diri dari beli..bukan apa aku sebenarnya nak bagi ruang utk berfikir semasak2nya betul ke mende tu berguna..so bila otak dah kata yesss, terus locked memori..sampai je kedai tu dah tak fikir panjang terus rembat..haha..tu pun tak leh la nak fikir lama2 takut dah habis..muahaha masih ada perangai buruk aku kat situ ye.. kali ni tak lain tak bukan mesti la barangan si Hanif kan..barangan baby memang comel2, cun2..tu yg aku tak tahan tu..


Hari tu gi kat Utama Grand Mall Gadong, ternampak le dua mende ni..okay laa perangai baik aku..haha..aku tak beli trus mende ni, but aku pasang target..kalau dah tak mau hilang dari memori aku..apalagi gi sana semula trus beli, tu pun dgn alasan yg kukuh..yg beg warna warni tu tempat simpan botol susu jenama lucky baby.berkenan sebab comel, senang nak bawa..nak gantung kat stroller pun boleh..beli sebab senang bawa tym raya nanti, bancuh je susu pns2 taruk dlm tu..boleh tahan sampai 3-4 jam..boleh simpan botol Hadif gak..so kalau turun rumah orang angkut je beg ni..so easy..hihi..harga dia $12.90 je..

yg kat bawah tu lak set puting avent..dh mcm2 puting aku sumbat kat mulut hanif tu dari jenama nuk, chicco n anakku..semua tak berkenan di hati aku..membazir je kan..semua tu dah simpan dlm laci..huhu..so yg ni ok,confirm pakai puting avent je, Hanif pun nampak selesa..sumbat je terus tidor..murah je sebab ada promosi 2 biji puting dan free clip puting..hanya $9.90..kalau rege biasa $13.90..jauh murah kan..

Yang ni lak pilihan laki aku..memang takde pilihan lain pun yg ada biru n pink jer..mesti la amik yg biru kan..hihi..ohh yee semua baju ni 1 set tau..ada 2 romper, 1 overall, 1 seluar, topi dan bib..dan aku mcm tak caya yg semua tu hanya $16.90..murah giler..boleh ler pakai utk raya nanti kan..

* Baju raya casual utk Hadif dan Hanif belum beli lagi arr.. susah tul nak cari baju boboy ni, kalau utk budak gegurl memang berlambak, cantik2 lak tu..naik geram je tengok.. paling susah nak cari baju si Hanif, tak tau nak pakaikan baju apa utk 1st raya nanti..plan nak beli romper je.sebab sonang nak tukar pampers,kat mane nak carik yee..poning aku..nanti la nak gi cari sampai jumpe yg berkenan di hatiku.. *

2 comments:

Rizziela said...

Nasib baik hubby intan layan gak...hubby akak dia buat tak tau ajer bila akak buat perangai mcm tu :D

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Tu la kak ziela.. Memang dia akan layan punya.. Mula2 intan buat perangai memang dia bebel2..tapi dia tetap layan keranah bini dia yg degil ni..muahaha..

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.