Pages

Tuesday, August 17, 2010

Resepi Kek Vico



Oleh kerana ada yg meminta resepi kek vico ni so aku wat la entry khas utk resepi tu yer..senang je nak wat kek ni..tak yah nak gune oven bagai..hanya perlu ada kuali, senduk dan yg paling penting tangan yg cukup kuat utk menggaul yer..jgn jadi mcm aku siap mintak jamin kat encik huby utk tolong gaulkan..haha..penat lor..alasan je kan..sebenarnya saje je nak tunjuk manja sikit..eheh..

Okay lah..tak perlu aku nak melalut pjg lagi..now kita semak senarai bahan yg perlu ada :
* 1 buku mentega golden churn (unsalted)
* 2 biji telur (di pukul)
* 1/2 tin susu manis
* gula di sukat ngan 1/2 tin susu manis
* 3 cawan vico
* 2 atau 3 cawan nestum (original)
* 2 sudu makan horlicks
* 1 kotak roti marie perisa coklat (boleh di kurangkan)

okay bila bahan2 di atas dh complete acara seterusnya pasti la membuat adunan kan..so jom tengok cara2 membuatnya :
* panaskan kuali ngan api kecil, cairkan mentega sehingga mendidih
* masukkan susu manis dan telur, kacau hingga sebati
* masukkan gula, vico, nestum dan horlicks
* gaul hingga adunan tidak lekat pada kuali
* tutup api, masukkan roti marie yg telah di patah 2 dan gaul hingga rata
* masukkan ke dalam tray, tekan hingga rata ketika masih panas
* taburkan lebihan nestum di atas, dah siap
* sejukkan sebelum di potong dan di hidang.

So amacam..very da simple dan senang je kan..hanya perlu masuk bahan dan kacau.sangat shedap, budak2 tentu la suka kan..kek ni bila di makan rasa dia ala2 roti yg di salut coklat..so bagi penggemar coklat leh la try buat kek vico ni..hehe..selamat mencuba..

* Ohh yer..hari ni 17 ogos genap lah usia baby Hanif aku yg ke 2 bulan..tak terasa tul kan cepatnyer masa berlalu..dh mcm2 perangai dia sekarang ni..okay la next entry aku akan cete pasal Hanif yer..aku nak chow dulu dah mengantuk vanget ni, 3 hero aku pun dh lama di buai mimpi..

.

6 Yg komen:

Rizziela said...

Intan, Vico tu apa?

Ain said...

vico tu yg cam milo tu ek? cam besh je Intan.. nak try r.. kek ni lebih kurang kek batik gak kot.. cuma kek batik pakai milo...

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Vico tu ada dlm tin kak ziela..sejenis serbuk minuman mcm milo gak.. Dia ada tertulis vico..tin dia warna kuning..

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Ain: a'ah sama je mcm milo..memang besh ain,try la mesti ahnaf suka..ehe..betul2 sama je mcm buat kek batik..nama sebenar kek ni kek batik vico..tapi femez ngan panggilan kek vico je..

Rizziela said...

Intan,
akak dah buat..tapi naper keras ek? sedap memang sedap..tpi keras plak :D

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Wah dh buat yer..memang sedap kan..hihi.. Keras tu mungkin akak letak roti byk sgt..atau akak terus potong bila dikeluarkn dari peti sejuk..dia kene biar kejap sampai dh tak sejuk lagi..atau akak gaul sampai terlalu pekat.. Hihi.. Tapi takpe yg penting akak dah berjaya buat.. ;)

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.