Pages

My 3H

My 3H

Sunday, January 31, 2010

@ Funland arcade The Mall Gadong

Entry ni penuh ngan gambar.hihi.ni la aktiviti kite rabu lps,pi makan2 n bawak hadif pi main kat funland arcade di the Mall gadong.sonok sgt dia.smpai tak mau berhenti.

Malangnye hari tu perut aku tak berapa sehat.seharian menderita heartburn.tu yg tak makeup,tak pakai lens.haha.simple je hari tu.juz pakai spec.takde mood nak bergaya.nanti la aku ceta ek.yg pnting dh tobat nak mkn bnda tu byk2 lagi.uhuhu.
So jom la tengok gambar je.mls nk taip pepanjang.update gune hp(using bolt) ni space tak byk arr.huhu.



jgn laju2 ye syg..


posing ngan menahan sakit perot hihi


hadif teruja tengok animals dlm tu,bila tekan button.kluar sora n nama memasing


the animals


babah push da button


vroomm..


nak ngorat budak pompuan sebelah ek..




hadif nak pilih candy mana 1 ni?


Friday, January 29, 2010

2nd check up & hb result

Entry ni spatutnya dh post hari tu.tapi terlambat sikit sbb tak ada peluang,hadif kurang sehat.badan dia panas sangat sampai cecah 38 degree dan cirit-birit sampai sekarang.kalau masih berterusan ingat nak bawa je dia pigi klinik.harap2 anak mama cpt sembuh.kesian tengok hadif mcm tu.

Ni nak cete tentang check up aku yg 2nd rabu lepas.ni bukan kire bulanan,sbb jarak dekat je.ni semua pasal low hb aku tu.alhamdulilah hb aku naik sikit.dari 9.8 ke 10.1.sikit je kan,tapi ok la.dh jadi dakwat biru.hehe.tak suke nengok ada tulisan merah kat kad.mcm tak lengkap je kan.

Mcm biasa lepas check berat,urine n check bp kat nurse terus aku jumpa doktor.doktor cina yg ada masa tu.lupa lak namanye.so kene tanye la itu ini,aku pun tanye memcm soalan.nak puaskan hati.
Lepas tu,baring sukat perut(fundal height) dan heartbeat baby,kali ni senang je cari.baru letak je alat tu terus dengar jantung baby.doc tanye baby dh moving ke?sebab dia da rasa baby aku gerak.haha.memang dh ligat gerak pun.huby aku pun dah boleh rasa kalau letak tangan kat perut.
Alhamdulilah check up semua ok.doc pesan careful je ngan bekas czer aku n jga pemakanan utk hb.

kad besar aku,kene simpan sebab ada perjanjian ultrasound(kertas pink kecil kat atas) pada 20hb feb ni..dh siap nanti kad besar ni store kat klinik balik.nampak tak tulisan merah tu?tu sbb dulu branak czer n complications poor progress.kat bawah tu lak tulis merah sebab low hb.huh..nampak tak cantik kad aku ni.


kertas pink tu perjanjian cucuk ambik darah lagi pada 22 feb ni.letih arr kene cucuk lagi..huhu..kad kecik tu utk check up bulanan n mesti bawa kemana2 incase ada apa2 yg berlaku.


Ni lak ubat2an aku yg dibekalkan dari klinik.folic acid 5mg kene makan 1 biji 1 kali sehari,ferrous fumarate 200mg(ubat tambah darah)di makan 1 biji 2 kali sehari dan vitamin C 100mg di hisap 1 biji 2 kali dlm sehari.


Next check up lak pada 24feb..huhu dekat2 je jarak kesemua appointment aku tu kan ultrasound,ambik darah dan check up.jarak sehari je.memang letih,tapi tu semua berbaloi demi kandungan aku jugak.harap2 semuanye berjalan ngan lancar.
Tak sabar nak tunggu waktu scan.hihi.nak tengok keadaan baby aku yg dah melasak kat dalam perut ni.masa tu kandungan aku dah masuk 5 bulan.dah besar dah.kalau nampak gender alangkah bagusnyee.hihi.kalau tak nampak pun takpe la.dah tak kisah ngan gender,yg penting semuanya selamat.


Sunday, January 24, 2010

Check up pertama aku @ 16 weeks

Hari ni aku nak cerita al-kisah check up yg pertama aku kemarin kat klinik serasa.alhamdulilah kandungan aku sekarang dh memasuki trimester kedua.dh 16 minggu(4 bulan).memang cepat masa berlalu kan.tup tup tinggal 5 bulan lagi aku akan melahirkan.

Seperti biasa la check up berat badan.kali ni berat aku lebih bertambah berbanding berat masa aku preggy kn hadif.sebab anak kedua kut.lepas tu check protein urine..then check blood pressure.result semua ok..memang awalnye everything ok.tetibe tengok result hb aku low.aduhhh..9.8 je..kurang sgt.sampai aku ditanye mcm2,nurse sampai pesan aku makan sayur bayam byk2(jadi popeye la ni)hehe.hati ayam lak dia tak suruh makan,sbb boleh efek kat baby.
Awalnye nurse nak kasi ubat tambah darah..aku lupa pe nama dia.tapi sekarang ni dh berubah aturan.kandungan yg bawah 20 minggu tak dibenarkan ambik ubat tu.so juz advice dari segi makanan.
Esok lak aku kene repeat for blood count,so esok awal2 pagi lagi aku kene pi klinik nak cucuk ambik darah.adushh,part ni memang aku tak suke.sakittt woo..jarum dia yg baru lebih besar dari yg dulu.huhu.

Oleh kerana itu,aku kena buat check klinik lagi pd hari rabu,27 hb ni.jumpe doktor lak berkenaan low hb aku ni.sbb diorg ckp bahaya sgt kalau darah kurang masa preggy,sbb darah penting untuk menyalurkan oxygen pada kite n baby.siap kene pesan lagi kalau terasa mcm nak pitam,cpt2 rush ke emergency.minta2 tak de la jadik mcm tu.

Lepas tu check up macam biasa la sukat perut,rasa pulp n yg paling aku suke part dengar heartbeat baby.hehe.so sweet...memula memang susah nak cari heartbeat dia.nurse tu cakap baby sembunyi di sebalik tembuni.aduhhh baby aku ni main sembunyi2 lak.hehe.cari2 lagi akhirnya terdengar gak bunyi jantung baby aku.teruja sebentar sbb rasa mcm tak caya je ada baby lagi dalam perut ni.

So after that aku pun soal2 la nurse.ok ke tak aku preggy after czer ni.nurse tu pun check fail aku n tengok sbb2 aku czer.dia cakap ok,no problem.sbb masalah aku cume low progress.bukan sbb masalah penyakit atau yg lain.lagipun anak aku yg 1st dh berusia 1 tahun.
Aku tanya lagi ada chance ke tak aku nak bersalin secara normal kali ni.huhu so badly,nurse tu geleng kepala.dia ckp kebanyakannya tak ada chance nak bersalin normal kalau baru lepas setahun czer.normally bagi yg lepas 2,3 tahun baru la dibenarkan.
Rasa hampanye diriku ini.tapi nurse tu ckp diorg akan check secara detail lagi scar czer aku.sbb kalau perut makin besar tempat czer tu akan makin menegang n terasa ngilu.ada yg ok je n boleh bersalin normal.nurse pun ada pesan gak kat tempat czer tu jgn sapu sabun,sbb boleh jadikn tempat tu kering n boleh menyebabkan gatal dan perit.huhu.aku tak tau pun selama ni.aku main hentam je sabun kat kawasan tu sbb kunun2 nak bersih le.
Tapi takpela aku lahir secara czer ke normal ke.tak kisah dah.yg penting aku selamat melahirkan,selamat keluarkan baby.tak sbr lak nak cium2 bau baby.ehehe.

Okayla tu je dulu ceritera aku setakat ni.nanti aku update lagi alkisah check up aku hari rabu ni ye.harap2 result hb aku makin naik.tak mau la repeat n repeat lagi buat cucuk amik darah.
Sekarang dh tym aku nak tido,hadif n huby dah lama terlena.jelez lak nengok...ehehe..


Thursday, January 21, 2010

Tower ring toy Hadif

Hadif dh pandai susun la mama,tengok ni


masukkan satu persatu ke tower


wah! Hadif dh buat tower tinggi2 la mama


Tower ring toy hadif,brand Nuk je


Fuh 1 minggu lebih tak update blog.ni gara2 mood hilang.bahan memang byk,nak taip tu yg agak2 berat cikit.hehe.
Tengok la gelagat anak mama ni main tower.mainan tu dh lama beli pada bulan lepas,mama suke sgt ngan mainan ni.dh lama idam sebenarnya.hadif dh besar ni baru beli,tu pun jenama nuk je.tak yah la yg mahal2 sgt kn syg.yg penting ada ring n ada tower.hehe.

Apa yg mama tau toys ni boleh meningkatkan prestasi minda anak untuk berfikir.belajar counting,mengenal warna dan belajar untuk membezakan shape yg kecil dan besar.
Hadif sekarang dh pandai main,dh tau cara nak masukkan ring tu ke tower.tapi kena tunjuk la ring mana 1 dulu yg patut masuk.kalau tak dia main hentam keromo je.haha.

Tu pun kalau angin baik,kalau datang mood tak ok.memang hadif tak nak langsung.ring2 tu habis la dibaling2nya.siapa yg tukang putik..mama gak..huhu cian mama.dah la perut makin boyot.hadif sengaja je buat mama tertunduk2 cari ring yg tergolek bawah kerusi.

Takpe la yg penting hadif happy ngan toy tower tu.nanti mama nak tengok hadif dah boleh susun sendiri ring2 tu mengikut susunan.hadif kan anak mama dan abah yg bijak.kan sayang...


Wednesday, January 13, 2010

Hadif from a baby to a toddler

From now,Hadif Qusyairi dh no longer a baby.he is a toddler! Hehe.but for mama n abah u r still our baby.
Alhamdulilah sepanjang hadif jd baby.senang je nak jaga hadif.start dari pantang lagik hadif jenis yg tak byk ragam.mama tak pernah rase kurang tidur.cume bangun bagi susu je.senang ckp hadif ni easy going baby.waktu demam je agak remeh n kelam kabut,tu pekara biasa la kan.

Ni ada beberapa pics hadif waktu baby dulu.tak byk sbb mama ambik dari fb je.yg len ada dlm lappy.mls nak transfer.coz mama update entry pun trough hp je.hihi.

newborn hadif,very small n fragile.smpai nak mandikn pun rasa takut.baju2 semua longgar2.huhu.


1 month,dh berisi sikit


2 month,makin bam bam kan




3 month,pipi dh mcm kuih pau.sedap dgigit huhu


4 month


Sekarang.......


my toddler! Encem tak?hehe.Hadif still can't manage to walk yet(masih takut2)but able to stand properly by himself.he move by crawling with high speed.haha.hmm..rasa tak sbr nak tengok 1st step dari hadif.cpt2 la bejln k syg.mama dh tak larat nak dukung2 hadif.


Tengok la berubah2 wajah hadif ni kan.hihi.mostly yg ckp rupa hadif fotokopi mcm abah dia.susah nak dgr org ckp mcm mama.hmm..takpe la kite tunggu adik hadif lahir nanti.nak tengok mcm siapa lak.hehe.kes tak puas hati la ni.

Apa2 pun.mama n babah syg sgt2 kat hadif.hadif lah cahaya permata hati mama dan abah yg pertama,yg sulung..mama hope hadif will grow sehat n boleh jadi sorang abg yg penyayang.jgn suke buli2 adik nanti tau.hehehe.. mmmwahhhhx..

Saturday, January 9, 2010

Majlis sambutan hari jadi Hadif Qusyairi

Alhamdulilah Hadif Qusyairi dh pun berusia 1 tahun.dah besar sekarang anak mama ni kn.hari jd hadif jatuh pada 3hb jan.tapi kite buat advance party pada 2hb jan.sbb nak ambik mlm minggu.so tak panas la kn buat tym mlm.

Majlis mlm tu berjalan ngan lancar.kite buat sederhana je.acara bermula ngan bacaan doa selamat,pemberian goodies to ol budak2.mak2 budak pun nak gak tau.hehe.lepas tu acara tiup lilin(mama yg tolong tiup ehe) n potong kek.jenuh mama nak pegang tgn hadif sbb hadif nak terkam kek aiskrim strawberry tu.plan awal nak buh kartun spongebob.tapi dah habis kene book.so tukar la ke upin.cantik gak.hadif pun minat gak kat kartun upin ipin tu.

Selesai potong kek tiba la tym for makan2.menu pun agak simple je malam tu ada nasi ayam,mee rebus kuah ubi manis,satay ayam,daging n urat,desert coctail & pencuci mulut buah limau mandarin.

Selesai je makan2 terus la ke acara lucky draw.tym ni la yg paling havoc.padahal lucky draw main2 je.takde la special sangat.yg ada cume brg2 dapur,brg2 sekolah n permainan electronic games.

Banyak gak hadiah yg hadif terima mlm tu.alhamdulilah,rezeki hadif.mama n abah pun tak perlu nak beli mainan n baju2 buat masa ni kan.hehe.

Ok la ni ada beberapa pics sepanjang birthday party tu berlangsung.so..take a peek!

















Tuesday, January 5, 2010

Menitis air mataku...

Tadi aku buat blog walking,terus la wat blog hopping.tetiba temasuk kat 1 blog ni.mengisahkan tentang kepergian ahli syurga...

Ya Allah..menitis terus air mata keibuanku ini.tatkala menaip entry ini,air mata ini tetap berlinang.betapa aku dpt membayangkan bagaimana perasaan ibu2 itu yg baru sahaja kehilangan permata hati,cahaya mata yg mereka kasihi.yg mereka bawa selama 9 bulan dan melahirkan serta menjaga mereka walau hanya untuk sekejap waktu.

Tak tau apa lagi yg aku nak tulis kat sini biarlah u ol baca kisah2 tu kat blog2 mereka sendiri.sila klik kat sini dan kat sini

Ya Allah kau lindungilah dan peliharalah anak2 kami agar mereka sentiasa dalam keadaan selamat walau dimana jua mereka berada.
Dan Kau cucurilah rahmatmu keatas ahli2 syurgaMu itu..Al-fatihah...

Sunday, January 3, 2010

Hadif dah 1 tahun!



Alhamdulilah..hari ni 3hb januari,tepat pada jam 4.32pm genaplah Hadif Qusyairi berusia 1 tahun.wah,anak mama dh besar rupanya.tak terasa cepat tul,mcm baru je mama mengandung dan melahirkan hadif.mcm tak percaya je anak mama dh melangkah ke usia 1 tahun ni.ehe.

Apa yg mama doa dan harapkan agar hadif membesar ngan sehat.jadi insan berguna,jadi anak yg soleh serta pintar serta taat dan menghormati org tua.amin.

Alhamdulilah gak majlis sambutan hari jadi hadif dh pun selesai semalam.ni kira celebrate advance la sebab mama nak nyempatkan malam minggu tu.
Next entry mama akan post gambar2 n cerita tentang birthday party hadif tu k.mlm ni kite kena tido awal sebab esok hadif ada appointment klinik nak timbang,ukur tinggi dan cucuk untuk 1 tahun.
Hadif jgn nangish esok ye,be a strong boy! HAPPY 1ST BIRTHDAY SYG,MWAHZ..BETAPA MAMA DAN ABAH MENYAYANGI HADIF LEBIH DARI SEGALA-GALANYA....

Friday, January 1, 2010

HaPpY nEw YeAr 2o1o!!







Di kesempatan ni aku nak gak ucapkan hepi new year to u ol..dh pun menjangkau ke 01.01.10 hari ini.alhamdulilah...
Ni bermakne anak aku pun akan menjangkau ke usia 1 tahun pd 3hb 1 ni.huhu.tak terasa waktu ni cepat tul berlalu kan.

Tahun baru ni lak jatuh pada hari jumaat,iaitu penghulu segala hari.sama2 lah kita berdoa agar di tahun baru ini membawa seribu keberkatan,kerahmatan dan kebahagiaan buat kite semua.

Apa azam korang ek?hmm.aku pun tak tau.azam tu takde kut.yg ada cuma harapan.semoga hadif membesar ngan sehat,jd anak yg soleh serta pintar dan anak dlm kandunganku ini sehat,sempurna dan selamat dilahirkan kedunia.semoga perkahwinan yg dibina ini gak kekal ke akhir hayat.berbahagia selalu di samping suamiku yg tercinta....

Once again...HAPPY NEW YEAR 2010 TO OL!!

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.