Pages

My 3H

My 3H

Friday, December 30, 2011

Cuti-cuti: part 2, Ke temburong

Ni kira sambungan entry lepas lah kan..sengaja aku buat part by part..kes malas nak taip panjang2..ni pun curi2 aku taip sebab Hanif kurang sehat, gigi taring dia baru nak muncul..shiannn merah kat gusi tu..moga cepat keluar lah sang gigi taring dia tu yer..tah tahan mak nok nak layan dia meragam dh tu siap asyik nak berkepit je ngan haku..sudahnya kerja aku pun banyak terdelay..

Meh sambung citer..kiter gi balik Temburong pada 16hb hari tu, bertolak awal gak sebab konon2 nak lepas dari jem..al maklum lah kan kalau nak gi saner kene singgah sempadan dulu walaupun Temburong ni slh satu daerah kat Brunei..tapi kesian ia nya terpisah antara Brunei dan Limbang,sarawak..sebab tu la kalau nak travel naik kereta kene ada passport..lain lah halnya kalau naik boat, tak yah susah2 bayar tambang je terus zoom.. okay, takdernyer nak lepas dari jem yer.. ko bayangkan kiter tolak jam 8 pagi, sampai kat saner dekat pukul 2 ptg yoo..tu belum tolak kite singgah kat Limbang lee..yoo laa mesti singgah gak sebab perut laporr, kene isi dulu..haa bermula dari situ la perjalanan memakan masa sebab nak tunggu ferry yg membawa ke daerah temburong tu..punye laa lamaaaa.. sampai aku sempat main2 amik gambar, makan2.. anak2 aku pun sampai dh berkali2 minum susu, tukar pampers..lepas tu meragam lak sebab dah bosan..ngan aku sekali pun bosan duk dalam kereta..nasib baik servis kat sana dpt tangkap so boleh la berfacebook menggunakan handphone..
 Ini budak yg dah mula bosannn.. kejap2 nak gi belakang..kejap2 pindah ke depan..tido pun dah berkali2..

 si abang pun sama.. nasib kereta nenek dia kat depan gak(kita gi berkonvoi ngan parents aku hari tu)..so dpt gak dia pindah2 kejap..ye laa budak biasa aktif ni memang susah lah nak suruh dia duk diam jer kan..

 untuk mengelakkan kebosanan yang melanda..so meh makan gummy!

 si suami ngan sepupu aku.. singgah ke tepi jalan beli minuman ngan buah rambutan kuning.. sempat pose yerr

haa tu diaaa.. ko tengok tak panjang maner tuu.. 3 jam hokayy kite tersekat kat situ..gerak pun sikit2 jer..sudahnyer lenguh seluruh badan..


Bila dah sampai tu rasa nak berlari jer keluar dari kereta.. kene stretching badan dulu..hadif ngan Hanif lagii laa..siap lompat2 lagi.. lama menahan kot nak main2..haha..rasakan laa. bukan selalu pun mcm ni kan anak2 mama.. kiter gi balik kampung ni bila abah cuti jer..

tu dia wajah2 kepenatan.. santai sebentar kat buaian.. yg sebelah tu adik aku, dia pun menjadi mangsa merangkap sebagai 2nd driver..haha ayah aku letih dia ganti.. laki aku letih dia gak yaang ganti..ekeke.. 

Monday, December 26, 2011

Cuti-cuti: part 1

Baru ada kerajinan nak on lappy, nak online dan seterusnye menghapdet blog aku ni.. ohh yer.. suami aku baru jer habis cuti so no more cuti2 lagi yer.. tunggu tahun depan..hihi, esok bermula la c suami bekerja macam biasa dan sekaligus bermulalah aku ngan anak2 berperap kat rumah sehingga lah wekend tiba.. okay ni aku citer pasal cuti2 part pertama..chewahh macam banyak jer aktiviti cuti kali ni kan..hihi..seronok gak la cuti di hujung tahun ni, aktiviti pertama yg kite lakukan adalah gi ke Miri, Sarawak.. ulang alik jer..sebab tak sampai bandar pun takut sesat..yelaaa belum pernah gi saner lagi..tunggu ada guide baru gi bandar sekaligus bermalam kat sana..insyaallah..

Kiter bertolak seawal pagi pada 13hb hari tu.. jam 6 pagi dah bangun, mandi ngan siapkan anak2..barang2 susu ngan pampers memang dah sedia awal malam tu bagi mengelakkan kelam kabut di pagi hari.. kite gi pun berkonvoi ngan parents aku,kakak dan adik aku serta suaminya..sayangnye cuaca hari tu kurang memuaskan dari seawal bertolak sampai la ke sempadan hujan turun ngan lebat..so perjalanan pun agak lambat ye laa jalan pun licin jer masa tu.. sampai sepanjang perjalanan tu kite terserempak ngan 3 kemalangan huhu..jadi insaf sebentar..biarlah lambat asalkan semuanya selamat..



Alhamdulillah pukul 10 dah selamat sampai..kiter singgah ke E-mart dulu.. shopping2 kat sana, of course ler kene tukar matawang dulu kan..hihi.. 1st tym aku gi situ agak jakun sikit..habis satu kedai tu aku round..padahnyer sampai ke malam kaki aku lenguh.. murah2 giler brg2 kat situ, mcm2 aku beli.. habis wei rm aku sehari tu..kuikuikui.. kaki shopping tul aku ni kan.. takpe la bukan selalu pun gi situ..



Dah puas round2 kat e-mart tu semua dah rasa lapar ye laa tengok jam pun dah tengah hari bebenor.. so kite pun zoom ke Giant mall..nak melahap kat food court kat sana.. makanan kat situ sedap2 gak..macam2 kiter order hari tu.. nasi lemak special, sup tulang, laksa sarawak, mee tiaw goreng.. bestt.. dah kenyang tu masing2 bawak diri round2 kat mall tu.. aku sempat singgah Giant gak.. kurang lebih gak ngan Giant yg ada kat sini..bezanya matawang jer..ekeke.. kat situ pun macam2 aku rembat..





Dah puas shopping kat giant kiter patah balik ke E-mart sebab mak aku belum puas ronda2 kat situ..so kiter follow jer..berbaloi gak gi situ balik sebab kiter sempat beli buah durian murah oo.. seikat rm20.. puas hati sebab duriannyer sedapppp dan lunak..pukul 3 lalu tu kiter pun berangkat balik brunei.. sempat singgah kfc jap nak tapaw jer..sebab balik rumah nanti confirm tak larat nak masak.. alhamdulillah jam 6 dah sampai rumah.. next tym nak gi situ gi, yg penting nak gi bandar dia bermalam lagi best kan..

Wednesday, December 21, 2011

Tragedi 20 Disember 2011


Al-Fatihah serta salam takziah buat mangsa2 dan kaum keluarga tragedi kemalangan bas kemarin, tika dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu bas pelancong yg membawa seramai 33 org rakyat Brunei telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok..mengakibatkan 7 orang meninggal dunia, 5 lagi dalam keadaan kritikal teruk, 10 org cedera ringan serta 11 yg lain selamat..

Terasa sedih nak taip kisah ni..so aku copy paste je dari sumber2 tertentu:

Tuaran [Berita Harian] 20-12-11: Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharuddin Rasip.

Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira 3.05 petang.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan.
Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong Ke Sabah sejak Jumaat lepas sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Setakat ini seramai 11 orang cedera akibat kemalangan itu dan mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.

Berita di atas adalah berita seawal mungkin.. dua org telah disahkan meninggal di tempat kejadian..manakala 5 org lagi telah disahkan meninggal di hospital.

Ini adalah antara nama2 yg terlibat, bila aku tengok ada ayah yg meninggal, manakala anak2nya selamat..Ya Allah mesti diorg bersedih kan..tengah gi cuti sama2 tak di sangka jadi macam ni , aku dah nak menangis dh ni...


Meninggal Dunia:
1)Hj Abd Manan bin Hj Ishak (50thn)
2)Pg Hjh Zaharah Pg Hj Zainal (61thn)
3)Hjh Dayang Norhayati Hj Abd Hadi (61thn)
4)Hjh Nor Faridah Hj Husin (60thn)
5)Hj Abd Ghani bin Mohammad (60thn)
6)Hjh Hasnah binti Yusof
7)Hj Awg Tarsad Hj Tamit (58thn).

Red Zone (Kritikal):
1)Hjh Zizah Hj Hassan (61thn)
2)Hjh Azizah Mudin (65thn)
3)Hj Sani Hj Simat (64thn)
4)Hj Damit Hj Ismail (78thn)
5)Rajaran M (26thn).

Yellow Zone (Semi Kritikal)
1)Hj Aishah Ajoh (50thn)
2)Hj Kasmah Hj Abu Bakar (59thn)
3)Hj Tamin Bahar (69thn)
4)Hjh Salmah Hj Abd Rashid (48thn)
5)Roslan Omar (38thn)
6)Hjh Sabariah Zaman (60thn)
7)Hjh Mala Hj Murah (59thn)
8)Ismawatie Hj Abu Bakar (20thn)
9)Hj Kifrawi Hj Omar Ali (63thn)
10)Hjh Apsah Hj Abd Rahman(64thn).

Green Zone:
1)Nurul Hamisah Abd Manan (12thn)
2)Hjh Noor Nikmatullah (22thn)
3)Hj Tuah Damit (58thn)
4)Hjh Mariam Hj Ahad (57thn)
5)Aminah Saim (56thn)
6)Mohd Nazirul Mubin bin Tarsad (21thn)
7)Nurul HUda Hj Abd Manan (15thn)
8)Nurul Hazimah hj Abd Manan (7thn)
9)Mohd Nazim Hj Abd Manan (13thn)
10)Nurul Hamizah Hj Abd Manan (9thn)
11)Samsul Hj Salleh (28thn).
(KEMUNGKINAN ADA KESILAPAN DALAM EJAAN NAMA)

Syukur Alhamdulillah dgn titah Kebawah Duli semalam, baginda telah berkesudian menghulurkan bantuan dgn segala kos perubatan di sana di tanggung sepenuhnya oleh baginda Sultan.
Titah perutusan takziah dari KDYMM Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada mangsa kemalangan bas di Sabah petang tadi "baginda telah berkenan menghantar perutusan takziah dan berharap agar semua mangsa yang cedera supaya cepat sembuh, sehubungan itu juga baginda turut menitahkan agar semua kos perubatan serta penghantaran balik ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan"- pengumuman terbaru melalui RTB




Jenazah2 yg telah sempurna di kafankan dan di sembahyangkan di masjid KK, menanti saat untuk di terbangkan ke Masjid Jame Asr' Brunei , di mana kaum keluarga sudah pun setia menanti di sana dengan sebak di dada.. Al-Fatihah, semoga roh mereka di cucuri rahmat serta termasuk dalam golongan org2 yg beriman.. amin Ya rabbal al-aminn...

Thursday, December 8, 2011

Hadiah Anniversary


Jeng jeng jeng..... ini la dia hadiah ulang tahun perkahwinan dari si suami, best of the best! siap print caption lagi tau,lepas tu siap request aku utk tutup mata bila nak serahkan aku smpul voucher ni..kat sampul tu pun mcm2 dia tulis..huhu.. romantik jugak suami aku ni kan.. ni adalah voucher spa treatment kat Zen spa..suami aku pilih yg 1.5 aroma body massage utk 2 kali massage..amacam best tak? aku dah gedik nak try tapi tu laa tunggu masa yg sesuai dulu..sebab voucher ni pun limit sampai 3 bulan.so tak yah lah terburu buru..insyallah tunggu suami aku cuti kut..baru selesa sebab dia pun nak join spa sekali..tak nak rugi dia kan..ehehe.. takpe la ni sempena kitorang anniversary gak kan so sama2la meraikannya.. fuh tak sabarnyer nak ber body massage.. hmm anak2 kene la tinggal kat ruman nenek jap.. kalau tak memang tak aman damai nak bermassage..kejap je pun lagi pun bukan selalu nak tinggal diorg kat sana kan..tapi tu laa kalau jalan tak bawak anak2 otak aku selalu je pikirkan diorg huhu.. tu la bila dah jadi mama ni kan, kalau boleh nak anak2 sentiasa di depan mata..relax laa kejap jer pun.. ayat sedapkan diri jer..ekeke

So buat suamiku tercinta terima kasih tak terhingga buatmu..syg akan sentiasa menyanyangi abg buat selamanya..u'r the best husband for me n the best daddy for our sons..alhamdulillah....


Da celebration

Maaf yer ni citer basi, mcm dah lama tak jenguk blog ni atas sebab2 tertentu nanti aku story mory yer..ni citer pasal celebrate anniversary kiter hari tu pada 30hb november yg lepas..Alhamdulillah atas rezki Allah semua berjalan lancar..sambutan simple jer yg penting makan..ngehehe..makan bersama anak2 tersayang..pikir punye pikir akhirnye kiter memilih nak makan makanan fresh kat Sumbangsih Mulia Beribi..okay ni 1st time kite try makan kat sini..sebab dgr sedap dan harganya pun tak mahal sangat..so jawabnyer memang best..malam tu kite order nasi putih, ikan selungsong (tak tahu nama ikan ni dlm bahasa malaysia ekeke) kiter mintak masak steam in soya soy, 1 set steamboat, sayur baby kailan masak oyster sauce ngan hidangan sampingan lak ayam dan tongkeng ayam panggang..

sebelum request masak kene tangkap ikan sendirik..haha..pilih jer size mane yg korg suke,sebab harga semua sama..besar atau kecik tetap $9.90, so memang rugi ler kan kalau dpt tangkap yg kecik..

So ni le dia hasil tangkapan encik suami aku..ikan tu siap lompat2 kat dalam net tu, aku pun siap terlompat hokayy..

Ni lak hidangan steamboat kiter malam tu, memang best..murah woo.. 1 set ni $9.90 jer..boleh makan dlm 4-5 org mcm tu..ada dua perisa di sediakan sup tomyam ngan sup ayam..so pilih jer korang nak buh kat mane..utk anak2 memang aku kasi yg sup ayam tu le kan..tambah2 lak Hadif memang gemar minum sup..campur lak ngan mee hoon kat dlm tambah berselera la dia..

Tu dia Hanif yang tgh asyik melahap ayam panggang, tapi tak makan habis pun..eksen jer, lepas dh hisap2 sikit dak ni baling ayam tu ke lantai..aku ingatkan dia habiskan betul2 sekalik waktu nak balik bersepah ooo cebisan ayam kat lantai..huhu..nasib bukan restoran 5 bintang sayang oiii...

Ini dia budak yg amat gemar minum sup, sampai basah baju dia duk hirup sup tu, org nak suap tak nak..nak sendiri gak..org dah besar la kan..yg lawaknyer kiter dah siap makan,dh nak beredar dari situ dia siap jerit tak nak balik sebab nak habiskan sup tu..alahai..terpakse la kiter tunggu sampai dia ckp..full..hah tu maknanyer dah kenyang..mcm2 la abg Hadif ni kan..

Dah selesai makan tu ingat nak balik terus tapi suami ajak lak gi singgah ke Mall gadong ckp nak jln2 jap..so singgah le kiter, aku pun sempat la cuci mata kat kedai barangan laptop..tetibe mata terpaku pada mouse yg sangat kecik, cute sangat..so aku pun beli laa...sampai kat rumah..hampeh! tak pakai pun, ingatkan selesa tapi buat sakit jemari aku jer..sudahnyer aku pass ke adik aku..huhu.. lepas tu teringat lak kat mouse angrybird, cantik ooo.. next time gi sana aku nak beli mouse tu..harap2 masih ada la yerrr..

Ohh yer.. nak tau tak apa hadiah istimewa dari suami aku sempena anniversary kitorang tahun ni? wokayyy next entry aku update yerrr ;)


Wednesday, November 30, 2011

Hari ini 30hb november

Alhamdulillah.. hari ini dah 30hb November.. selamat ulang tahun perkahwinan kita yg ke 4 tahun wahai suamiku.. dgn penuh rasa bersyukur ku panjatkan doa pada ilahi semoga rumahtangga kita akan sentiasa aman damai, saling cinta-menyintai, rasa rindu-merindui serta saling rasa percaya, jujur serta saling menghormati antara kita.. syukur alhamdulillah kita di kurniakan dua org cahaya mata yg cukup sempurna yg menjadi pengikat kasih dan cinta kita..yg membuat suasana rumah kita sentiasa meriah hari2..ehe..

doa sempena ulang tahun perkahwinan kita berdua, semoga Allah memakbulkan doa kita:

Ya Allah,
Andai Kau berkenan, limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Ya Allah,
Andai semua itu tak layak bagi kami,
Maka cukupkanlah permohonan kami dengan ridlo-Mu
Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.

Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.


Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal shaleh yang Engkau ridhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.


Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.


Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, suami/isteri kami, keturunan kami dan ampunilah kami. Jaikanlah kami termasuk golongan orang-orang mukmin.


Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Amiin…



di hari pernikahan..ketika upacara membatalkan air sembahyang...

Thursday, November 24, 2011

Menghitung hari


Jangan le suspen.. menghitung hari tak bermakna aku mengandungkan adik c Hadif dan Hanif yer.. tu lain citer..ekeke.. ni pasal ulang tahun perkahwinan aku ngan c suami ler.. alhamdulillah mcm kejap jer kan dh nak masuk ke 4 tahun.. kata org alaa masih fresh tu..baru jer 4 tahun.. well..memang betul la kan.. masih jauh lagi perjalanan rumahtangga kiter ni.. apa pun semoga berkekalan hingga ke akhir hayat, bahagia selalu, aman damai.. gaduh sikit2 tu biasa la kan..memang adat hidup suami isteri, bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri..

ohhh yerr.. lupa pulak nak mention bila tuu... 30 november ni le.. special? hihi takde kut.. celebrate pun mcm tahun2 yg sudah jer.. dinner ngan anak2, tu yg penting kan.. tiap tahun celebrate, tarikh memang sama yg beza adalah suasana.. apa yg lain.. hihi.. dulu2 tahun pertama celebrate berdua jer, masa tu Hadif still dlm perut.. dh 7 bulan lebih kut masa tu.. tahun kedua lak celebrate ngan anak pertama..waktu tu Hadif dh 10 bulan.. haaa.. masa tu gak aku baru pregnant c hanif.. ehehe.. pas tu tahun ketiga celebrate ngan hadif dan hanif.. waktu tu hadif dh 1 tahun 10 bulan dan hanif lak baru 5 bulan.. alhamdulillah tahun ni diorg dh besar..akal pun BESAR yerrr.. takdenye nak romantika2 dah, nak suap2 lagii la tak berkesempatan.. sibuk nak layan diorang.. tu la suasana yg berubah dan akan berubah tahun ke tahun.. ekeke..


Friday, November 18, 2011

1 tahun 5 bulan dah

sapa tuuu? sape lagi kalau bukan dak Hanif Qusyairi lerr.. kemarin genap le umurnya 1 tahun 5 bulan.. huhu.. dah besar dah anak mama ni kan.. dah macam2 akal, tapiii dalam pada noty tu makin bertambah manja la pulak hanif ni.. pantang mama bangun kejap nak gi toilet pun kdg nangis nak ikot gak.. kalau tym2 kurang sehat tu lagi laa mak aii kat abah dia pun tak nak.. meraung sakan le dia.. memang susah, nak wat keje pun langsung tak leh kecuali tidooo..satu je yg mama masih tak berkenan ngan hanif ni..malas nak pegang botol susu sendirik..aduyaiii, sudah tu tak nak lak org lain pegangkan nak mama gak.. susah woo.. sampai bile nak mcm tu.. hanif kan dh besar..sebenarnya hanif pandai pun tapi tu la manja ngada2..



ni laaa dia dak yg manja terlebih nii.. feeling la tu yer jenguk jendela nak tunggu hujan.. ngehehe..

teringat lak dulu umur hadif mcm hanif ni 1 tahun 5 bulan aku tengah menghitung hari nak bersalinkan c hanif ni.. nasib laa hadif tak semanja hanif..kalau tak memang berserabut pale hotak aku ni.. alhamdulillah hadif cepat tul berdikari, pegang botol susu pun cpt dari hanif ..setahun sebulan dh boleh.. tu la agaknya penangan org yg nak beradik kan..mcm hanif ni dia rasa dia laa yg paling bongsu..setakat ni..ekeke.. kene bagi adik kot baru cpt berdikari sendirik.. muahaha.. tak mauuu ooo.. masih seriau n trauma ngan pengalaman bersalinkan c hanif ni dulu.. kluar masuk hospital, seluk besi, seluk kapas, potong benang.. aiyakkkk ngeriiii.. biar la lama dulu kali ni, rancang 3 tahun la kot.. harap2 dpt adik gegurl yer..abg2 tolong doakan mama yer..


Wednesday, November 16, 2011

Gadget baruku

hihi soe dh lama tak bersiaran kan, bukan aper sebab anak aku c Hanif kurang sehat..alhamdulillah sekarang dh pulih dari ulser yg menyerang kat lidah dia..seriau oo kalau aku ingat balik rasa tak mau ingat jer..bayangkan aku tak tidor semalaman..tidor pun tak sampai 3 jam.. memang aku rasa dah mcm zombie hidup. eyh zombie memang le hidupkan cume dia dah mati..erkkk.. putar belit dah..pokok pangkalnyer memang kepala aku weng2 jer 2,3 hari yg lepas.. lepas bawak dia gi klinik private baru lah ok, ptg ngan mlm aku tibai tido. nak balas balik energy aku yg dah byk hilang huhu..mujarab tul ubat tu..syukurr..walau agak mahal tapi cukup berbaloi-baloi...

oh yerr apasal tajuk lain citer aku lain pulak kan..ekeke tu sebagai intro jer, mukadimah sekejap nak membenarkan diri ni yg dah lama tak hapdet.. ekeke aku dah beli laptop baru..chewahhh.. bangga le sikit kan sebab dah lama idam ni mini laptop ni atau kata lain notebook le kan.. alhamdulillah akhirnye tercapai gak wishlist aku.. nak tengok tak?
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
jeng3....................................................................


comel tak? aku rasa ni la pilihan aku yg tepat..harga pun sesuai kira in budget la.. aku beli ngan harga B$498 ada free gift dvd external since mini laptop ni memang takde built in dvd..kire ok le kan aku jarang main dvd pun.. so pakai bile perlu je contoh kalau nak install app atau game, free mouse serta mousepad.. nak tau full specs dia, ok aku copy je kat sini yer:


FEATURES AND SPECIFICATIONS:

* Processor :Intel® Atom™ Dual Core processor N570 (1 MB L2 cache, 1.66 GHz, DDR3 667 MHz, 8.5 W)
* Chipset: Mobile Intel® NM10 Express Chipset
* Memory: 2GB DDR3
* Hard Disk Drive: 500GB
* Display Screen: 10.1" SD 1024 x 600 (WSVGA) resolution, high-brightness (200-nit), Acer CineCrystal™ LED-backlit TFT LCD
* Video Type: Intel® Graphics Media Accelerator 3150 (Intel® GMA 3150), with 64 MB of dedicated system memory, supporting Microsoft® DirectX® 9
* Audio:
- High-definition audio support
- Two built-in stereo speakers
- MS-Sound compatible
- Built-in digital microphone
* Network Interface:
- LAN: Fast Ethernet
- Bluetooth® 3.0+HS
* Wireless LAN: Acer InviLink™ Nplify™ 802.11b/g/n Wi-Fi CERTIFIED™
*Weight: 1.30 kg (2.87 lbs.)2 with 6-cell battery pack
* Dimension: 256.5 (W) x 184 (D) x 24 (H) mm (10.17 x 7.28 x 1.01 inches)
* Battery Type: 48 W 4400 mAh 6-cell Li-ion battery pack
* Battery Life: Up to 8 hrs battery life
* Card Reader: Multi-in-one
* Camera: Built-in Webcam
* Standard I/O Ports
- Multi-in-1 card reader
- Three USB 2.0 ports
- External display (VGA) port
- Headphone/speaker/line-out jack
- Microphone-in jack
- Ethernet (RJ-45) port
- DC-in jack for AC adapter
* Special Keys: Multi-gesture touchpad, supporting two-finger scroll, pinch, rotate, flip
* Operating System: Genuine Windows 7 Starter
* Warranty: 1 Year Limited Local Warranty - Parts and Labor

Software Included
  • Microsoft® Office Starter: reduced-functionality Word and Excel® only, with advertising. No PowerPoint® or Outlook®. Buy Office 2010 to use the full-featured software.
  • Bing™ Bar
  • Windows Live™ Essential
  • Physical Characteristics
    Height24 mm
    Width257 mm
    Depth184 mm

    ok tu dia.. tapi ada beza sikit aku nyer operating system bukan windows 7 starter tapi diorang dah upgrade ke windows 7 home basic..ehe..tu jek..yang lain sama..korang tengok tak dia nyer hard disk..gabak besar kan utk mini laptop mcm ni. 500GB ko.. korang boleh simpan berapa banyak gambar pun, hatta game ker..app atau apa2 je files kat sini.. habisss aku transfer semua gambar anak2 kat dlm tu..ehe.. tak susah nak cari..


    tu diaa.. ada 4 colour.. poning mata ku nak pilih yang mana 1 pilihan kalbu.. memula nak biru, tapi sayangnyer dh habis stok.. nak oren lak dh melepas ada wanita india tu dah awal pilih kaler tu..melepas lagik..tanye punye tanye yg tinggal kaler pink jer.. mujur tak pink sgt..hihi.. nama gelaran dia pink peach.. yg lain2 tu gelaran dia kuning: lemon yellow, biru: blue curacao, oren: orange papaya.. kaler2 dia tu memang sesuai buat wanita mcm aku ni kan..manisss jer.. ekeke.. sekarang dah senang ler nak online, nak main game ker tak yah kacau laptop c suami dah..susah oo sharing2 ni..now masing2 dah boleh layan lappy masing2.. anak2 sile main samsung galaxy tab yer..jgn kacau mama ngan abah.. wakaka..tapi yg penting aku suke sgt2 ngan lappy aku ni, slh 1 sebab senang nak bawak..sumbat je dlm handbag!

    Thursday, November 3, 2011

    November sudah + majlis

    Tak terasa yer sekarang kite dh pun berada di bulan november, maknanye hanya tinggal sebulan jer lagi kite akan melangkah ke tahun baru 2012. . Huhu memang benar cepat sangat masa berlalu, macam baru jer kite masuk ke tahun 2011 kan. Sedikit demi sedikit pekara yg kita lakukan di tahun 2011 ni akan menjadi kenangan. Ewahh merepek la pulak aku ni kan, tapi serius memang rasa sedih je bile kite akan melangkah. , ke tahun baru tu tak tau lak nape ek padahal sama jer, selagi kite hidup selagi tu kite kene jalani kehidupan macam biasa. Tak kire la kehidupan tu bahagia atau sebaliknye, kene tempuh gak sampai la ke penghujung nyawa. . . .

    Ohh yerr nak citer sikit minggu lepas kiter gi ke majlis perkahwinan sepupu aku, waktu nikah tak dpt hadir sebab suami bekerja so kite gi semasa majlis malam berbedak dan bersanding. Seronok gak malam tu siap ada game ngan acara lucky draw lagik. Kite pulang agak lewat gak sampai rumah dah jam 11. Nasib le esoknyer tak tersasar jam nak bangun, Hadif je agak liat nak bangun. Paling awal siap mandi aku ler kan sebab nak mandikan budak dua org tu lagik, eh silap hari tu abah diorang yg mandikan. Aku bajukan jer ngehehe, ringan sikit kan. Tak le kelam kabut, so dalam masa tunggu hero2 siap mandi aku bantai le siapkan diri make up bagai. Make up simple jer, tak reti le nak hover2 yg penting muke tak nampak pucat kang tak pasal2 lak kene cop tak sehat.



    gambar kite sefamily yg tak berapa rasmi, tengok lah Hanif tu alahaiiii. .punye la susah nak control dia


    pose dua beradik, hah masa ni mood begambar okay sikit ada feel bekerjasama, di sebalik gambar ni yg pastinye budak berdua ni dah mandi peloh yer. .hihihi


    alololo hamdsome tak? Serius je dak Hanif ni kan


    ni le gambar pengantin nyer, masih mude lagi sepupu aku ni (yg pompuan) tapi kire okay laa dah sesuai pun nak berumahtangga. Alhamdulillah semoga kekal ke akhir hayat. . .



    begambar ngan adik beradik mak aku, kire mak2 sedara la kan, ni pun belum complete lagik ada dua org kut yg tak join amik gamba.

    Alhamdulillah majlis berjalan ngan lancar, ptg tu kite lewat gak balik dari situ siap lepak2 citer2 lagik ngan family yg belom pulang. Bile balik sempat lak kiter singgah ke foodcourt Jaya Hypermart gadong huhu mcm tak kenyang je kan. Aku order abc durian utk suami lak yam blended cream makanan lak rojak buah, mixed cucur ngan wings + chips. Fuhh kenyang sangat2. Meriah lak tu sebab parents dan mak2 sedara aku pun join sekalik. Lepas tu kite gi kedai tayar lak sebab nak betulkan alignment tayar, then singgah kedai elektrik beli thermos elektrik kiter yg dah rosak. Susah sgt nak pilih akhirnye pilih brand akira jek kite beli yang 5.0 liter ok gak harga $65 jek harap2 tahan lama la yer.

    posted from Bloggeroid

    Thursday, October 27, 2011

    ' Mengambuyat '

    Malam kemarin kiter gi ke Restoran Aminah Arif, tu pun plan mengejut dari suami aku. Sebenarnya aku malas nak jalan hari tu tambah lak hujan. Tu yang rasa tak selesa je nak jalan. Tapi kesian gak kat suami kan kang tak pasal2 dia kempunan nak makan ambuyat. Ambuyat memang makanan sinonim kat Brunei ni, haa sape tak pandai makan bukan org sini yer wakaka takde la acah je. Ramai gak yg tak pandai makan, sebab makanan ni memang pelik sikit sebab dia memang takde rasa pape pun cam tawar2 je. Yang buat dia best tu adalah menu2 yang di sertakan sama ngan ambuyat maksudnye menu yg wajib ada. Ohh yaa ambuyat ni berasal dari pokok rumbia yang di proses airnya lalu jadi tepung. Tepung tu di bancuh lak ngan air panas yg mendidih, gaul sebati sampai pekat. Eleh cam terror je aku, tak pernah wat pun, selalu tengok je. Tak berani takut tak menjadi sebab ni memerlukan kekuatan tangan yer.

    Malam tu kite order cam biasa je, set ambuyat utk 2 org. Ye laa 2 org kan sebab yg makan aku ngan suami je. Hadif ngan Hanif layan nasik je. Menu sampingan kite mlm tu lak daging urat tumis, sayur pakis, ikan goreng, sambal belacan + ulam2an dan cicah ambuyat lak sambal binjai + tempoyak. Okay gandingan yg cukup mantap, tengok cicah pun dah telan airliur.hihi.lepas tu suami order lak sup hati buyah, numan utk suami ais lemon tea dan utk aku lak fresh orange jer. Campur2 semua yg kite mkn malam tu berjumlah bnd $26.00 jek.

    sebelum menikmati jamuan set ambuyat, sempat posing jap ngan Hanif yg memang susah nak kawal yer, pening aku duk layan dia yg tak reti nak duduk diam kat chair tu huhu.

    Antara menu kite yg terhidang, yang jernih2 kat bowl tu adalah ambuyat ye. Cara mkn adalah menggunakan 'candas' iaitu sejenis sepit kayu, gulung je mcm mkn spaghetti. Ekeke.

    haa tu dia cara nak makan okay, sepit lepas tu celup kat cicah ters ngap. Beria-ia je suami aku buat pose kan, aku nak amik gamba Hadif dia lak yg hover.

    Alhamdulillah kenyang tul mlm tu, sebab aku melantak ngan nasi sekalik. Penuh weii. Jalan pun rasa berat jer huhu. Sebelum balik kiter ronda2 jap kat kawasan Serusop tu, ohh yer sempat la aku mintak suami belikan lens aku yg memang dh hampir nak expired. Lepas tu singgah kedai sebelahan happystar memang hajat awal nak beli kerusi kecik buat Hanif, susah sebab selalu gaduh kerusi ngan abg dia. Haa sekarang dah adil satu sorang yer.

    Aktiviti petang tadi, mari melukis yer kawan2. Kiter bukan lukis tau kiter conteng2 jer ehehehe.

    posted from Bloggeroid

    Monday, October 24, 2011

    Ke Pantai Serasa

    Citer hari minggu yang lepas, pagi2 lagi dah wat planning nak gi lepak kat pantai serasa. Pantai ni dekat jer dari rumah parents aku ngan rumah mertua aku. Sebenarnya boleh pun kalau nak gi situ tiap hujung minggu. Tapi tu la kan selalu jer tertunda tambah2 lak si suami buzy ngan keje. Lepas tu baru teringat memang dah lama tak gi situ, paling last kalau tak silap sebelum puasa kot. Giler lama sangat kan macam le jauh sangat.

    plan asal nak gi anak-beranak jer. Tetibe tym berwhatsapp ngan adik dia terus sound nak join, mula2 tak caye gak biar betul ko nak baby ko tu. Tapi pikir2 apa la salahnye kan. Untuk membiasakan dengan suasana kat pantai. Lepas tu kiter ajak lak kak ira sekalik, okay now dah ramai hampir semua siblings aku nak gi. Seronok giler, meriah le kite nanti kan.
    Sampai je sana pening kepala lak nak cari port yang sesuai, dah ramai orang dah masa tu ye la kiter gi pun akhir sebab nak tunggu cuaca kurang panas le kan kang kesian lak anak2 gi main waktu panas terik. Pusing punye pusing dapat gak port yg sesuai walaupun tak le terbaik sangat, janji hader.

    Pemandangan kat Pantai Serasa, cantik sangat kan. Rasa tenang jer lepak kat situ. Angin pun sepoi2 jer, alhamdulillah cuaca masa tu sangat2 mengizinkan

    Alahai buat muker lak rasa nak tampo jer nengok muker macam tu wakaka

    bola pink hokay!

    Ni laa port kiter, seronok gak lepak sambil makan2 kat sana, best melantai soto panas2 lagik.puas hati dah lama mengidam soto uhuhu







    Kiter gerak dari situ bile jam dah menunjukkan ke angka 4lebih, tu pun sebab anak2 dah mula meragam. Sebab masing2 belom tidor petang lagik. So singgah rumah parents aku, mandikan anak2 kasi susu kenyang baru tido. Tapi Hadif takdenyer tido sibok jer nak bermain. Sampai rumah mintak susu lagi, terus landing kat sofa apalagi pejam mata tidor.

    posted from Bloggeroid

    Related Posts with Thumbnails

    My Lovely Awards

    My Lovely Awards

    My Popular Entries


    I made this widget at MyFlashFetish.com.