Pages

My 3H

My 3H

Saturday, February 12, 2011

Anaknda Hanif

Dah lama tak citer pasal anaknda aku yg kedua ni..sapa lagi kalau bukan c Hanif ler.. sekarang hanif dah pun 7 bulan lebih, tak lama lagi nak masuk 8 bulan 17hb nanti.. tak terasa kan tup tup lagi 4 bulan dh nak 1 tahun.. huhu.. badan pun makin semangat, bak kata mak aku dh mcm budak kembar kalau bandingkan ngan abg dia.. takpe la tak dpt anak kembar yg ori, kembar jadian pun jadik lah.. hihihihi..

Milestone hanif setakat ni.. ermmm. tak byk kut.. alhamdulilah dh tumbuh dua bilah mr.gigi.. pantang letak laju jer niarap ke depan,hampir2 nak jatuh katil.. sebab aku tak sangka laju betul dia melungsur ke depan,aku letak jauh.. sekelip mata je dh ke hujung katil, huhu tak selamat dah nak letak kat katil nak amik brg kejap pun tak leh.dah mula nak angkat pungkok nak belajar merangkak..dah stabil dh tapi masih takut2 nak gerakkan tgn..duduk pun baru pandai sikit jer,masih lom balance..tapi kalau duduk dalam tub mandian dia ok jer,sebab dia pandai pegang sendiri tub tu.hihi..dh senang dh nak mandikan dak ni.. tapi bab nak pakaikan baju alahaiiii,bercinta sungguh!

kenapa aku kata bercinta.. asal aku baringkan jer dia berpusing,aku baringkan balik, dia pusing balik nak meniarap.. kadang aku terpaksa tahan badan dia ngan dua kaki aku.. fuh berpeluh gak nak bajukan dak ni..

ni budak yg tak reti nak baring kejap, belum sapu minyak,belum sapu bedak dah melungsur ke hulu ke hilir, nasib sempat snap pic dia baring diam mcm ni tu pun lepas aku buat muka lawak..tak tau lawak ke tak lantak le.. ekeke..


salah satu cara nak suruh dia diam adalah dgn umpan mende kat tgn, tak kira la apa pun janji mende tu dia jarang pegang,kalau dh selalu memang dia tak pandang pun.. cepat jemu!


tu dia dak komando beraksi..nak kemana tu haaaa?


aktiviti harian selesai mandi wajib tumbangkan set make up dia tu sampai tekeluar semua isi perut kat dlm tu..


acara seterusnya memakan benda2 yg ada d depan mata..


3 comments:

Rizziela said...

semakin comellah Hanif...bolat ajer badannyer..muka pun dah mcm Hadif

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

hihi.. tu la.. dh tak tahan nak dukung lama2.. perangai pun dh noty mcm abg dia gak huhu..

Okid said...

eiii comei nyer hanif..bambam tull...geram je nk gomol-gomol...

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.