Pages

My 3H

My 3H

Tuesday, March 22, 2011

sisa2 kesedihan

Chiss tajuk tak leh blah tul kan..hahaha..dah tak de idea nak buh tajuk apa,main hentam je yg penting ado..tapi memang ada kene mengena ngan citer aku kali ni..pasal anak aku c hadif tu..sungguh ku tak menyangka yg anakku yg berumur 2 tahun tu dah pandai bermain ngan emosi dan perasaan maksud aku dah tau menjiwai..hihi

citer dia mcm ni..mlm tu seperti biasa le kan aku melepak kat bilik tidokan c hanif dlm buai sambil laya drama indon cinta fitri kat prabola..hadif lak layan channel disney kat astro..suami aku lak takde kat rumah,ada kerja mlm tu..so masing2 buat hal sendiri..

sedang aku keasyikkan nengok drama indon tu tetibe jer hadif dtg belari kat aku, terus peluk aku ngan tangisan yg terisak2..aku naik heran,terus terfikir kot2 le dia terjepit ke,kena gigit serangga ke apa..tapi takde pun dia menunjukkan sebarang kesakitan..aku tanya nape..terus dia tarik tgn aku gi ke ruang tamu dan tunjuk tv..

Laaaa..rupa2nya dia nangis tengok citer mr.bean! Korang ingat tak citer mr.bean yg dok jaga baby kat funfair tu..haa..dia nangis tengok part2 baby tu terbang ngan stroller yg dipenuhi belon..alahaii..aku siap nak gelak tau,tapi tak jadik bila tengok dia nangis dlm pelukan aku, syahdu tul..airmata dia toksah ckp memang penuh kat pipi sambil sebut 'adek..adek..' laa baru la ku perasan,agaknya dia membayangkan adik dia tgh terbang kot..huhu..sentimental value sungguh kamu wahai abg hadif..aku pujuk2 la dia bgtau adik ada kat bilik tgh tido..tak jln gak sampai la baby tu selamat turun,baru la dia mula senyum..tapi tak lama tu nangis balik bila tengok part akhir tym2 mr.bean dlm kesedihan duk pegang mainan baby yg ada munyik2 tu..haha..tau je dia yg tu adalah part sedih..aduhaiiii...

Untuk menghilangkan sisa2 kesedihan c hadif tu..aku dukung dia gi dapur kasi roti bin2 kesukaanya..muka pun dah cerah sikit..aku siap kiss kiss lagi c bucuk2 aku tu..ye la org dlm kesedihan ni kene la bagi kasih syg yg berlebihan supaya dia tenang mcm biasa..hihihi..


tu dia sisa2 kesedihan seorang budak bernama Hadif Qusyairi



dah ceria dah..tambah lak menikmati makanan kegemarannya itu



masih terkenang lagi kh? Haha..wahai anakku ketahui la bahawa citer mr.bean tu citer lawak yer..bukan citer sedih


Sepulang je abah dia balik kerja terus aku citer kat dia..haha..abah dia pun tak sangka yg hadif boleh jadi mcm tu..tu yg abah dia ckp hadif ni dh besar nanti lembut hati dan penyayang..alhamdulilah..dia sayang sangat kat adik dia..harap2 sampai dewasa nanti saling sayang menyayangi..

No comments:

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.