Pages

My 3H

My 3H

Monday, September 26, 2011

Allergy atau geligata?

Ni la citer aku yg dah tergendala hari tu, sepatutnye aku dh wat citer ni lepas entry aku yg pasal ic baru tu. Sebab kejadian ni berlaku tika aku berada kat immigresen hari tu. Adik aku hantar sms bagitau yg Hadif meragam, badan dia gatal2 lepas tu timbul bintik2 besar kemerahan. Bintik tu besar2 okay,aku balik je dari sana memang terkejut tengok bintik tu dia mcm kene gigit nyamuk yg besar. Pelik lak tu sebab bintik tu timbul kejap lepas tu hilang, timbul lak kat tempat lain. Ek eleh main cak cak lak dia kan.

Tapi serius memang kesian tengok hadif masa tu, dia siap garu bdn,kaki ngan tgn dia kat karpet. Tak cukup ngan tu siap dia tarik lagi tgn org mintak garu. Mama aku ckp tu geligata,angin kut sebab mlm tu kite gi openhouse kwn laki aku, masa tu lak hujan ngan berangin. So mama suruh la ayah aku bagi air penawar, taruk bedak le, minyak bagai. Tapi tengok dah makin teruk siap timbul kat kelopak ngan bawah mata dia,alahai memang dah lain dah rupa hadif waktu tu. Ye la mata dia kan bolat tetibe jadi bengkak dan sepet. Oleh kerana keadaan semakin serius dan aku pun takut kalau2 mlm nanti hadif tak tido so kite laki bini pun nekad bawak hadif gi klinik private.


ni laa rupa hadif masa kene gatal gatal tu,kat mata dah mula bengkak.sebenarnya ada lagi yg ebih teruk dari kat dlm gambar ni tapi aku tak sampai hati nak snap huhu

Sampai je kat klinik terus je masuk bilik,mujur ler tak ramai org masa tu. Doc pun tanye dia ada salah makan ke, ada salah minum ker. Seingat aku memang takde, sebab apa yg kite bagi dia makan semalam memang makanan yg dah biasa dia makan. Takkan le tetibe je jadi alergy kut kan. Tapi tak tau la sebab semalam tu kan makan kat rumah org.huhu.lepas tu doc bagitau la kalau bukan alergy ni mcm geligata gak, dia ckp mcm miang tersentuh sesuatu. So juz incase allergy doc bagi je ubat allergy ngan ubat tahan gatal. Dia bagi hadif minum waktu tu gak, dia ckp mende ni bahaya tak leh biar lelama sebab kalau dah bengkak2 tu makin teruk dia akan efek kat paru2 dan saluran pernafasan jadi sempit boleh menjadikan sesak nafas dlm erti kata lain 'internal swelling' huhu nasib ke kite gi bawa awal kan, aku pun tak tau yg mende ni leh jadi bahaya.


ubat allergy ngan ubat tahan gatal

Alhamdulillah masuk je dlm kereta hadif dah kembali normal, dah tak garu2 lagik. Lepas tu bintik2 kat badan dia mula beransur hilang. Ubat2 tu memang serasi kat bdn hadif. Tu pun masih banyak balance lagi sebab hadif mkn ubat tu sekali je masa kat klinik tu. Laki aku pun siap cakap mcm mimpi jer tadi hadif kene bintik2 gatal kat badan dia tu sebab kejap je dah hilang mcm magic jer kan. Sampai kat rumah hadif dah lalok sebab kesan ubat tahan gatal tu memang efek dia jadik ngantuk. Memang ngantuk sgt hadif hari tu dia tido bejam jam, dah dekat nak mlm baru sedar.

Persoalannya sampai ni tak tau le hadif kene allergy atau geligata sebab dua2 simptom tu hampir sama. Apa2 pun alhamdulillah sebab tak sampai sehari je hadif kene. Sebab mende ni pernah gak berlaku kat anak jiran aku. Sampai muke dia dah bengkak, seminggu dia menderita. Ayah dia bagitau geligata sampai dia bawak anak dia berubat kampung kat mana2 tempat, bile diorg tengok tak sembuh2 gak terus bawa gi klinik. Alhamdulillah esoknyer dah sembuh. Tak dpt aku nak bygkan kalau hadif kene sampai 1 minggu,yg tak sampai sehari tu pun aku dah rasa seksa tengok dia menangis menahan rasa gatal.

posted from Bloggeroid

1 comment:

Rizziela said...

Alamak! kesiannyer kat Hadif Qusyairi...

Kita yg dah dewasa pun kalau kena gatal gatal boleh nagis...apatah lagi budak sebesar Hadif

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.