Pages

My 3H

My 3H

Tuesday, October 4, 2011

Ke Jungle Gym lagi



Syoknyer minggu lepas byk aktiviti yg kiter buat, aku citer satu2 dulu la yer. Kang berserabut pulak citer aku. Hari sabtu yg lepas kite memang dah plan nak bawa anak2 gi main kat jungle gym. Sian kat Hanif sebab pegi dulu dia masih kecik, baru 6 bulan kut. Tak tau pape lagi, main pun kat ball2 jer. Haa sekarang ni dah macam lipas aku tengok, aduyaii nasib adik aku Tiqah ngan Amir join sekali. Ringan gak keje aku ngan laki aku, kiter relax jer tibai makan, haha hari tu kiter order pizza, chips ngan nugget. Pizza tak habis pun sebab agak kureng lor rasanye. Dah tu tepung dia keras, membazir je beli dua set huhu, takpe laa. Next tym dah tau dah, tak nak order pizza kat situ. Kite try mende lain jer.

Seronok tul tengok anak2 main, aku pun join sekali. Haha, ye la dulu2 kite tak merasa pun main mcm tu kan, zaman aku dulu main masak2 jer. Beruntung anak zaman sekarang kan. Kat jungle gym ni murah gak banding ngan kat westpark mall gadong tu(nanti aku citer pasal ni), budak yg tingginye 145cm kebawah bayaran $3 je untuk 2 jam. Murah je kan, tapi hari tu kiter tak sampai 2 jam pun kat situ sebab dah lewat. Aku pun dah rasa bosan nak tunggu diorang habis main. Tambah lak c Hanif tengah 'melabur saham' sebenarnya aku tak sedar pun, tup tup dia merengek alahai dah naik ruam lagik. Sudahnya sampai ni masih ruam. Jawabnyer aku sapu ngan tepung ubi baru la okay.

Posted via Blogaway

12 comments:

Rizziela said...

Rajin intan bawa anak2 g jalan..akak x blh lagi coz twin kecik & asyik nagis ajer

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Hihi.. Tak selalu la kak ziela, tu pun curi2 masak tym abah diorg tak keje.. Huhu kalau intan ada twin mcm kak ziela tu confirm intan tak slalu bawak jln gak.. Sebab masih kecik lagi kn..

Anis Rosli said...

hi intan,saya anis dari malaysia tapi sekarang tinggal di kg.bunut brunei..boleh tau junglegym tu di mana ye?

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

salam kenal.. masa dengan anak2 mmg amat berhargakan?? saya walau sibuk mmg akan amik masa utk habiskan dgn anak2.. mandi pool, pg taman.. sbb anak2 ne kejap je membesar..kalau kita tak rebut masa dia kecik..kita akan tlepas semua tue..

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Salam Anis, ooo. . Jungle gym tu kat Kiulap, Anis tau tak Hua Ho kiulap? Dia tak jauh dari sana. . Blakang blok hua ho tu jer. Apa kate Anis add fb intan. So boleh bual pjg lagi ;)

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Salam kenal gak buat mama amana, setuju sgt. Masa ni la kita kene luangkan masa bersama diorg kan. Sebab memang tak trasa je masa berlalu tup2 besok diorg dh besar. ;)

Man said...

Salam, boleh tanya sikit. Dst-group ok tak kompeni ni? Saya dah try Google tapi tak banyak info yang dapat

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Salam Man, maksud man utk apa ek? Kalau dari pandangan intan ok gak.. Takde masalah :)

Man said...

Salam Intan. Thanks for your reply. Saya dari KL. Kebetulan hari tu nama kompeni ni keluar dalam jobstreet, dan match dengan saya punya background & qualification.

Jadi, ingat nak try cari rezeki belah2 Brunei pulak, dengarnya kerja kat sana kurang stress :).
Tak tahulah betul ke tak.

Saya cuba jugak cari info berkaitan tapi macam tak banyak. Kemudian saya cuba cari "Best Brunei Blogger" dan terjumpa la blog popular ni :)

http://bloggers.com/Brunei/popular
http://bloggers.com/Intanyanz

Ini nama kompeninya... saya dah apply dekat jobstreet tapi masih takde respond lagi

DST Group
Company Address: DST HEADQUARTERS JALAN TUNGKU LINK BANDAR SERI BEGAWAN BE3619
Industry: Telecommunication

http://siva-my.jobstreet.com/_profile/previewProfile.asp?advertiser_id=62801

Intan@mama Hadif & Hanif-Brunei said...

Ooo man nak try kerje kat sini, semoga man berjaya. Mana tau rezeki man kat sini kan. Belum ada balas maybe tunggu giliran kut. :)

Man said...

:)
lebih kurang macam tu lah. Dah 10 tahun keje kat KL ni dah sampai masa kena merantau sikit boleh tengok keindahan bumi ciptaan Tuhan. Tak banyak info pasal life kt Brunei dlm internet. Mungkin Intan boleh cite sikit dlm post yg seterusnya macamana life kat sana. :)

Anis Rosli said...

hua ho kiulap tu mcm tau jer...sebab kami memang suka menyinggah kat hua ho hihi..nanti anis add intan ye

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.