Pages

My 3H

My 3H

Thursday, October 27, 2011

' Mengambuyat '

Malam kemarin kiter gi ke Restoran Aminah Arif, tu pun plan mengejut dari suami aku. Sebenarnya aku malas nak jalan hari tu tambah lak hujan. Tu yang rasa tak selesa je nak jalan. Tapi kesian gak kat suami kan kang tak pasal2 dia kempunan nak makan ambuyat. Ambuyat memang makanan sinonim kat Brunei ni, haa sape tak pandai makan bukan org sini yer wakaka takde la acah je. Ramai gak yg tak pandai makan, sebab makanan ni memang pelik sikit sebab dia memang takde rasa pape pun cam tawar2 je. Yang buat dia best tu adalah menu2 yang di sertakan sama ngan ambuyat maksudnye menu yg wajib ada. Ohh yaa ambuyat ni berasal dari pokok rumbia yang di proses airnya lalu jadi tepung. Tepung tu di bancuh lak ngan air panas yg mendidih, gaul sebati sampai pekat. Eleh cam terror je aku, tak pernah wat pun, selalu tengok je. Tak berani takut tak menjadi sebab ni memerlukan kekuatan tangan yer.

Malam tu kite order cam biasa je, set ambuyat utk 2 org. Ye laa 2 org kan sebab yg makan aku ngan suami je. Hadif ngan Hanif layan nasik je. Menu sampingan kite mlm tu lak daging urat tumis, sayur pakis, ikan goreng, sambal belacan + ulam2an dan cicah ambuyat lak sambal binjai + tempoyak. Okay gandingan yg cukup mantap, tengok cicah pun dah telan airliur.hihi.lepas tu suami order lak sup hati buyah, numan utk suami ais lemon tea dan utk aku lak fresh orange jer. Campur2 semua yg kite mkn malam tu berjumlah bnd $26.00 jek.

sebelum menikmati jamuan set ambuyat, sempat posing jap ngan Hanif yg memang susah nak kawal yer, pening aku duk layan dia yg tak reti nak duduk diam kat chair tu huhu.

Antara menu kite yg terhidang, yang jernih2 kat bowl tu adalah ambuyat ye. Cara mkn adalah menggunakan 'candas' iaitu sejenis sepit kayu, gulung je mcm mkn spaghetti. Ekeke.

haa tu dia cara nak makan okay, sepit lepas tu celup kat cicah ters ngap. Beria-ia je suami aku buat pose kan, aku nak amik gamba Hadif dia lak yg hover.

Alhamdulillah kenyang tul mlm tu, sebab aku melantak ngan nasi sekalik. Penuh weii. Jalan pun rasa berat jer huhu. Sebelum balik kiter ronda2 jap kat kawasan Serusop tu, ohh yer sempat la aku mintak suami belikan lens aku yg memang dh hampir nak expired. Lepas tu singgah kedai sebelahan happystar memang hajat awal nak beli kerusi kecik buat Hanif, susah sebab selalu gaduh kerusi ngan abg dia. Haa sekarang dah adil satu sorang yer.

Aktiviti petang tadi, mari melukis yer kawan2. Kiter bukan lukis tau kiter conteng2 jer ehehehe.

posted from Bloggeroid

1 comment:

CeqGu said...

anis pernah try makan ambuyat sekali..tapi lenguh tangan duk pusing ambuyat...tak jugak pandai2...sampai ilang selera nak makan hehe..last2 give up :)

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.