Pages

My 3H

My 3H

Wednesday, December 21, 2011

Tragedi 20 Disember 2011


Al-Fatihah serta salam takziah buat mangsa2 dan kaum keluarga tragedi kemalangan bas kemarin, tika dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu bas pelancong yg membawa seramai 33 org rakyat Brunei telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok..mengakibatkan 7 orang meninggal dunia, 5 lagi dalam keadaan kritikal teruk, 10 org cedera ringan serta 11 yg lain selamat..

Terasa sedih nak taip kisah ni..so aku copy paste je dari sumber2 tertentu:

Tuaran [Berita Harian] 20-12-11: Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharuddin Rasip.

Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira 3.05 petang.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan.
Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong Ke Sabah sejak Jumaat lepas sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Setakat ini seramai 11 orang cedera akibat kemalangan itu dan mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.

Berita di atas adalah berita seawal mungkin.. dua org telah disahkan meninggal di tempat kejadian..manakala 5 org lagi telah disahkan meninggal di hospital.

Ini adalah antara nama2 yg terlibat, bila aku tengok ada ayah yg meninggal, manakala anak2nya selamat..Ya Allah mesti diorg bersedih kan..tengah gi cuti sama2 tak di sangka jadi macam ni , aku dah nak menangis dh ni...


Meninggal Dunia:
1)Hj Abd Manan bin Hj Ishak (50thn)
2)Pg Hjh Zaharah Pg Hj Zainal (61thn)
3)Hjh Dayang Norhayati Hj Abd Hadi (61thn)
4)Hjh Nor Faridah Hj Husin (60thn)
5)Hj Abd Ghani bin Mohammad (60thn)
6)Hjh Hasnah binti Yusof
7)Hj Awg Tarsad Hj Tamit (58thn).

Red Zone (Kritikal):
1)Hjh Zizah Hj Hassan (61thn)
2)Hjh Azizah Mudin (65thn)
3)Hj Sani Hj Simat (64thn)
4)Hj Damit Hj Ismail (78thn)
5)Rajaran M (26thn).

Yellow Zone (Semi Kritikal)
1)Hj Aishah Ajoh (50thn)
2)Hj Kasmah Hj Abu Bakar (59thn)
3)Hj Tamin Bahar (69thn)
4)Hjh Salmah Hj Abd Rashid (48thn)
5)Roslan Omar (38thn)
6)Hjh Sabariah Zaman (60thn)
7)Hjh Mala Hj Murah (59thn)
8)Ismawatie Hj Abu Bakar (20thn)
9)Hj Kifrawi Hj Omar Ali (63thn)
10)Hjh Apsah Hj Abd Rahman(64thn).

Green Zone:
1)Nurul Hamisah Abd Manan (12thn)
2)Hjh Noor Nikmatullah (22thn)
3)Hj Tuah Damit (58thn)
4)Hjh Mariam Hj Ahad (57thn)
5)Aminah Saim (56thn)
6)Mohd Nazirul Mubin bin Tarsad (21thn)
7)Nurul HUda Hj Abd Manan (15thn)
8)Nurul Hazimah hj Abd Manan (7thn)
9)Mohd Nazim Hj Abd Manan (13thn)
10)Nurul Hamizah Hj Abd Manan (9thn)
11)Samsul Hj Salleh (28thn).
(KEMUNGKINAN ADA KESILAPAN DALAM EJAAN NAMA)

Syukur Alhamdulillah dgn titah Kebawah Duli semalam, baginda telah berkesudian menghulurkan bantuan dgn segala kos perubatan di sana di tanggung sepenuhnya oleh baginda Sultan.
Titah perutusan takziah dari KDYMM Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada mangsa kemalangan bas di Sabah petang tadi "baginda telah berkenan menghantar perutusan takziah dan berharap agar semua mangsa yang cedera supaya cepat sembuh, sehubungan itu juga baginda turut menitahkan agar semua kos perubatan serta penghantaran balik ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan"- pengumuman terbaru melalui RTB




Jenazah2 yg telah sempurna di kafankan dan di sembahyangkan di masjid KK, menanti saat untuk di terbangkan ke Masjid Jame Asr' Brunei , di mana kaum keluarga sudah pun setia menanti di sana dengan sebak di dada.. Al-Fatihah, semoga roh mereka di cucuri rahmat serta termasuk dalam golongan org2 yg beriman.. amin Ya rabbal al-aminn...

No comments:

Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.