Pages

My 3H

My 3H

Saturday, February 12, 2011

Anaknda Hanif

Dah lama tak citer pasal anaknda aku yg kedua ni..sapa lagi kalau bukan c Hanif ler.. sekarang hanif dah pun 7 bulan lebih, tak lama lagi nak masuk 8 bulan 17hb nanti.. tak terasa kan tup tup lagi 4 bulan dh nak 1 tahun.. huhu.. badan pun makin semangat, bak kata mak aku dh mcm budak kembar kalau bandingkan ngan abg dia.. takpe la tak dpt anak kembar yg ori, kembar jadian pun jadik lah.. hihihihi..

Milestone hanif setakat ni.. ermmm. tak byk kut.. alhamdulilah dh tumbuh dua bilah mr.gigi.. pantang letak laju jer niarap ke depan,hampir2 nak jatuh katil.. sebab aku tak sangka laju betul dia melungsur ke depan,aku letak jauh.. sekelip mata je dh ke hujung katil, huhu tak selamat dah nak letak kat katil nak amik brg kejap pun tak leh.dah mula nak angkat pungkok nak belajar merangkak..dah stabil dh tapi masih takut2 nak gerakkan tgn..duduk pun baru pandai sikit jer,masih lom balance..tapi kalau duduk dalam tub mandian dia ok jer,sebab dia pandai pegang sendiri tub tu.hihi..dh senang dh nak mandikan dak ni.. tapi bab nak pakaikan baju alahaiiii,bercinta sungguh!

kenapa aku kata bercinta.. asal aku baringkan jer dia berpusing,aku baringkan balik, dia pusing balik nak meniarap.. kadang aku terpaksa tahan badan dia ngan dua kaki aku.. fuh berpeluh gak nak bajukan dak ni..

ni budak yg tak reti nak baring kejap, belum sapu minyak,belum sapu bedak dah melungsur ke hulu ke hilir, nasib sempat snap pic dia baring diam mcm ni tu pun lepas aku buat muka lawak..tak tau lawak ke tak lantak le.. ekeke..


salah satu cara nak suruh dia diam adalah dgn umpan mende kat tgn, tak kira la apa pun janji mende tu dia jarang pegang,kalau dh selalu memang dia tak pandang pun.. cepat jemu!


tu dia dak komando beraksi..nak kemana tu haaaa?


aktiviti harian selesai mandi wajib tumbangkan set make up dia tu sampai tekeluar semua isi perut kat dlm tu..


acara seterusnya memakan benda2 yg ada d depan mata..


Tuesday, February 8, 2011

pelajari Shaken Baby Syndrome



Entry kali ni berkisah tentang shaken baby syndrome (sbs).. tentu ramai yg dah tahu tentang bahayanya menggoncang anak kecil,tentang bahayanya menimang atau melambung anak dengan kuat dan tinggi.. aku pun baru jer mendalami serta mempelajari tentang ini.so artikel di bawah aku kongsikan bersama sekaligus untuk peringatan buat diriku sendiri.. meh ler baca....




Shaken Baby Syndrome atau sindrom bayi yang digoncang dapat menyebabkan kematian mendadak. Menurut profesor Hans-Juergen Nentwich, goncangan keras selama lima saat saja sudah cukup untuk merosakkan fungsi otak bayi anda. Bayi 0-3 tahun memiliki otot leher yang lemah namun memiliki kepala yang berat dan besar. Selain itu terdapat rongga dan celah antara otak dan tulang untuk pertumbuhan otak bayi. Jika anda menggoncang bayi anda maka akan ada pergerakan atau perpindahan otak bayi anda yang akibatnya membuat otak bayi membengkak dan perdarahan pada pembuluh darah.

Berikut TIPS Mencegah SBS
* Jangan menggoncang bayi di bawah umur 3 tahun!
* Jangan lupa menyangga kepala bayi dengan tangan.
* Pentingnya melindungi kepala bayi Anda (bagitau baby sitter bayi Anda)
* Pastikan semua orang yang dekat dan sering menggendong bayi Anda tahu benar bahayanya seorang bayi jika digoyang.
* Jika dengan sengaja/tidak sengaja, Anda menggoncang-goncang bayi Anda, segera bawa bayi Anda ke doktor untuk diperiksa. Pendarahan di dalam otak hanya dapat diubati jika anda segera memberitahu kepada doktor bahwa Anda baru saja menggoncang bayi anda. Cara ini akan menyelamatkannya.

Seringkali orang yang marah atau geram ketika menjaga bayi atau menggoncang mereka untuk menghentikan tangisan mereka. Mereka merasa hal tersebut tidak berbahaya. Namun, otak dan pembuluh darah seorang bayi amat sangat rapuh terhadap gerakan seperti menggoncang, menyentak, dan menggoyang.Otot leher seorang bayi atau anak kecil sangatlah lemah, kepala bayi relatif berat dan leher tidak boleh menyokong tekanan atau voltan akibat goncangan atau goyangan. Mengguncang seorang anak yang masih kecil, dengan atau tanpa sokongan langsung pada kepala, boleh menyebabkan kerosakan otak, kebutaan, kelumpuhan saraf, kehilangan pendengaran, kecederaan tulang belakang, kejang, dan bahkan kematian.

Comment:
Jangan goncang/lambung/menari dgn bayi anda
(bukan saja KEPALA malah TANGAN, KAKI / BAHU) !!!



Gambar: salah seorang bayi yg menjadi mangsa shaken baby syndrome ketika di bawah jagaan teman lelaki ibunya.. bayinya yg baru berusia 3 bulan itu telah di goncang dan di baling dgn kuat oleh teman lelakinya yg bernama Josh..setelah 12 hari bernafas dgn alat bantuan akhirnya ibunya terpaksa akur dan mengambil keputusan yg berat dgn mencabut alat pernafasan setelah doktor memaklumkan tentang anaknya yg langsung tiada harapan utk hidup,sekiranya hidup pun dia tidak akan normal seperti bayi lain...

So please never, never, never shake your baby.. even dlm keadaan bermain,mendukung dan lebih teruk lagi dlm keadaan marah.. ketika anak menangis berpanjangan tolong kontrol emosi, tenangkan jiwa.. anak menangis bukanlah satu masalah yg besar..hanya itulah saja caranya utk mereka berkomunikasi dgn kita.... ' sayangi anak dgn belaian serta pelukan yg lembut bukanlah dgn timangan serta goncangan yg kuat'


Friday, February 4, 2011

Hadif belajar ABC

Alhamdulilah.. Hadif sekarang dah pun masuk ke usia 2 tahun 1 bulan.. caya tak? sekarang hadif dh kenal semua huruf.. kalau tanya yg mana huruf A.. mana huruf B, C sampai Z dia dah hafal, semua dia boleh tunjukan.. alhamdulilah dah pandai sebut sikit2.. tapi sebutan dia byk pakai bunyi abc phonics..sebab aku ngan abah dia selalu tengokkan dia video abc phonics song kat youtube.. korang boleh search video dia.. ada banyak.. so dari situ la awal permulaan hadif kenal ngan huruf2.. d samping tu dia amat minat ngan kartun wordword kat disney channel..

Sekarang dia dah mula aktif bermain sambil belajar ABC guna mainan lappy dia yg kiter beli dah lama tapi bru sekarang dia tau nak guna sebab dah hafal ngan alphabet..mama so proud of u hadif..sebab mama dulu masuk darjah pra baru kenal huruf.. tu pun lama nak hafal.. hihi..lebih minat kepada mewarna yer..kah3..


A.. dia sebut A gak.. tapi B sebut gune sistem phonics so jadik ba.. D jadik da.. begitu gak ngan huruf G, H, P, T, V.. yg lain2 dia sebut mcm biasa.. haha..oh yer.. sebenarnya aku ada try upload video dia tengah belajar..tapi langsung tak ada, timbul screen hitam he.. napa ek.. blog sistem nye problem ke aku yg slh..hadoiii.. nanti la aku try semula..


hadif's learning stuff.. sebenarnya ada byk lagi, mcm alphabet magnet yg ni aku dh lekatkan kat peti sejuk so kalau aku masak dia boleh main kat petisejuk jer..haha, ada alphabet block gak tapi aku malas nak keluarkan sebab mende2 tu kalo dia dah naik bosan mula la nak main baling2..sudahnya aku gak yg letih nak kutip mende2 tu..

Rasa seronok bila anak dah kenal ngan huruf.. nanti bila dh masuk sekolah tak lah susah nak ajar dia kan.. sekarang ni misi aku nak ajar dia kenal ngan number..alhamdulilah ada la sikit yg dia dah hafal.. tapi dia tau in english je.. huhu.. takpe la kite belajar pelan2 ye sayang.. bak kata pepatah sikit2 lama2 jadi bukit.. hihi..
Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.