Pages

My 3H

My 3H

Friday, September 30, 2011

Portable car seat





Smart n cantik sgt kan portable car seat ni, aku rasa cam jatuh hati lak, agak stylo kalau letak kat mitsubishi grandis kiter (alahai siap mention kreta lagik, ye la of coz letak kat family car) ehehe, ni pun aku dpt kat seller online facebook. Murah wei $30 jer, rasa nak beli je terus rasa nak taip book je, tambah lak kartun mickey mouse. Hajat hati nak beli dua set, ye la untuk Hadif ngan Hanif kan. . Portable car seat ni senang nak pasang, nak hangkut n nak cuci, nak simpan pun senang bukak n lipat jer. Banding ngan car seat biasa tu, dah le besar kan nak bersihkan kereta kene angkat keluar lagi.

Masalahnyer aku masih berfikir lagi samada nak beli atau tak, sebabnyer anak2 aku ni tak suke duduk kat tempat mcm tu, nak bagi belt bagai sampai naik stress aku nak suh diorg duduk dlm tu. Kat car seat biasa tu pun diorg tak nak duduk hmm sudahnyer masuk stor, duduk nak bebas jer,pusing sana sini. Mana boleh, kan ke bahaya mcm tu,huhu. Silap2 abah break mengejut naya je kan. Dalam dilema pulak aku jadiknyer, kang aku beli tak pakai kan jadi bazir. Aku takut tikus kat stor lak yang pakai. Huhuhu. Tapi serius aku memang dah jatuh hati kat seat ni, umur dari 6 bulan dah leh pakai sampai 3 ke 4 tahun, pokoknyer selagi muat. Alahai best lerrr.

posted from Bloggeroid

Monday, September 26, 2011

Allergy atau geligata?

Ni la citer aku yg dah tergendala hari tu, sepatutnye aku dh wat citer ni lepas entry aku yg pasal ic baru tu. Sebab kejadian ni berlaku tika aku berada kat immigresen hari tu. Adik aku hantar sms bagitau yg Hadif meragam, badan dia gatal2 lepas tu timbul bintik2 besar kemerahan. Bintik tu besar2 okay,aku balik je dari sana memang terkejut tengok bintik tu dia mcm kene gigit nyamuk yg besar. Pelik lak tu sebab bintik tu timbul kejap lepas tu hilang, timbul lak kat tempat lain. Ek eleh main cak cak lak dia kan.

Tapi serius memang kesian tengok hadif masa tu, dia siap garu bdn,kaki ngan tgn dia kat karpet. Tak cukup ngan tu siap dia tarik lagi tgn org mintak garu. Mama aku ckp tu geligata,angin kut sebab mlm tu kite gi openhouse kwn laki aku, masa tu lak hujan ngan berangin. So mama suruh la ayah aku bagi air penawar, taruk bedak le, minyak bagai. Tapi tengok dah makin teruk siap timbul kat kelopak ngan bawah mata dia,alahai memang dah lain dah rupa hadif waktu tu. Ye la mata dia kan bolat tetibe jadi bengkak dan sepet. Oleh kerana keadaan semakin serius dan aku pun takut kalau2 mlm nanti hadif tak tido so kite laki bini pun nekad bawak hadif gi klinik private.


ni laa rupa hadif masa kene gatal gatal tu,kat mata dah mula bengkak.sebenarnya ada lagi yg ebih teruk dari kat dlm gambar ni tapi aku tak sampai hati nak snap huhu

Sampai je kat klinik terus je masuk bilik,mujur ler tak ramai org masa tu. Doc pun tanye dia ada salah makan ke, ada salah minum ker. Seingat aku memang takde, sebab apa yg kite bagi dia makan semalam memang makanan yg dah biasa dia makan. Takkan le tetibe je jadi alergy kut kan. Tapi tak tau la sebab semalam tu kan makan kat rumah org.huhu.lepas tu doc bagitau la kalau bukan alergy ni mcm geligata gak, dia ckp mcm miang tersentuh sesuatu. So juz incase allergy doc bagi je ubat allergy ngan ubat tahan gatal. Dia bagi hadif minum waktu tu gak, dia ckp mende ni bahaya tak leh biar lelama sebab kalau dah bengkak2 tu makin teruk dia akan efek kat paru2 dan saluran pernafasan jadi sempit boleh menjadikan sesak nafas dlm erti kata lain 'internal swelling' huhu nasib ke kite gi bawa awal kan, aku pun tak tau yg mende ni leh jadi bahaya.


ubat allergy ngan ubat tahan gatal

Alhamdulillah masuk je dlm kereta hadif dah kembali normal, dah tak garu2 lagik. Lepas tu bintik2 kat badan dia mula beransur hilang. Ubat2 tu memang serasi kat bdn hadif. Tu pun masih banyak balance lagi sebab hadif mkn ubat tu sekali je masa kat klinik tu. Laki aku pun siap cakap mcm mimpi jer tadi hadif kene bintik2 gatal kat badan dia tu sebab kejap je dah hilang mcm magic jer kan. Sampai kat rumah hadif dah lalok sebab kesan ubat tahan gatal tu memang efek dia jadik ngantuk. Memang ngantuk sgt hadif hari tu dia tido bejam jam, dah dekat nak mlm baru sedar.

Persoalannya sampai ni tak tau le hadif kene allergy atau geligata sebab dua2 simptom tu hampir sama. Apa2 pun alhamdulillah sebab tak sampai sehari je hadif kene. Sebab mende ni pernah gak berlaku kat anak jiran aku. Sampai muke dia dah bengkak, seminggu dia menderita. Ayah dia bagitau geligata sampai dia bawak anak dia berubat kampung kat mana2 tempat, bile diorg tengok tak sembuh2 gak terus bawa gi klinik. Alhamdulillah esoknyer dah sembuh. Tak dpt aku nak bygkan kalau hadif kene sampai 1 minggu,yg tak sampai sehari tu pun aku dah rasa seksa tengok dia menangis menahan rasa gatal.

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 20, 2011

Sekarang dah senang!


Hamboiiii tajukkk dah mcm buat iklan jer kan. Ekeke. . Apa yg senang tu? Okay lah nak share buat semua laa, sape2 yg memiliki hp bersistem android tu. Sekarang takyah la susah2 nak on laptop ker pc ker kalau nak update blog yer. Aku dulu pemalas ler sangat nak update entry, sebab mls nak transfer gambar2, mls nak on laptop nak masuk web,dasyat tul haku ni kan.So tengah godeh2 market android kat Samsung Galaxy tab aku ni terjumpa lah aku ngan app yg bernama Blogaway, excited giler ni terus test n try,wala wala senang sangat.. Click jer new post,buat tajuk,karang citer nak masukkan gambar pun boleh siap dpt adjust size ngan position dia lagik.nak tambah label pun dpt..aduyaii apasal la aku lambat jumpa app ni dulu yer!

Lepas jumpa Blogaway tu, rasa tak puas hati sebab hanya 1 gambar je yg dpt d upload. Bagi aku kalau nak buat blog simple kire ok le kan pakai blogaway ni. So aku buat searching lagi kat market terjumpa lak ngan Bloggerdroid, hah test n try lagik.. Hah seronok gak walaupun bloggerdroid ni tak byk function mcm blogaway dia tak dpt nak tukar kaler font nak underline atau nak bold tapi puas hati gak sebab dpt upload byk pic skaligus.ehehe. Pencarian yg amat memuaskan hati.

Sekarang dah takde alasan malas nak update post. . Ngehehe. . Senang jer kan upload jer terus pic2 yg ada kat hp android korang,nak edit2 dulu kasi lawa pun boleh. Aku dah rajin ni sampai tahap nak taip pun dah takde idea ekekeke. .  Jom la install Blogaway & Bloggerdroid!

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Monday, September 19, 2011

Hanif demam arrr :(



Alahaiii tak syok le nak update blog pasal ni, tapi nak gak update kan.. Konon nak citer mende lain sekalik dh topik lain lak.kire update on da spot ler kan. Ni pun aku update sambil tidokan dia. Aku baru je sampai rumah, tadi kat rumah mak panas dia ok2 jer tup tup aku cek panas dia baru ni dah naik 39.4 degree! Cuak giler aku terus bukak baju,bukak seluar..tinggal pampers jer,masuk ubat kat montot lepas tu lap2 badan dia ngan tuala basah.. Aduhaiii cian ank mama cepat2 la sembuh yer syg, mama tak suke ler tengok anak mama demam2 mcm ni :(

Posted via Blogaway

Saturday, September 17, 2011

Dah tukar

Apa yg dah tukar ni? Kecoh je kan. . Saja nak bagitau pagi tadi aku dah pun dgn rasminya membaharui kad pengenalan aku yang bakal mansuh 25 september ni. . Utk mengelakkan terlambat buat atau kes lupa baik aku gi buat awal2 kan. . So senang la tak yah aku stress nak tunggu giliran. .punya lerr ramai orang, sampai aku ngan suami kene berdiri lama sebab tak cukup kerusi, ye la mana nyer tak ramai org asing pun buat ic kat situ gak, budak 12 tahun yg baru nak buat ic pun di tempat yg sama.. Serabut kepala hotak aku duk tengok manusia lalu lalang. Tambah lak aku ngantok tahap maksima sebab tak cukup tido mlm tadi *hal ni nanti aku citer yer*

Dah tinggal beberapa digit je lagi giliran aku, baru la dpt duduk, tu pun aku ngan laki aku memang dh awal standby stay kat kerusi tu..ntah2 warga asing tu muak kot tengok kitorang laki bini begurau senda kat situ..muahaha lantak let janji dapat duduk, kaki aku dah naik sengal!
Alhamdulilah lewat jam 10 semuanye selesai, gile aku sempat buat lawak ngan akak kat immegresen tu. . Aku siap pinjam cermin lagi, yo laa nak snap gambo kan.tak nak la tudung aku senget benget kat dlm ic tu nanti, nak simpan lama tuuu. . Nasib akak dua org tu sporting gilerr, siap gelak2 lagi. .terima kasih yer ngan cermin ajaib korang tu. .

Dh selesai semua apa lagi chowwww balik kat rumah mak sebab anak2 aku tinggal kat situ.oh yerr masa nak kluar dari bagunan tu terserempak lak ngan sepupu laki aku..dia nak ganti ic baru gak.pot pet pot pet citer dia bagitau aku yg ic dia dh 3 bulan expired! Mak aii. . Habis ler kene compound!



mujur aku sempat amik pic ic aku yg lama ni, aduhaiii muke budak lagi kan aku masa tu, yo laa ni tahun 2001,masih di bangku sekolah lagi *nama ngan segala detail terpaksa di rahsiakan yer, kang expose pulakkk aku ni wakaka*


back side ic, nampak tak tarikh mansuh tu. . Huhu

Oooo. . Nak share gak hari ni 17 september. . Genap ler c bucuk2 mashammm n domok ni setahun 3 bulan, alhamdulillah. Dah semaikin noty n clever budak ni tau.paling seronok dah pandai gaduh ngan abg dia! Pengsan aku, anak baru 2 tapi feel mcm ada 5 org okay!


"shaye dah 1 tahun 3 bulan,dah besharrr tau..dah pandai panjat2 sampai mama saya nak gugur jantung,padan muke mama shaye kan ekekeke"

posted from Bloggeroid

Friday, September 16, 2011

Letih





Alahaiii.. Tengok laa dua beradik ni letihhh yg amatt.. Oppss..tak habis2 lagi nak citer pasal raya aku ni kan..yer laa sekarang pun kiter masih dlm suasana raya kan, masih di bulan syawal.. Mode raya masih ada walau takde nyer org nak bertandang ke rumah lagi..huhu.. Apasal letih sgt nii.. Apa lagi sebab dah letih beraya tambahan lak dlm perjalanan jauh yg amat..ye laa raya pertama kn kite gi kat rumah nenek jauh nun kat daerah Tutong n Belait.. Anak2 aku pemaluuu gilerr.. Tiap rumah memang tak duk diam, tambah lak ngan sepupu2 dia semua ada..meriah sangat.. Mkn tak mkn dah tak duli dah..dah dahaga baru dtg kat mama or abah intai minuman.. Susu pun dah lari jam.. Kdg kesian gak diorg kan.. Ye la kalau lekat kat rumah memang jam tidur ,jam makan ngan jam minum susu tu teratur.. Tapi ni singgah 1 rumah tido kene kejut gak.. Masuk kereta..ngantok..tido balik..huhu.. Kalau sebulan mcm ni maunya terbantut tumbesaran anak aku.. Muahaha..

Rumah korg cane? Masih dlm mode raya tak..aku masih woo.. Mcm tak sampai hati nak hilangkan suasana raya kat rumah ni..ye laa.. Nampak smart banget rumah aku tym2 raya ni.. Ngan karpet, bunga2, ngan alas meja semua masih tersusun rapi..elok la sgt c hanif sibok nak cabut bunga nak tarik alas meja.. aduhaiii ada aku kisah.. Lantak ler..aku gigih gak susun balik..muahaha..aku sengaja buat mcm tu..biar diorg biasa ngan hiasan rumah.. So kalau dtg rumah org yg penuh ngan perabot ngan hiasan bagai diorg tak jakun le kan.. Paling2 pun nak sentuh siap tunjuk simbol nak tempik..confirm larikkk.. Haha.. Edisi kejam!


Makanan raya

Korang tentu banyak kuih muih atau kek yg di buat utk jamuan di hari raya kan, jgn ikut macam aku. . Malas gilerrrr,biskut2 ngan kek semua main tempah je huhu. . Yg penting sediakan pulus, tapi aku beli tak byk ler cukup2 buat hidang atas meja je.beli byk kang membazir je,ye la org sekarang jarang sgt nak mkn biskut ngan kek kan diorg lebih minat nak makan keropok, kacang2 ngan buah kering. . Aku pun mcm tu gak agaknyer dah kenyang melantak makanan berat ngan tak henti2 minum.perut pun dah makin.kembung je aku tengok.alahai bila la nak kempiskan perut ni, rasa malu je nak kuar gi jalan2. Pernah sekali aku gi kedai singgah lak kat part brg baby, selamba jer pekerja kedai tu tnya aku dah berapa bulan? Kau tak malu? Merah muka aku babe. Sabar je ler besok aku kempiskan perut aku ni jgn jeles yer. . Jgn anak dara menangis sudah ekeke apa hal lak aku dah sampai melalut ke perihal perut ni hadoiiii tak masuk topik la kan. .

Okay laaa dalam pada aku malas2 tu siap gak dua hidangan aku buat sendirik yer, tu pun kalut nak buat sambil jerit2 kat hadif ngan hanif.lantak la diorang asyik nak gadohhh huh. . Last2 aku kasi umpan makan coklat cha cha ha baru aman. Kat bwh ni la hidangan2 yg aku dpt siapkan.jgn suspen la yer makanan biasa2 jer kek vico ngan cornflakes madu pedas. . Yg senang n simple je la yg aku mampu buat lain2 takde yer.mls nak beli bahan n malas nak bikin. . Hishhh dasyat tul haku,bertuah suami aku dpt bini mcm ni wakakaka.




Wednesday, September 14, 2011

Citer Raya






Agak- agaknyer lah masih belum terlambat nak ucapkan Selamat hari raya buat semua sahabat handai, saudara mara serta keluarga tak kire lah di mana jua berada,uhuk uhuk org lain dah lama citer pasal raya blog aku lak dah basi ngan citer bulan puasa.maaf lah yer ni la akibat tak rajin (bukan malas yer) walaupun ertinye sama jer, ekeke. okay la meh citer pasal raya kitorg. . Mcm tahun2 yg lepas gak raya pertama kiter gi kumpul kat rumah mak,mak jamu kiter semua makan mee goreng, ayam goreng, nasi impit ngan kuah kacang. .Waduhhh sedap bangett,tapi tu laa tak de nyer nak mkn byk sebab dah tau dah raya pertama ni confirm semua rumah jamu makan makan dan nakan. .Alhamdulillah itu la rezeki namanyer. . Dah selesai semua kiter konvoi gi kat rumah sepupu aku dia wat openhouse. .kemudian konvoi ngan family semua la yer ngan kakak,adik,ipar2 semua.meriah sgt ada 5 buah kereta, kiter gi rumah nenek sebelah ayah.tu memang rutin tiap tahun. . Beziarah ngan nenek laki dan nenek bini. .

Raya tahun ni alhamdulillah berjalan dgn lancar, byk gak rumah sedara ngan kwn2 kite gi berbanding tahun lepas al maklum la tahun lepas susah sikit nak jln2 sebab ada baby.Hanif masa tu baru jer 2 bulan lebih. . Tahun ni hah amik ko aku tak sangka yg dia akan dapat 'kaki' tym raya ni sebab tengok dia mcm malas je nak bukak langkah,abah dia ajar melangkah pun dua buat dek je. . Sekali tengok penghujung bulan puasa dia dah terkedek kedek bangun jln sendirik. . Mampusss ngan abg dia lak yg semakin aktif duk lari2.sonokk gilerrr aku ngan abah dia dah mcm security guard nak halang diorg dari pegang mende ni, kacau gelas raya.belum lagi part2 nak hidang kuih raya atas meja,memang tak de. Org dtg rumah baru sibok nak angkat kuih dari dapur yer.huhu. Tapi tu la kata org raya ni meriah dgn kehadiran anak2. . Ye la mcm kite masa kecik2 dulu, tiber je raya kite lah org yg paling sibok banding mak kite kan kan kan. .
Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.