Pages

My 3H

My 3H

Thursday, October 27, 2011

' Mengambuyat '

Malam kemarin kiter gi ke Restoran Aminah Arif, tu pun plan mengejut dari suami aku. Sebenarnya aku malas nak jalan hari tu tambah lak hujan. Tu yang rasa tak selesa je nak jalan. Tapi kesian gak kat suami kan kang tak pasal2 dia kempunan nak makan ambuyat. Ambuyat memang makanan sinonim kat Brunei ni, haa sape tak pandai makan bukan org sini yer wakaka takde la acah je. Ramai gak yg tak pandai makan, sebab makanan ni memang pelik sikit sebab dia memang takde rasa pape pun cam tawar2 je. Yang buat dia best tu adalah menu2 yang di sertakan sama ngan ambuyat maksudnye menu yg wajib ada. Ohh yaa ambuyat ni berasal dari pokok rumbia yang di proses airnya lalu jadi tepung. Tepung tu di bancuh lak ngan air panas yg mendidih, gaul sebati sampai pekat. Eleh cam terror je aku, tak pernah wat pun, selalu tengok je. Tak berani takut tak menjadi sebab ni memerlukan kekuatan tangan yer.

Malam tu kite order cam biasa je, set ambuyat utk 2 org. Ye laa 2 org kan sebab yg makan aku ngan suami je. Hadif ngan Hanif layan nasik je. Menu sampingan kite mlm tu lak daging urat tumis, sayur pakis, ikan goreng, sambal belacan + ulam2an dan cicah ambuyat lak sambal binjai + tempoyak. Okay gandingan yg cukup mantap, tengok cicah pun dah telan airliur.hihi.lepas tu suami order lak sup hati buyah, numan utk suami ais lemon tea dan utk aku lak fresh orange jer. Campur2 semua yg kite mkn malam tu berjumlah bnd $26.00 jek.

sebelum menikmati jamuan set ambuyat, sempat posing jap ngan Hanif yg memang susah nak kawal yer, pening aku duk layan dia yg tak reti nak duduk diam kat chair tu huhu.

Antara menu kite yg terhidang, yang jernih2 kat bowl tu adalah ambuyat ye. Cara mkn adalah menggunakan 'candas' iaitu sejenis sepit kayu, gulung je mcm mkn spaghetti. Ekeke.

haa tu dia cara nak makan okay, sepit lepas tu celup kat cicah ters ngap. Beria-ia je suami aku buat pose kan, aku nak amik gamba Hadif dia lak yg hover.

Alhamdulillah kenyang tul mlm tu, sebab aku melantak ngan nasi sekalik. Penuh weii. Jalan pun rasa berat jer huhu. Sebelum balik kiter ronda2 jap kat kawasan Serusop tu, ohh yer sempat la aku mintak suami belikan lens aku yg memang dh hampir nak expired. Lepas tu singgah kedai sebelahan happystar memang hajat awal nak beli kerusi kecik buat Hanif, susah sebab selalu gaduh kerusi ngan abg dia. Haa sekarang dah adil satu sorang yer.

Aktiviti petang tadi, mari melukis yer kawan2. Kiter bukan lukis tau kiter conteng2 jer ehehehe.

posted from Bloggeroid

Monday, October 24, 2011

Ke Pantai Serasa

Citer hari minggu yang lepas, pagi2 lagi dah wat planning nak gi lepak kat pantai serasa. Pantai ni dekat jer dari rumah parents aku ngan rumah mertua aku. Sebenarnya boleh pun kalau nak gi situ tiap hujung minggu. Tapi tu la kan selalu jer tertunda tambah2 lak si suami buzy ngan keje. Lepas tu baru teringat memang dah lama tak gi situ, paling last kalau tak silap sebelum puasa kot. Giler lama sangat kan macam le jauh sangat.

plan asal nak gi anak-beranak jer. Tetibe tym berwhatsapp ngan adik dia terus sound nak join, mula2 tak caye gak biar betul ko nak baby ko tu. Tapi pikir2 apa la salahnye kan. Untuk membiasakan dengan suasana kat pantai. Lepas tu kiter ajak lak kak ira sekalik, okay now dah ramai hampir semua siblings aku nak gi. Seronok giler, meriah le kite nanti kan.
Sampai je sana pening kepala lak nak cari port yang sesuai, dah ramai orang dah masa tu ye la kiter gi pun akhir sebab nak tunggu cuaca kurang panas le kan kang kesian lak anak2 gi main waktu panas terik. Pusing punye pusing dapat gak port yg sesuai walaupun tak le terbaik sangat, janji hader.

Pemandangan kat Pantai Serasa, cantik sangat kan. Rasa tenang jer lepak kat situ. Angin pun sepoi2 jer, alhamdulillah cuaca masa tu sangat2 mengizinkan

Alahai buat muker lak rasa nak tampo jer nengok muker macam tu wakaka

bola pink hokay!

Ni laa port kiter, seronok gak lepak sambil makan2 kat sana, best melantai soto panas2 lagik.puas hati dah lama mengidam soto uhuhu







Kiter gerak dari situ bile jam dah menunjukkan ke angka 4lebih, tu pun sebab anak2 dah mula meragam. Sebab masing2 belom tidor petang lagik. So singgah rumah parents aku, mandikan anak2 kasi susu kenyang baru tido. Tapi Hadif takdenyer tido sibok jer nak bermain. Sampai rumah mintak susu lagi, terus landing kat sofa apalagi pejam mata tidor.

posted from Bloggeroid

Friday, October 21, 2011

Westpark Mall

Masih ngan citer2 yang dah basi haha, takper la kan at least aku update gak kang tak update kang rugi jer takde la kenangan2 kan. Ni besok2 anak2 dah besar dapat gak selongkar balik blog ni baca balik citer2 diorang kat sini, kan best tu.
Kiter gi sini bukan tym weekwnd yer, ni laa di namakan plan mengejut. Masa tu tengah bosan2 duk kat rumah terus ajak si suami gi jln2, so dlm fikiran masa tu nak bawak Hadif ngan Hanif gi main kat westpark mall. Dengar2 citer baru je bukak, hmm tergaru-garu rasa hati nak bawak diorang gi situ. Apa lagi terus siap2 tukar baju, dah siap terus zoom ke Mall Gadong.

Sampai jer sana sibok lak cari westpark, kan dah sesat kiter ni..muahaha. Naik tingkat 3, round sekeliling hah patot le tak nampak dia sembunyi kat belakang. Aiyoyo apasal la tak buat tanda ke apa kan. Letih wooo ngan dukung c Hanif tu lagik, sebab dia jalan punye la lambat. Okay laa meh tengok gambar2 sepanjang jat situ.















Ada banyak gambar yang aku snap, ni ie yang mampu aku upload selebihnye dah masuk kat fb ngehehe. Bagi aku tak la siok sangat gi situ sebab cafe dia tak banyak pilihan, maksud aku dari segi makanan. Bosan. Jauh beza ngan kat jungle gym kat situ mcm2 ada, boleh kenyang perut. So tak lah boring kan, boleh makan sambil tengok anak2 bermain. Akibat dah lapar kiter tak tunggu sampai dua jam pun kat situ, terus kluar. Ohh yaa bayaran kat sini pun mahal lor. Hadif je pun dah $7, mcm tak berbaloi je. Dia kan baru dua tahun lebih oleh kerana tinggi dia lebih dari 80cm tu yang kene bayaran mcm tu. Hanif lak bayaran dia $3.50, alahai ada lebih 50sen lak kan. Murah lagi main kat jungle gym kan kan.

Untuk mengisi perut yang dah kekosongan kite pun singgah ke pasar malam, dekat je dari mall tu. Nasib masih banyak jualan lagi sebab dah lewat pun kan. Aku beli nasi pusu (memang favorit ni, sedap!) , sambal hati buyah, tongkeng ayam salai madu, kuih takis ngan numan air tebu. Dah masuk kereta baru teringat pasal durian.ngehehe. Terus le manja2 kat suami aku tu, nasib dia nak singgah kat tempat jualan durian2, mak aii berlambak. Pening kepala nak pilih.

ni laaa rupa durian yg di pilih, seikat ni $15 kut kalau tak silap. Alah dah lupa lor.

Taraaaaaa. . Semua okay, tak rugi beli. Aku paling suke makan ngan nasi panas2 yummy tul sampai tak sedor dah berkali2 senduk nasi. Huhuhu lantak ler.

posted from Bloggeroid

Monday, October 17, 2011

Ke Mall Gadong

Alahai dah lama aku jeruk entry aku yg lepas kan, jawapan sama kes malas, wakaka padahal senang jer nak update klik on galaxy tab, klik bloggeroid. . Giler pemalas kan. Ni pun update entry sambil sandar2 kat katil, di temani c Hadif yg baru nak terlelap mendengar bunyi keypad aku ni. Citer ni memang dah basi dah, terlalu byk aktiviti so terpaksa la semadikan kat blog ni gak kan.
Mlm tu adik2 aku tido kat rumah aku lepas kiter gi lepak2 kat jungle gym, sebab plan asal nyer besok hari kite nak gi ke Mall nak tengok suami aku buat show ngan army US. Tetibe lak plan tu tak menjadik sebab tunang adik aku yg nak jadi driver kitorang kene dtg standby keje, frust giler. Suami aku pun dah hilang semangat nak buat show. Nak pergi sendiri lesen takdo wakaka. Lagipun kalau ngan adik2 aku ni senang sikit. Boleh tolong tengok budak2. So tido la kiter mlm tu dalam kehampaan. . Chiss ayat dah lebih2 pulak kan hihihi. .

Bangun je tido pagi tu mama sms aku, dia tanya jam berapa show laki aku start, aku jawab ler tgh hari jam 12.30. . Mama bagitau diorang otw nak ke mall, aku buat muke cebik sambil balas sms mama. Alaa apasal tak ajak kiter, sms aku berbau simpati le sikit kan. . Dup dap dup dap tunggu mama reply sms aku, huh tak ajak le ni takpe arr. . Tetibe hp bedering. Mama telpon wei dia tanya nak ikut tak, ooo mesti ler. Terus mama ckp okay gi la mandi dulu. Cam tau2 je mama aku kan yg kiter2 ni belum mandi muahaha. Terus la siapkan anak2, pack brg yg perlu d bawa. Mama ngan ayah sampai pun memang belum siap lagik, nasib la mama tolong bajukan Hanif. Ngan aku lagi nak pasang tudung bagai. Nasib tak senget.

Okay dah siap semua terus zoom gi Mall Gadong, nasib baik tak susah nak cari parking, ayah aku dah bising dah sebab tak jumpe2 parking. Alahai ayahku hari minggu le kan confirm ramai tambah lak ada show hari tu. Terus naik atas fuh belum start pun, perut dah berkeroncongan sebab tak sempat nak sarapan. Apalagi ajak semua naik foodcourt, masing2 order makanan. Aku order Singapore chicken rice jer ngan teh c special. Alhamdulillah lega rasa bila dah kenyang. Terus turun bawah bawa anak2 jumpe ngan abah diorg, sebab laki aku dah berkali kali telfon tanye kiter kat mana. Lepas seisi jumpa tu naik tingkat 3. Tengok show dari atas konon tak mau sesak kat bawah tu. Tapi last2 aku turun gak sebab nak tengok live, bila laki aku nampak je hadif dia panggil masuk hah amik ko menyanyi sambil dukung anak. .



Sempat gak aku ngan nama ambik gambar ngan army US, serius tinggi bangett. . Amik gambar pun kene fokus jauh2 sebab nak balancekan ketinggian aka kerendahan kiter wakaka.




Sayangnyer tak sampai habis pun kiter tengok show tu sebab anak2 dah meragam nak tido ngan c Hanif yg tengah 'melabur saham' lagik selalu je kan tiap kali gi jalan2 tak sah nak membuang budak sorang ni, banyak makan ler tu huhu. . Sampai rumah mandikan budak2 jap bagi susu terus tidor. Aman. . . Petang tu aku relax jer baring tengok tv sementara menanti kepulangan c suami ekeke. .

posted from Bloggeroid

Tuesday, October 4, 2011

Ke Jungle Gym lagi



Syoknyer minggu lepas byk aktiviti yg kiter buat, aku citer satu2 dulu la yer. Kang berserabut pulak citer aku. Hari sabtu yg lepas kite memang dah plan nak bawa anak2 gi main kat jungle gym. Sian kat Hanif sebab pegi dulu dia masih kecik, baru 6 bulan kut. Tak tau pape lagi, main pun kat ball2 jer. Haa sekarang ni dah macam lipas aku tengok, aduyaii nasib adik aku Tiqah ngan Amir join sekali. Ringan gak keje aku ngan laki aku, kiter relax jer tibai makan, haha hari tu kiter order pizza, chips ngan nugget. Pizza tak habis pun sebab agak kureng lor rasanye. Dah tu tepung dia keras, membazir je beli dua set huhu, takpe laa. Next tym dah tau dah, tak nak order pizza kat situ. Kite try mende lain jer.

Seronok tul tengok anak2 main, aku pun join sekali. Haha, ye la dulu2 kite tak merasa pun main mcm tu kan, zaman aku dulu main masak2 jer. Beruntung anak zaman sekarang kan. Kat jungle gym ni murah gak banding ngan kat westpark mall gadong tu(nanti aku citer pasal ni), budak yg tingginye 145cm kebawah bayaran $3 je untuk 2 jam. Murah je kan, tapi hari tu kiter tak sampai 2 jam pun kat situ sebab dah lewat. Aku pun dah rasa bosan nak tunggu diorang habis main. Tambah lak c Hanif tengah 'melabur saham' sebenarnya aku tak sedar pun, tup tup dia merengek alahai dah naik ruam lagik. Sudahnya sampai ni masih ruam. Jawabnyer aku sapu ngan tepung ubi baru la okay.

Posted via Blogaway
Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.