Pages

My 3H

My 3H

Friday, December 30, 2011

Cuti-cuti: part 2, Ke temburong

Ni kira sambungan entry lepas lah kan..sengaja aku buat part by part..kes malas nak taip panjang2..ni pun curi2 aku taip sebab Hanif kurang sehat, gigi taring dia baru nak muncul..shiannn merah kat gusi tu..moga cepat keluar lah sang gigi taring dia tu yer..tah tahan mak nok nak layan dia meragam dh tu siap asyik nak berkepit je ngan haku..sudahnya kerja aku pun banyak terdelay..

Meh sambung citer..kiter gi balik Temburong pada 16hb hari tu, bertolak awal gak sebab konon2 nak lepas dari jem..al maklum lah kan kalau nak gi saner kene singgah sempadan dulu walaupun Temburong ni slh satu daerah kat Brunei..tapi kesian ia nya terpisah antara Brunei dan Limbang,sarawak..sebab tu la kalau nak travel naik kereta kene ada passport..lain lah halnya kalau naik boat, tak yah susah2 bayar tambang je terus zoom.. okay, takdernyer nak lepas dari jem yer.. ko bayangkan kiter tolak jam 8 pagi, sampai kat saner dekat pukul 2 ptg yoo..tu belum tolak kite singgah kat Limbang lee..yoo laa mesti singgah gak sebab perut laporr, kene isi dulu..haa bermula dari situ la perjalanan memakan masa sebab nak tunggu ferry yg membawa ke daerah temburong tu..punye laa lamaaaa.. sampai aku sempat main2 amik gambar, makan2.. anak2 aku pun sampai dh berkali2 minum susu, tukar pampers..lepas tu meragam lak sebab dah bosan..ngan aku sekali pun bosan duk dalam kereta..nasib baik servis kat sana dpt tangkap so boleh la berfacebook menggunakan handphone..
 Ini budak yg dah mula bosannn.. kejap2 nak gi belakang..kejap2 pindah ke depan..tido pun dah berkali2..

 si abang pun sama.. nasib kereta nenek dia kat depan gak(kita gi berkonvoi ngan parents aku hari tu)..so dpt gak dia pindah2 kejap..ye laa budak biasa aktif ni memang susah lah nak suruh dia duk diam jer kan..

 untuk mengelakkan kebosanan yang melanda..so meh makan gummy!

 si suami ngan sepupu aku.. singgah ke tepi jalan beli minuman ngan buah rambutan kuning.. sempat pose yerr

haa tu diaaa.. ko tengok tak panjang maner tuu.. 3 jam hokayy kite tersekat kat situ..gerak pun sikit2 jer..sudahnyer lenguh seluruh badan..


Bila dah sampai tu rasa nak berlari jer keluar dari kereta.. kene stretching badan dulu..hadif ngan Hanif lagii laa..siap lompat2 lagi.. lama menahan kot nak main2..haha..rasakan laa. bukan selalu pun mcm ni kan anak2 mama.. kiter gi balik kampung ni bila abah cuti jer..

tu dia wajah2 kepenatan.. santai sebentar kat buaian.. yg sebelah tu adik aku, dia pun menjadi mangsa merangkap sebagai 2nd driver..haha ayah aku letih dia ganti.. laki aku letih dia gak yaang ganti..ekeke.. 

Monday, December 26, 2011

Cuti-cuti: part 1

Baru ada kerajinan nak on lappy, nak online dan seterusnye menghapdet blog aku ni.. ohh yer.. suami aku baru jer habis cuti so no more cuti2 lagi yer.. tunggu tahun depan..hihi, esok bermula la c suami bekerja macam biasa dan sekaligus bermulalah aku ngan anak2 berperap kat rumah sehingga lah wekend tiba.. okay ni aku citer pasal cuti2 part pertama..chewahh macam banyak jer aktiviti cuti kali ni kan..hihi..seronok gak la cuti di hujung tahun ni, aktiviti pertama yg kite lakukan adalah gi ke Miri, Sarawak.. ulang alik jer..sebab tak sampai bandar pun takut sesat..yelaaa belum pernah gi saner lagi..tunggu ada guide baru gi bandar sekaligus bermalam kat sana..insyaallah..

Kiter bertolak seawal pagi pada 13hb hari tu.. jam 6 pagi dah bangun, mandi ngan siapkan anak2..barang2 susu ngan pampers memang dah sedia awal malam tu bagi mengelakkan kelam kabut di pagi hari.. kite gi pun berkonvoi ngan parents aku,kakak dan adik aku serta suaminya..sayangnye cuaca hari tu kurang memuaskan dari seawal bertolak sampai la ke sempadan hujan turun ngan lebat..so perjalanan pun agak lambat ye laa jalan pun licin jer masa tu.. sampai sepanjang perjalanan tu kite terserempak ngan 3 kemalangan huhu..jadi insaf sebentar..biarlah lambat asalkan semuanya selamat..



Alhamdulillah pukul 10 dah selamat sampai..kiter singgah ke E-mart dulu.. shopping2 kat sana, of course ler kene tukar matawang dulu kan..hihi.. 1st tym aku gi situ agak jakun sikit..habis satu kedai tu aku round..padahnyer sampai ke malam kaki aku lenguh.. murah2 giler brg2 kat situ, mcm2 aku beli.. habis wei rm aku sehari tu..kuikuikui.. kaki shopping tul aku ni kan.. takpe la bukan selalu pun gi situ..



Dah puas round2 kat e-mart tu semua dah rasa lapar ye laa tengok jam pun dah tengah hari bebenor.. so kite pun zoom ke Giant mall..nak melahap kat food court kat sana.. makanan kat situ sedap2 gak..macam2 kiter order hari tu.. nasi lemak special, sup tulang, laksa sarawak, mee tiaw goreng.. bestt.. dah kenyang tu masing2 bawak diri round2 kat mall tu.. aku sempat singgah Giant gak.. kurang lebih gak ngan Giant yg ada kat sini..bezanya matawang jer..ekeke.. kat situ pun macam2 aku rembat..





Dah puas shopping kat giant kiter patah balik ke E-mart sebab mak aku belum puas ronda2 kat situ..so kiter follow jer..berbaloi gak gi situ balik sebab kiter sempat beli buah durian murah oo.. seikat rm20.. puas hati sebab duriannyer sedapppp dan lunak..pukul 3 lalu tu kiter pun berangkat balik brunei.. sempat singgah kfc jap nak tapaw jer..sebab balik rumah nanti confirm tak larat nak masak.. alhamdulillah jam 6 dah sampai rumah.. next tym nak gi situ gi, yg penting nak gi bandar dia bermalam lagi best kan..

Wednesday, December 21, 2011

Tragedi 20 Disember 2011


Al-Fatihah serta salam takziah buat mangsa2 dan kaum keluarga tragedi kemalangan bas kemarin, tika dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu bas pelancong yg membawa seramai 33 org rakyat Brunei telah hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok..mengakibatkan 7 orang meninggal dunia, 5 lagi dalam keadaan kritikal teruk, 10 org cedera ringan serta 11 yg lain selamat..

Terasa sedih nak taip kisah ni..so aku copy paste je dari sumber2 tertentu:

Tuaran [Berita Harian] 20-12-11: Dua penumpang bas ekspres warga Brunei, seorang lelaki dan seorang wanita, maut dalam kemalangan jalan raya dekat sini petang ini, menurut Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharuddin Rasip.

Beliau berkata mangsa lelaki itu berusia 50 tahun dan seorang wanita itu berumur dalam lingkungan 50-an, maut akibat terhimpit dalam kemalangan itu yang berlaku pada kira-kira 3.05 petang.

Kemalangan itu berlaku apabila pemandu bas yang dinaiki itu, dipercayai hilang kawalan dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggari sebatang pokok besar di KM8.9 Jalan Ranau-Tamparuli dekat Kampung Koporingan.
Bas ekspres itu yang membawa 40 warga Brunei yang kini sedang melancong Ke Sabah sejak Jumaat lepas sehingga esok, dalam perjalanan dari Tawau ke Kota Kinabalu, katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Setakat ini seramai 11 orang cedera akibat kemalangan itu dan mereka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk menerima rawatan.

Berita di atas adalah berita seawal mungkin.. dua org telah disahkan meninggal di tempat kejadian..manakala 5 org lagi telah disahkan meninggal di hospital.

Ini adalah antara nama2 yg terlibat, bila aku tengok ada ayah yg meninggal, manakala anak2nya selamat..Ya Allah mesti diorg bersedih kan..tengah gi cuti sama2 tak di sangka jadi macam ni , aku dah nak menangis dh ni...


Meninggal Dunia:
1)Hj Abd Manan bin Hj Ishak (50thn)
2)Pg Hjh Zaharah Pg Hj Zainal (61thn)
3)Hjh Dayang Norhayati Hj Abd Hadi (61thn)
4)Hjh Nor Faridah Hj Husin (60thn)
5)Hj Abd Ghani bin Mohammad (60thn)
6)Hjh Hasnah binti Yusof
7)Hj Awg Tarsad Hj Tamit (58thn).

Red Zone (Kritikal):
1)Hjh Zizah Hj Hassan (61thn)
2)Hjh Azizah Mudin (65thn)
3)Hj Sani Hj Simat (64thn)
4)Hj Damit Hj Ismail (78thn)
5)Rajaran M (26thn).

Yellow Zone (Semi Kritikal)
1)Hj Aishah Ajoh (50thn)
2)Hj Kasmah Hj Abu Bakar (59thn)
3)Hj Tamin Bahar (69thn)
4)Hjh Salmah Hj Abd Rashid (48thn)
5)Roslan Omar (38thn)
6)Hjh Sabariah Zaman (60thn)
7)Hjh Mala Hj Murah (59thn)
8)Ismawatie Hj Abu Bakar (20thn)
9)Hj Kifrawi Hj Omar Ali (63thn)
10)Hjh Apsah Hj Abd Rahman(64thn).

Green Zone:
1)Nurul Hamisah Abd Manan (12thn)
2)Hjh Noor Nikmatullah (22thn)
3)Hj Tuah Damit (58thn)
4)Hjh Mariam Hj Ahad (57thn)
5)Aminah Saim (56thn)
6)Mohd Nazirul Mubin bin Tarsad (21thn)
7)Nurul HUda Hj Abd Manan (15thn)
8)Nurul Hazimah hj Abd Manan (7thn)
9)Mohd Nazim Hj Abd Manan (13thn)
10)Nurul Hamizah Hj Abd Manan (9thn)
11)Samsul Hj Salleh (28thn).
(KEMUNGKINAN ADA KESILAPAN DALAM EJAAN NAMA)

Syukur Alhamdulillah dgn titah Kebawah Duli semalam, baginda telah berkesudian menghulurkan bantuan dgn segala kos perubatan di sana di tanggung sepenuhnya oleh baginda Sultan.
Titah perutusan takziah dari KDYMM Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam kepada mangsa kemalangan bas di Sabah petang tadi "baginda telah berkenan menghantar perutusan takziah dan berharap agar semua mangsa yang cedera supaya cepat sembuh, sehubungan itu juga baginda turut menitahkan agar semua kos perubatan serta penghantaran balik ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan"- pengumuman terbaru melalui RTB




Jenazah2 yg telah sempurna di kafankan dan di sembahyangkan di masjid KK, menanti saat untuk di terbangkan ke Masjid Jame Asr' Brunei , di mana kaum keluarga sudah pun setia menanti di sana dengan sebak di dada.. Al-Fatihah, semoga roh mereka di cucuri rahmat serta termasuk dalam golongan org2 yg beriman.. amin Ya rabbal al-aminn...

Thursday, December 8, 2011

Hadiah Anniversary


Jeng jeng jeng..... ini la dia hadiah ulang tahun perkahwinan dari si suami, best of the best! siap print caption lagi tau,lepas tu siap request aku utk tutup mata bila nak serahkan aku smpul voucher ni..kat sampul tu pun mcm2 dia tulis..huhu.. romantik jugak suami aku ni kan.. ni adalah voucher spa treatment kat Zen spa..suami aku pilih yg 1.5 aroma body massage utk 2 kali massage..amacam best tak? aku dah gedik nak try tapi tu laa tunggu masa yg sesuai dulu..sebab voucher ni pun limit sampai 3 bulan.so tak yah lah terburu buru..insyallah tunggu suami aku cuti kut..baru selesa sebab dia pun nak join spa sekali..tak nak rugi dia kan..ehehe.. takpe la ni sempena kitorang anniversary gak kan so sama2la meraikannya.. fuh tak sabarnyer nak ber body massage.. hmm anak2 kene la tinggal kat ruman nenek jap.. kalau tak memang tak aman damai nak bermassage..kejap je pun lagi pun bukan selalu nak tinggal diorg kat sana kan..tapi tu laa kalau jalan tak bawak anak2 otak aku selalu je pikirkan diorg huhu.. tu la bila dah jadi mama ni kan, kalau boleh nak anak2 sentiasa di depan mata..relax laa kejap jer pun.. ayat sedapkan diri jer..ekeke

So buat suamiku tercinta terima kasih tak terhingga buatmu..syg akan sentiasa menyanyangi abg buat selamanya..u'r the best husband for me n the best daddy for our sons..alhamdulillah....


Da celebration

Maaf yer ni citer basi, mcm dah lama tak jenguk blog ni atas sebab2 tertentu nanti aku story mory yer..ni citer pasal celebrate anniversary kiter hari tu pada 30hb november yg lepas..Alhamdulillah atas rezki Allah semua berjalan lancar..sambutan simple jer yg penting makan..ngehehe..makan bersama anak2 tersayang..pikir punye pikir akhirnye kiter memilih nak makan makanan fresh kat Sumbangsih Mulia Beribi..okay ni 1st time kite try makan kat sini..sebab dgr sedap dan harganya pun tak mahal sangat..so jawabnyer memang best..malam tu kite order nasi putih, ikan selungsong (tak tahu nama ikan ni dlm bahasa malaysia ekeke) kiter mintak masak steam in soya soy, 1 set steamboat, sayur baby kailan masak oyster sauce ngan hidangan sampingan lak ayam dan tongkeng ayam panggang..

sebelum request masak kene tangkap ikan sendirik..haha..pilih jer size mane yg korg suke,sebab harga semua sama..besar atau kecik tetap $9.90, so memang rugi ler kan kalau dpt tangkap yg kecik..

So ni le dia hasil tangkapan encik suami aku..ikan tu siap lompat2 kat dalam net tu, aku pun siap terlompat hokayy..

Ni lak hidangan steamboat kiter malam tu, memang best..murah woo.. 1 set ni $9.90 jer..boleh makan dlm 4-5 org mcm tu..ada dua perisa di sediakan sup tomyam ngan sup ayam..so pilih jer korang nak buh kat mane..utk anak2 memang aku kasi yg sup ayam tu le kan..tambah2 lak Hadif memang gemar minum sup..campur lak ngan mee hoon kat dlm tambah berselera la dia..

Tu dia Hanif yang tgh asyik melahap ayam panggang, tapi tak makan habis pun..eksen jer, lepas dh hisap2 sikit dak ni baling ayam tu ke lantai..aku ingatkan dia habiskan betul2 sekalik waktu nak balik bersepah ooo cebisan ayam kat lantai..huhu..nasib bukan restoran 5 bintang sayang oiii...

Ini dia budak yg amat gemar minum sup, sampai basah baju dia duk hirup sup tu, org nak suap tak nak..nak sendiri gak..org dah besar la kan..yg lawaknyer kiter dah siap makan,dh nak beredar dari situ dia siap jerit tak nak balik sebab nak habiskan sup tu..alahai..terpakse la kiter tunggu sampai dia ckp..full..hah tu maknanyer dah kenyang..mcm2 la abg Hadif ni kan..

Dah selesai makan tu ingat nak balik terus tapi suami ajak lak gi singgah ke Mall gadong ckp nak jln2 jap..so singgah le kiter, aku pun sempat la cuci mata kat kedai barangan laptop..tetibe mata terpaku pada mouse yg sangat kecik, cute sangat..so aku pun beli laa...sampai kat rumah..hampeh! tak pakai pun, ingatkan selesa tapi buat sakit jemari aku jer..sudahnyer aku pass ke adik aku..huhu.. lepas tu teringat lak kat mouse angrybird, cantik ooo.. next time gi sana aku nak beli mouse tu..harap2 masih ada la yerrr..

Ohh yer.. nak tau tak apa hadiah istimewa dari suami aku sempena anniversary kitorang tahun ni? wokayyy next entry aku update yerrr ;)


Related Posts with Thumbnails

My Lovely Awards

My Lovely Awards

My Popular Entries


I made this widget at MyFlashFetish.com.